Monday, September 6, 2010

Catatan Ramadhan - Aidilfitri(suatu Muhasabah & kenangan terindah)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Setelah melafazkan basmalah saya memulakan gerakan jari penuh azam, demi menyiapkan perkongsian cerita di bawah tajuk Catatan Ramadhan-Aidilfitri..Moga bermanfaat.

 Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (as-syuura: 20)

***

Ramadhan Bermula..

Sepanjang Ramadhan, tiada yang kelihatan berubah. Kehidupan tetap seperti sebelum puasa. Cuma, mungkin penat sedikit. Maka tidur pun agak lewah.

Ceramah-ceramah penghayatan Ramadhan begitu pesat bersaing, seperti cendawan tumbuh selepas hujan..namun, keghairahan itu belum wujud lagi. Masya ALLAh..adakah hati ini dah keras?

Namun, keadaan setiap hari berubah selepas di'cuci' oleh Pensyarah Fiqh dan Ulum Quran..Bukanlah bermakna pensyarah lain tidak menyumbang, namun, Allah telah memilih untuk menjadikan kata-kata kedua-dua ustaz ini sebagai asbab untuk mengetuk hati yang semakin keras ini. Akibatnya, setiap kali menghadiri kelas yang dua ini, ketika itulah ruh Ibadah menjadi semakin menebal dan kental. Tapi, ujian selepas itu belum mengizinkan tindakan benar-benar berkesan.

Hari terakhir untuk kelas 'Ulum Quran, Ustaz Esam telah memberikan tazkirah yang panjang sehingga silibus pelajaran tidak diusik langsung. Beliau memahami perasaan semua pelajarnya. mabruk ya ustaz..

Hati itu tersentuh, tentang pencarian malam lailatul qadr..Kelebihannya, jika kita dapat malam itu, dan beribadah di dalamnya, insya ALLAh ganjarannya seperti dalam surah Al Qadr..pahala Seribu Tahun..=,)..terharu rohani dan nurani dengar. Tambahan pula , beliau mengkaitkan Al-mizan di akhirat nanti..jika amalan kita sudah seperti seribu tahun, insya ALLAh akan memberatkan amalan baik kita..Tapi, jangan fikir mudah untuk menjumpai malam ini jika tidak berusaha bersungguh-sungguh...

Dalam minda terbayang, jikalau nyawa ini ditarik selepas mendapat malam itu..alangkah bahagianya..Tapi cepat-cepat sedar..itu hanya angan-angan jika tiada usaha, seperti yang saya katakan sebelum ini.

Amalan sehari sebelum raya ..dan pada pagi raya..untuk mengetahuinya, belilah solusi #23..hehe..ada dalam buku tu.. Amalan-amalan untk itu pun ustaz ulas..dan yang saya tidak pernah tahu, seperti melalui dua jalan yang berbeza ketika ke masjid dan pulang dari masjid adalah sunnah!

Seronok ...Alhamdulillah..

3hb adalah tarikh yang menjadi tarikh untuk saya pulang ke Johor, ketika itu masih dengan sepupu saya.
namun, malam 2hb..akak kedua memberi peluang sekali lagi untuk pulang ke sabah. Ai...ingatkan sudah selesai kes ini. Kes kesilapan membeli tiket. Tiket berharga 700++ akan hangus begitu saja jika saya tidak menggunakannya untuk pulang. Sebenarnya, tiket itu untuk adik lelaki saya yang juga baru melanjutkan pelajaran ke semenanjung. Serba salah.

Hendak pulang, risau janji lebur. padahal, janji yang dimungkiri..menyebabkan fitnah yang lebih dahsyat.


Allah bagi ilham yang memberikan kepuasan kepada semua pihak. Alhamdulillah..Sepupu yang sepatutnya pulang dengan saya ke Johor dibukakan hatinya oleh ALLAH untuk menggunakan tiket itu untuk pulang ke SABAH..Saya berasa lega sangat-sangat. Sehingga tergambar rasa gembira ini dengan ketabahan menghantar mereka ke Bas LCCT di KL Sentral.

Tiada tangisan yang diperuntukkan. Hanya senyuman dan gurauan memanjang pada kedua-dua insan yang disayangi ini; kakak kedua dan sepupu. Biarkan mereka mencari kebahagiaan mereka di kampung halaman. Mungkin kebahagiaan saya di sini..

Sempat menulis kad raya pada adik-adik di rumah. Terasa sayang membazirkan duit membeli kad-kad raya tapi tiada penerima yang terlintas di hati. Sahabat-sahabat lama cukup dengan kad yang akan saya post tidak lama lagi di blog ini..Zaman kian memudahkan urusan manusia..maka, kad-kad raya yang lebih semuanya untuk adik beradik saya yang berjumlah 12 orang itu. kad untuk warga SEMAI sudah selamat dibawa oleh Dila, adik junior yang belajar di Darul Quran. Kad untuk Al Walidaini pula mengalami sedikit masalah di 'pejabat pos'. Saya kira tiada masalah jika ibu bapa saya melihat blog family..[www.rupilensfamily.blogspot.com]..sebabnya, ada softcopy kata-kata dalam post terbaru di sana.

'Mat despact' yang ditugaskan juga berasa bersalah atas ketidaksampaian itu. Saya faham perasaan dia. Jadi saya pilih untuk redha. Bukan dia yang menentukan semua itu. bahkan ALLAH. Mungkin niat saya ketika itu tidak selari dengan kehendak-Nya. Astaghfirullah..Biarlah itu sebagai pengajaran.

