~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Assalamualaikum..di sini saya ingin berkongsi satu mesej kesihatan...Adalah satu ketika saya berhajat nak jumpa juru x-ray untuk mengetahui keadaan tulang-tulang saya. Tapi sebelum itu kita tidak boleh untuk pergi terus serbu bilik X-RaY.
Kena jumpa doktor dulu..
Doktor akan tentukan sama ada perlu jumpa juru x-Ray atau tidak..Jadi nak jejak langkah saya, bolehlah patahkan tulang atau buatlah apa-apa yang menyebabkan anda boleh jumpa juru x-ray..(kata dr. Fadzilah Kamsah, ini gurauan orang stress..hehe)
Nak di jadikan cerita, doktor kata.."mana x-ray kamu yang lepas?"
jeng..jeng..jeng...
Tak tahu nak kata apa..
"Inilah yang perlu sangat untuk menyimpan filem x-ray tu..macam mana nak menentukan tahap keadaan tulang kamu kalau kita tak tahu keadaan asal tulang kamu?" Nasib baik nada doktor ni lembut...^^
Saya hanya mampu tersengih..
Silap saya juga, FILEM X-RAY ni tak pernah diambik berat..Lagipun benda tu agak besar..hehe susah nak bawa ke sana ke mari..semasa menunggu giliran di depan bilik x-ray, sibuknya saya mesej dan telefon sahabat-sahabt di Matrik..Akhirnya mereka kata tak ada dah..
Bila fikir itu kesalahan sendiri..tak jadi nak kecewa..(padan muka saya.)
Baiklah, masa tidak mengizinkan untuk berceloteh demi menghilangkan mengantuk pagi-pagi ini..Kesimpulan di sini, simpanlah semua yang berkaitan dengan maklumat kesihatan anda..jangan jadi macam saya..
Thursday, September 30, 2010
Tuesday, September 28, 2010
Bukan mudah bila terhambat..
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya
Banyak perkara yang ingin digapai namun, halangan yang wujud jangan dipersalahkan. Itu standard kehidupan.
Ingin mencari erti hidup dengan memberi, tangan ini juga yang mendahului meminta..
Sikit sungguh masa untuk mencari diri, kelekaan sering menarik-narik.
Tinggi sudah emosi ditahan, sehingga keliru bila nak ledakkan..
terasa sudah kesakitan yang sesungguhnya, entah sampai bila boleh menahan..
Baru sedar walaupun dah ketinggalan, baru terasa inilah persinggahan,,
Persinggahan sementara namun dicintai jua..
sedangkan cinta hakiki di alam abadi..
Inginku titiskan air mata, namun ku malu..
Rasa ini sudah keliru, Kuatkah aku jika ego?
layakkah aku jika terundur?
Ketika perjuangan sedang dilaksanakan..
Ujian Allah menguji menduga
Akan adakah lagi ujian sesudah ini?
Takkan kulupa jua ujian itu berterusan sehinggan nafas terakhir
Aku lemah di persinggahan ini,
inginku luahkan ,namun macam tak perlu..
Pemilikku tahu apa yang berlaku..
Dia cuma mahu mendengar rintihanku
bukan melihat aku mengutamakan ciptaan-Nya
dalam mengadu..
Sesungguhnya, berkata-katalah hatta di dalam hati..
Dia Maha Mendengar..
"Ya Rabbi akhirnya..aku temui diriku di sini..
Dalam perhatianMu aku terlupa
Bahawa diriku masih diperjalanan..
Maafkan atas khilaf hambaMu
mengharap sesuatu tanpa seizinMu
Membuat sesuatu tanpa RedhaMu
Kini daku semakin mengerti..
Masa senjaku semakin hampir..
Kuatkanlah hatiku, menapak langkah..
kerana langkah harus diteruskan, selagi nyawa dikandung badan.."
Tiada keriangan di dalam hati, walau senyuman manis dipamer.
Hati galau memikirkan nanti..
kesudahan diri yang tidak pasti.
Selagi tulisan ini masih terpamer..kuharap itulah saham syukurku
selepas syukurku diwajah yang lain.
Duhai insan yang menjadi mangsa kezalimanku
kemaafan dipinta pada semua
tiada daya jika terlupa,
mohon diingatkan sentiasa
aku hanya insan biasa..
hakikat hamba ALLAH yang sememangnya lemah..
Bilik,Mahallah Asma',5.34petang.

Saturday, September 25, 2010
Mengapa perlu Jaga ?
