Tuesday, September 14, 2010

Allah tidak pernah membiarkan..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Keluar dari kereta api..perut berkeroncong..
Bukan niat untuk menyiksa perut..tapi takut tiada bas di terminal putra nanti. Aku bergegas ke 7 eLEVEN.mencari roti pengalas perut..

Selepas itu..langkah dipanjangkan ke kaunter tiket LRT  versi mesin. Aku menarik bagasi merah, menggalas beg kelabu dan menyandang beg biru tua. tidak ketinggalan radio kuno yang agak besar daripada johor. Buah tangan untuk bilik katanya..

Sangat besar buah tangan ini. Kalau insan yang malas berfikir sudah pasti manganggapku seorang hip hop.Ahaks..Nak gelak pun ada.Nampaknya, tangan aku tak cukup sangat ni.

Sejak dalam gerabak tadi, aku memerah fikiran, siapakah yang bakal membantu aku jika bas tiada. Naik teksi??Tak mungkin!

Maka, sms percuma 100 aku gunakan sebaik mungkin..Celcom macam tahu-tahu aku tidak sempat topup tadi..

Beberapa rakan taulan dan sahabat ditanyai..

Alhamdulillah..Kak Mahirah, Kak Nani..memberi respon positif..

Sampai di terminal gombak..aku betul2 bersyukur!Ada lagi bas rupanya..
Maka, sekali lagi aku mesej bagitahu kakak-kakak tadi..bahawa keadaanku selamat, insya ALLAH.

Aku berdiri menanti pintu bas terbuka. Selama 40 minit. Berdiri..bagasi aku tegakkan di tepi..Aku tertoleh-toleh ke arah bilik pemandu-pemandu bas..'kenapa tak ada pemandu bertugas ni?'

Sedang aku berkira-kira sendiri..takkan tak da 'trip' lagi?
Hanya ALLAh yang tahu perasaan ketika itu. Para pelajar asing semakin ramai memenuhi ruang menunggu. Ah..satu pun aku tak kenal!

Habis tempoh menunggu..Pak Drebar datang dengan muka selamba. Maka beraturlah kami semua. Aku perasan, aku sorang saja yang bawa beg besarrrr..pegang banyak barang...Aku da berfikir-fikir, apa strategi untuk naik bas ni..agak rumit. kalau ada pembantu , insya ALLAH keja menjadi mudah..

tiba-tiba..

"Sister, need my help??"

Seorang lelaki, Pelajar asing menghulurkan tawaran pertolongan.

"oh..never mind.."aku tergagap..aik, segan kot..

" No, it's okay.." tangannya terus mencapai pemegang beg merahku. Aku tercengang dan terus mengucapkan terima kasih berkali-kali. Dia dan kawan dia seorang turut menolong. Pertama yang terbayang dalam fikiran..

-"ALLAH takkan biar aku angkat sendiri ni..SYUKRAN ALLAH, ALHAMDULILLAH.."

Aku lega. Namun, wajahku tidak menunjukkan  keriangan di hati. Sebabnya..bas dipenuhi penumpang asing semuanya. Tak pasal-pasal dicop lain-lain pula.

Aku tidak berbual dengan lelaki yang menolong tadi. tambahan pula, aku dah penat sebenarnya.

Sekali lagi aku terfikir-fikir strategi untuk menurunkan beg dari bas. Adui..Lelaki pertama yang menolong angkat beg naik sudah turun di stesen pertama lagi. Tinggal lelaki kedua. Aku tidak berharap sebenarnya. Kerana aku tahu masih ada kudrat untuk turunkan beg.

Selang satu stesen untuk turun, aku bersedia untuk turun sambil berdiri. Tetiba lelaki yang mula-mula menawarkan diri untuk tolong sekali lagi berdiri. Dia mahu tolong untuk menurunkan beg.

Bas berhenti..Beg diturunkan. Aku ucap terima kasih . Bas terus pergi..

Ana menarik bagasi tadi ke pagar hafsa dengan senyuman, sambil monolog sendiri. Bukan sebab yang tolong tu lelaki[tiada kerja lain kah?,huhu], tapi ..Allah yang menyebabkan dia tergerak nak tolong.Rupanya, dari kereta api lagi aku hampir nangis memikirkan siapa yang akan memudahkan aku memindahkan semua beg-beg ini. Tapi bila fikir semula, baru aku teringat.."Jangan ingat ALLAH semasa susah saja..Ingatlah ALLah di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja. ALLAH akan ingat kamu.."

Kesimpulannya, sesuatu perjalanan akan menemukan kamu dengan pengalaman yang pasti akan meningkatkan motivasi dan rasa bertuhan dalam diri. Setiap musibah adalah ujian untuk ALLAH melihat tahap iman kita. Dan seterusnya, betapa penyayangnya ALLAH yang MAHA Penyayang..Dia pasti akan memudahkan urusan hamba-Nya selepas itu..Apabila semua itu telah terbukti didepan mata .. aku bertambah yakin dengan itu semua!

thinking skill involved: Not think negatively to everybody around you..still think positive , but always..beware!

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...