Petang , selepas menghantar kakak dan sepupu ke Bas LCCT, seorang kakak yang baik menawarkan saya satu perjalanan untuk mengubati hati yang luka secara tidak sedar itu. Terasa seperti 'ISra Mi'raj' pula. Tapi, saya cepat-cepat sedar itu bukan perkara yang boleh dibanding-bandingkan dengan hal-hal terkini. Lantas, saya mengatakan ,"Seronok!" Untuk kata persetujuan.

Merempitlah dua muslimah di jalanan..

Menggunakan perkataan 'rempit' ni membuatkan jiwa berasa lucu. Niat kami suci lagi murni. Kami rasa tak salah menaiki motor ke masjid Al-ghufran. Berbuka di sana, dan bertarawih di sana.

Saya mengenali kak Syidah baru sehari, namun, ukhuwah dan kesatuan fikrah antara kami begitu membantu dalam merapatkan kami seolah-olah sudah lama kenal. Beliau seorang pelajar MASTER UM. Merupakan pelajar jurusan Usuluddin [pengkhususan dakwah dan pembangunan insan]. Banyak ilmu yang dapat di'up load' dari pengalaman kakak ni.

Dia mengajar saya berfikir lebih dalam. [atas kehendak ALLAH]

Semasa menyusuri Lebuh Raya..saya menyedari sesuatu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

"Memandu merupakan  latihan kepimpinan. Jika dilihat sari sudut perana pemandu, dia bertanggungjawab menghalakan kenderaannya ke jalan yang benar, sesekali tersalah jalan, pasti akan berlaku kecelakaan dan untuk menjadi pemandu @ Pemimpin yang baik, perlukan kemahiran-kemahiran dan latihan yang kerap agar keyakinan yang jitu dapat dibentuk dan sekaligus mengelak & mengurangkan kadar kemungkinan untuk kecelakaan dari berlaku. Dalam membuat keputusan, pemandu@ pemimpin harus mempertimbangkan risiko dan harus berani menghadapinya. Peranan lampu isyarat pula adalah untuk mengajak pemandu supaya perlahankan langkah dan berhenti sejenak memberi peluang orang lain beraksi. begitu juga pemimpin, dia tidak boleh meninggalkan orang-orang yang dipimpinnya. malah, berhenti sejenak adalah peluang untuk memuhasabah semua tindakan yang sudah dibuat sebelum ini. Andai terdapat kesilapan , masih ada jalan untuk ke pangkal jalan..."

Inilah falsafah yang dapat saya fikirkan sepanjang berada di atas jalanan. [dengan izin Allah]

Dalam aspek dakwah pula..kak Syidah memberikan satu pandangan dan sebenarnya realiti mad'u dan cara untuk mendekati mereka. Menurutnya, orang bila sedia berkongsi dengan kita sebarang masalah, ketika itu pintu untuk memasukkan suntikan-suntikan dakwah akan menemui kejayaan. Kerana dia memberikan kepercayaan kepada kita. Seterusnya, kita tidak boleh menyangka buruk mad'u kita ni. Hati insani hanya ALLAH yang boleh merawatnya dan mengubahnya..Pohonlah doa dari-Nya selepas kita berusaha memberikan maklumat yang diperlukan oleh rohaninya.

Inilah kenangan yang sangat indah untuk saya sepanjang Ramadhan ini. bila dapat bermuzakarah dengan orang yang betul. Dapat me'rempit' di lebuh raya sekaligus menjadi pengalaman sebelum mengambil lesen motor selepas ini..=)

Banyak lagi nikmat yang ALLAh bagi, seperti, menemukan saya orang yang sama pengajian dengan saya, tetapi sudah melangkah ke alam MASTER. maka manfaatnya, saya boleh pinjam buku-buku rujukannya. =)
itulah kak irna.Jazakillah..

Nak cerita yang sedih?..Alhamdulillah belum ada satu cerita yang dikategorikan sebagai sedih sebenarnya. Tidak dapat beraya di kampung bukan satu kesedihan tetapi menambah azam untuk menetap di Sabah selepas tamat pengajian..

~Gembira dalam Sedih~

Ungkapan ini khas untuk diri. Bukan untuk sesiapa..^_^

Baiklah, Aidilfitri yang akan datang ini terasa nak menunaikan solat sunat Aidilfitri..Dengar khutbah..Di masjid. Doakan impian ini tercapai...Percaya atau tidak, saya belum pernah menikmati keindahan amalan sunat muakkad ini. Jika ini tertunai, maka itulah makna aidilfitri bagi saya!

Akhirul kalam..

Pengalaman menaiki kereta Api agak mengujakan. Serupa kapal terbang, cuma kapat terbang agak bingit dari kereta api.=)



P/s: Teringat satu ungkapan.."ajaklah semua insan untuk menuju cinta Allah sekurang-kurangnya memberi kenal bagi yang tak kenal..Ceritakan semua kehebatan ALLAH agar mereka menyedari ada kuasa yang Maha Hebat namun, terhijab kerana kealpaan dan kekurangan Ilmu ma'rifat tentang-Nya."

(Fushshilat:53)
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?


Kalau ada cerita berupa nikmat ALLAh jangan lupa sebar..atas niat..untuk promosi ALLAH itu Maha Kuasa ats setiap sesuatu.

1 comment:

Athirah Hanisah said...

Assalamualaikum gmah..moga Allah mlimpahkn rahmatnya sepanjang journey khidupan gmah insyAllah..

p/s: x nk naik tren dtg kdah pulak ke???

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...