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Dicetak daripada blog sahabat...Moga bermanfaat untuk peringatan diri dan sahabat lain. Moga penulisnya mendapat manfaat...
Ulasan saya:
Bukan mudah untuk menghindarkan fitnah dan godaan syaitan untuk melakukan perkara yang dilarang seperti yang dinyatakan di atas. Namun, peranan sahabat atau orang sekeliling dan juga kezaman yang kuat, insya ALLAH boleh diusahakan supaya diri berasa kuat selain berdoa sungguh-sungguh pada ALLAH agar memelihara hati dan diri kita agar tidak terjebak terus sehingga celaka di dunia akhirat..Ingatlah kata-kata ini wahai diri..Hati ini hak dan milik ALLAH, tergamakkah kita menyerahkannya pada orang lain tanpa redha-Nya??

Jaga pergaulan(klik untuk ke website tuan punya entri)
Khamis, 2010 September 23
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?
Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita, sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan, walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.
Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
Di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui.
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.
Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari 'mata jatuh ke hati'.
Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Tuesday, September 21, 2010
Bagaimana untuk berfikir sambil bertafakkur?
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Bismillahirrahmanirrahiim..^_^
Sungguh bahagia hati..Tak sia-sia baca buku "Bahagiakan Hatimu"..Karya siapa?...Hehe..habis baca 'post' ni saya bagitahu.
Baiklah, saya hendak bermain dengan Bahasa Melayu sebentar..
"Salam, azimah untuk esok, ambil laptop yang boleh pasang cd, n pinjam juga speaker. Test setiap laptop yang boleh berfungsi dengan baik sebelum kelas..esk kita nak guna cd."
Saya berfikir panjang untuk mesej ni. Ianya dihantar oleh Pensyarah kesayangan, Pn. Norlilah.^^
Kelas pada hari ini bermula awal..Seperti biasa..
Walaupun..saya sempat buat apa yang beliau suruh, saya dapati satu moral
value di sini.
"Kita tak mampu buat kerja sendirian dalam semua perkara. Masih lagi kita perlukan pertolongan..Sokongan...dan, kesilapan kita yang selalu dibuat..Kita suka buat kerja sendiri-sendiri..Kalau minta tolong orang pun, kita biar dia buat semua.."
Hanya satu lontaran untuk dikritik..he.Setuju..senyum. Tak setuju..cari kotak 'comment'.
Apa yang menarik, dalam kelas hari ini, saya berasa terawang-awangan. Bukan sebab dipuji atau diberi penghargaan..Tapi ingin memuji dan menghargai apa yang telah diberi oleh ALLAH dalam alam kepada kita.
Dalam kemahiran berfikir yang digariskan di dalam Al-quran..salah satunya ialah...Berfikir menggunakan 'kaedah saintifik'.
Ops ..anda akan mengalami dua corak pemikiran dalam hal memikirkan alam ini. Sekiranya kita hanya berfikir dan mengangguk..Itu petanda anda hanya berfikir. Dan keadaan kedua ataupun corak kedua ialah apabila anda merasakan dengan melihat penemuan yang bermakna melalui kaedah saitifik wujud satu perasaan yang benar-benar menimbulkan rasa syukur yang amat sangat dan semakin ada motivasi untuk terus menjadi insan yang terbaik dan menjaga iman agar tidak menipis kerana suasana yang tidak membantu tidak seperti zaman kegemilangan Islam dahulu kala.
Ilmu alam akan menyebabkan kita berasa betapa kita patut untuk meninggikan dan memuja ALLAH. Kerana hanya ALLAH sahaja yang mampu mencatur alam dengan begitu sistematik, termasuk kejadian di cakrawala , alam angkasa lepas. Bila dikaji lagi, manusia begitu alpa dengan cara penciptaannya. padahal..Al-quran telah menjelaskannya dalam Al-Quran. Maksudnya, tanpa melihat alam pun, kita boleh untuk melihat kebesaran ALLAH.
Masa untuk melihat Dalil..Dari awal Cd dipasang, saya sibuk menulis dalil yang dinyatakan untuk dikongsi bersama..Moga bermanfaat..
Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. -al an'am: 101
Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu. -Ar-Ra'd: 2
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa- Adz- Dzariat: 47
Orbit
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. - Al-Anbiya': 33
dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. - yassin : 38
Langit Yang Kukuh
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. - Al- baqarah : 29
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." - Fusshilat : 11
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Fusshilat: 12
Fungsi Gunung-ganang
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, - An-Naba' - 6
dan gunung-gunung sebagai pasak?, - Al-Anbiya' : 7
Pergerakan Gunung
Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. - Al-naml :88
Penciptaan Besi
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.-Al- Hadid :88
Hujan
Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.- A-Hijr : 22
Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur). - Az-Zukhruf :11
Dua Lautan takkan bertemu
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,- Ar-Rahman :19
Penciptaan Jantina Pada Bayi
dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.dari air mani, apabila dipancarkan. - An-Najm : 45- 46
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, -Al-'Alaq : 1-3
Cap jari
Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.- Al-Qiyamah : 4
Dan Banyak lagi...
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. -Al-Mu'minun : 14
Kemenangan Yang Dekat
kekalahan Byzantium
Telah dikalahkan bangsa Rumawi[1161],-Ar-Ruum: 2
Ha...antara yang nak tambahnya..dalam kekalahan yang dinyatakan ini adalah selepas kewafatan Nabi. Bukankah ini perkara yang pelik? Jika dilihat secara berfikir. Jika menggunakan tafakkur dengan bukti-bukti dan dalil nas A-Quran..Maka, benarlah Allah Maha Agung, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!
Subhanallah..
Apakah kalian telah bertafakkur??
Begini , kalau jawapannya , sudah..Maka tindakan akan membuktikannya. Jika tindakan masih sama seperti sebelum bertafakkur, itu maknanya..Kalian masih berfikir di tahap yang rendah! Sia-sialah Allah bagi Akal...
P/s: Rasa malu jika kita masih berlagak sombong dengan ALLAH. Masih berkira-kira untuk mengambil ajaran agama-Nya. Ambik yang sesuai dengan jiwa saja begitu..sedangkan semua yang kita miliki bukan kita punya! Ibarat menumpang di rumah orang namun, menggunakan semua barang tuan rumah tanpa berterima kasih..dan tanpa malu.
Fikir-fikirkanlah..Persoalannya?Apa yang harus aku buat?anda ada jawapannya...

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara[959], sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. | ||
[959]. Maksudnya: yang ada di langit itu sebagai atap dan yang dimaksud dengan terpelihara ialah segala yang berada di langit itu dijaga oleh Allah dengan peraturan dan hukum-hukum yang menyebabkan dapat berjalannya dengan teratur dan tertib. - Al- Anbia' : 32 |
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. - Al- baqarah : 29
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." - Fusshilat : 11
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Fusshilat: 12
Fungsi Gunung-ganang
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. - Al-Anbiya' : 31 |
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, - An-Naba' - 6
dan gunung-gunung sebagai pasak?, - Al-Anbiya' : 7
Pergerakan Gunung
Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. - Al-naml :88
Penciptaan Besi
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.-Al- Hadid :88
Hujan
Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.- A-Hijr : 22
Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur). - Az-Zukhruf :11
Dua Lautan takkan bertemu
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,- Ar-Rahman :19
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing [1443]. - Ar-Rahman : 20 |
[1443]. Di antara ahli Tafsir ada yang berpendapat bahwa la yabghiyan maksudnya masing-masingnya tidak menghendaki. Dengan demikian maksud ayat 19-20 ialah bahwa ada dua laut yang keduanya tercerai karena dibatasi oleh tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki (tidak diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang (digali untuk keperluan lalu lintas), maka bertemulah dua lautan itu. Seperti terusan Suez dan terusan Panama. |
dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.dari air mani, apabila dipancarkan. - An-Najm : 45- 46
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, -Al-'Alaq : 1-3
Cap jari
Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.- Al-Qiyamah : 4
Dan Banyak lagi...
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. -Al-Mu'minun : 14
Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan[1306]. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? - Az-Zumar: 6 |
[1306]. Tiga kegelapan itu ialah kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim. |
Kemenangan Yang Dekat
27. Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat[1405]. |
[1405]. Selang beberapa lama sebelum terjadi Perdamaian Hudaibiyah Nabi Muhammad s.a.w. bermimpi bahwa beliau bersama para sahabatnya memasuki kota Mekah dan Masjidil Haram dalam keadaan sebahagian mereka bercukur rambut dan sebahagian lagi bergunting. Nabi mengatakan bahwa mimpi beliau itu akan terjadi nanti. Kemudian berita ini tersiar di kalangan kaum muslim, orang-orang munafik, orang-orang Yahudi dan Nasrani. Setelah terjadi perdamaian Hudaibiyah dan kaum muslimin waktu itu tidak sampai memasuki Mekah maka orang-orang munafik memperolok-olokkan Nabi dan menyatakan bahwa mimpi Nabi yang dikatakan beliau pasti akan terjadi itu adalah bohong belaka. Maka turunlah ayat ini yang menyatakan bahwa mimpi Nabi itu pasti akan menjadi kenyataan di tahun yang akan datang. Dan sebelum itu dalam waktu yang dekat Nabi akan menaklukkan kota Khaibar. Andaikata pada tahun terjadinya Perdamaian Hudaibiyah itu kaum muslim memasuki kota Mekah, maka dikhawatirkan keselamatan orang-orang yang menyembunyikan imannya yang berada dalam kota Mekah waktu itu. |
kekalahan Byzantium
Telah dikalahkan bangsa Rumawi[1161],-Ar-Ruum: 2
di negeri yang terdekat[1162] dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang[1163] :Ar-Ruum :3 |
[1162]. Maksudnya: terdekat ke negeri Arab yaitu Syria dan Palestina sewaktu menjadi jajahan kerajaan Rumawi Timur. [1163]. Bangsa Rumawi adalah satu bangsa yang beragama Nasrani yang mempunyai Kitab Suci sedang Bangsa Persia adalah beragama Majusi, menyembah api dan berhala (musyrik). Kedua bangsa itu saling perang memerangi. Ketika tersiar berita kekalahan bangsa Rumawi oleh bangsa Persia, maka kaum musyrik Mekah menyambutnya dengan gembira karena berpihak kepada orang musyrikin Persia. Sedang kaum muslimin berduka cita karenanya. Kemudian turunlah ayat ini dan ayat yang berikutnya menerangkan bahwa bangsa Rumawi sesudah kalah itu akan mendapat kemenangan dalam masa beberapa tahun saja. Hal itu benar-benar terjadi. Beberapa tahun sesudah itu menanglah bangsa Rumawi dan kalahlah bangsa Persia. Dengan kejadian yang demikian nyatalah kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul dan kebenaran Al Quran sebagai firman Allah. |
dalam beberapa tahun lagi[1164]. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, -Ar-Ruum : 4 |
[1164]. Ialah antara tiga sampai sembilan tahun. Waktu antara kekalahan bangsa Rumawi (tahun 614-615) dengan kemenangannya (tahun 622 M.) bangsa Rumawi adalah kira-kira tujuh tahun. |
Subhanallah..
Apakah kalian telah bertafakkur??
Begini , kalau jawapannya , sudah..Maka tindakan akan membuktikannya. Jika tindakan masih sama seperti sebelum bertafakkur, itu maknanya..Kalian masih berfikir di tahap yang rendah! Sia-sialah Allah bagi Akal...
P/s: Rasa malu jika kita masih berlagak sombong dengan ALLAH. Masih berkira-kira untuk mengambil ajaran agama-Nya. Ambik yang sesuai dengan jiwa saja begitu..sedangkan semua yang kita miliki bukan kita punya! Ibarat menumpang di rumah orang namun, menggunakan semua barang tuan rumah tanpa berterima kasih..dan tanpa malu.
Fikir-fikirkanlah..Persoalannya?Apa yang harus aku buat?anda ada jawapannya...
Saturday, September 18, 2010
Bukan Mudah Nak Melepasi ujian-Nya!
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahiim..
Bila kita diuji, kita akan sedarkah kita sedang diuji? Biasanya, sahabat kita yang akan menyatakan hal itu..contoh..
"Sabar azimah, ini baru ujian kecil..Dia bagi ujian ni sebab, Dia tahu dan Maha Tahu enti boleh lalui.."
Tak pun..begini..
"Azimah, kita mengaku beriman, Allah akan uji kita seperti dalam surah Al Ankabut..ayat 2-3."
Ada pula yang memujuk macam ni..
"Ana tahu enti kuat, anggaplah ini ujian dari ALLAH..sabarlah.."
Alhamdulillah..barulah kita tahu yang kita sebenarnya diuji..Terima kasih pada sahabat yang memahami dan setia di sisi di saat musibah melanda.
Seronok bila diuji?Sepatutnya kita bila diuji, kita kena mengaku kelemahan kita sebagai hamba ALLAH yang serba serbi lemah. Walaupun, sebagai manusia kita adalah makhluk yang boleh dikatakan paling sempurna dari makhluk lain kerana pancaindera yang dikurniakan begitu juga akal, namun, kita tidak mampu dan selamanya tidak akan mampu mengatasi kuasa ALLAH.
Maka, janganlah dalam hati nurani kita ada setitik rasa bongkak dan merasa dirilah yang akan menentukan segala-galanya. Paling mudah, tentang masa depan kita..Kita merancang macam-macam. Yakinkah dengan persediaan kita, maka itulah yang akan berlaku??
Jawapannya, Hanya ALLAh saja yang TAHU.
Ya, berusahalah. Pasang niat yang baik dan bukan melampau-lampau. Jangan hanya berangan-angan. Sesungguhnya , syaitan suka akan orang yang banyak memasang angan-angan kosong. Syaitanlah musuh yang akan memanipulasi keadaan.
Kesimpulannya, Bila sedar setiap rintangan yang menghambat kaki daripada melangkah adalah ujian ALLAH, cepat-cepat pilih untuk bersabar dan bertenang. Bukan terus berfikir yang bukan-bukan..Seperti rasa nak mati cepat, na'udzubillah! Itu tidak mengubah sesuatu.
Teringat dalam Buku belajar dari Perang Uhud. Karya Hepi Andi Bastoni, keluaran Kemilau Publika.
Ada seorang yang berjuang untuk dalam perang Uhud, dalam keadaan nazak..Namun dia membunuh diri. Maka sia-sia dia pergi berperang..Lagi pula, perjuangannya adalah untuk kaum@bangsanya.
Ada dua di sini, pertama bukan satu perkara yang dibenarkan dalam hal membunuh diri sendiri. Kedua, berjuang bukan untuk ALLAH dan RasulNya adalah tertolak di sisi ALLAH. Tempat kembalinya adalah neraka!
Mari kita sama-sama meningkatkan pengetahuan dalam bidang Agama kita yang hanya dengan menempuhi jalan yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah akan meniti jalan kebenaran hingga ke syurga!
p/s: apa yang paling teruk dalam ujian ALLAH, kehilangan orang yang tersayang? gagal dalam peperiksaan? ditendang keluar universiti kerana pertahankan kebenaran? Atau, tidak kenal ALLAH punca segala kegelisahan yang mendorong ke lembah maksiat?Moga hidayah ALLAH bersama kita semua.Amin.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Ada pula yang memujuk macam ni..
"Ana tahu enti kuat, anggaplah ini ujian dari ALLAH..sabarlah.."
Alhamdulillah..barulah kita tahu yang kita sebenarnya diuji..Terima kasih pada sahabat yang memahami dan setia di sisi di saat musibah melanda.
Seronok bila diuji?Sepatutnya kita bila diuji, kita kena mengaku kelemahan kita sebagai hamba ALLAH yang serba serbi lemah. Walaupun, sebagai manusia kita adalah makhluk yang boleh dikatakan paling sempurna dari makhluk lain kerana pancaindera yang dikurniakan begitu juga akal, namun, kita tidak mampu dan selamanya tidak akan mampu mengatasi kuasa ALLAH.
Maka, janganlah dalam hati nurani kita ada setitik rasa bongkak dan merasa dirilah yang akan menentukan segala-galanya. Paling mudah, tentang masa depan kita..Kita merancang macam-macam. Yakinkah dengan persediaan kita, maka itulah yang akan berlaku??
Jawapannya, Hanya ALLAh saja yang TAHU.
Ya, berusahalah. Pasang niat yang baik dan bukan melampau-lampau. Jangan hanya berangan-angan. Sesungguhnya , syaitan suka akan orang yang banyak memasang angan-angan kosong. Syaitanlah musuh yang akan memanipulasi keadaan.
Kesimpulannya, Bila sedar setiap rintangan yang menghambat kaki daripada melangkah adalah ujian ALLAH, cepat-cepat pilih untuk bersabar dan bertenang. Bukan terus berfikir yang bukan-bukan..Seperti rasa nak mati cepat, na'udzubillah! Itu tidak mengubah sesuatu.
Teringat dalam Buku belajar dari Perang Uhud. Karya Hepi Andi Bastoni, keluaran Kemilau Publika.
Ada seorang yang berjuang untuk dalam perang Uhud, dalam keadaan nazak..Namun dia membunuh diri. Maka sia-sia dia pergi berperang..Lagi pula, perjuangannya adalah untuk kaum@bangsanya.
Ada dua di sini, pertama bukan satu perkara yang dibenarkan dalam hal membunuh diri sendiri. Kedua, berjuang bukan untuk ALLAH dan RasulNya adalah tertolak di sisi ALLAH. Tempat kembalinya adalah neraka!
Mari kita sama-sama meningkatkan pengetahuan dalam bidang Agama kita yang hanya dengan menempuhi jalan yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah akan meniti jalan kebenaran hingga ke syurga!
p/s: apa yang paling teruk dalam ujian ALLAH, kehilangan orang yang tersayang? gagal dalam peperiksaan? ditendang keluar universiti kerana pertahankan kebenaran? Atau, tidak kenal ALLAH punca segala kegelisahan yang mendorong ke lembah maksiat?Moga hidayah ALLAH bersama kita semua.Amin.
Thursday, September 16, 2010
Mari Pertimbangkan..Satu penyelesaian?
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Khitbah Usia Muda
Dicatat oleh Ustaz Nazmi on Thursday, December 11, 2008 "Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini"
Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin!
Maszlee Malik
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)
Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.
Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?
Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.
Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.
Penentuan mahar
Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?
Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.
Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?
Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.
Cara mengatasinya
Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."
Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?
1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat
Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.
Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan beriskap pro-aktif!
Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".
Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.
2. Peranan IPT
Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.
IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.
Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.
3. Simpanan khas
Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.
Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!
4. Pendapatan sampingan
Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebi sedikit sahaja.
Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.
Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah. Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.
Kesimpulan
Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan langkah!
Rujukan Internet
-------------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 11 Disember 2008

http://ustaznazmi.blogspot.com/2008/12/khitbah-usia-muda.html
Ulasan:
Pilihan di tangan anda..tindakan dari anda..bertindaklah melakukan sesuatu sebelum, terbabas melakukan sesuatu..Na'udzubillah!
Tuesday, September 14, 2010
Allah tidak pernah membiarkan..
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Keluar dari kereta api..perut berkeroncong..
Bukan niat untuk menyiksa perut..tapi takut tiada bas di terminal putra nanti. Aku bergegas ke 7 eLEVEN.mencari roti pengalas perut..
Selepas itu..langkah dipanjangkan ke kaunter tiket LRT versi mesin. Aku menarik bagasi merah, menggalas beg kelabu dan menyandang beg biru tua. tidak ketinggalan radio kuno yang agak besar daripada johor. Buah tangan untuk bilik katanya..
Sangat besar buah tangan ini. Kalau insan yang malas berfikir sudah pasti manganggapku seorang hip hop.Ahaks..Nak gelak pun ada.Nampaknya, tangan aku tak cukup sangat ni.
Sejak dalam gerabak tadi, aku memerah fikiran, siapakah yang bakal membantu aku jika bas tiada. Naik teksi??Tak mungkin!
Maka, sms percuma 100 aku gunakan sebaik mungkin..Celcom macam tahu-tahu aku tidak sempat topup tadi..
Beberapa rakan taulan dan sahabat ditanyai..
Alhamdulillah..Kak Mahirah, Kak Nani..memberi respon positif..
Sampai di terminal gombak..aku betul2 bersyukur!Ada lagi bas rupanya..
Maka, sekali lagi aku mesej bagitahu kakak-kakak tadi..bahawa keadaanku selamat, insya ALLAH.
Aku berdiri menanti pintu bas terbuka. Selama 40 minit. Berdiri..bagasi aku tegakkan di tepi..Aku tertoleh-toleh ke arah bilik pemandu-pemandu bas..'kenapa tak ada pemandu bertugas ni?'
Sedang aku berkira-kira sendiri..takkan tak da 'trip' lagi?
Hanya ALLAh yang tahu perasaan ketika itu. Para pelajar asing semakin ramai memenuhi ruang menunggu. Ah..satu pun aku tak kenal!
Habis tempoh menunggu..Pak Drebar datang dengan muka selamba. Maka beraturlah kami semua. Aku perasan, aku sorang saja yang bawa beg besarrrr..pegang banyak barang...Aku da berfikir-fikir, apa strategi untuk naik bas ni..agak rumit. kalau ada pembantu , insya ALLAH keja menjadi mudah..
tiba-tiba..
"Sister, need my help??"
Seorang lelaki, Pelajar asing menghulurkan tawaran pertolongan.
"oh..never mind.."aku tergagap..aik, segan kot..
" No, it's okay.." tangannya terus mencapai pemegang beg merahku. Aku tercengang dan terus mengucapkan terima kasih berkali-kali. Dia dan kawan dia seorang turut menolong. Pertama yang terbayang dalam fikiran..
-"ALLAH takkan biar aku angkat sendiri ni..SYUKRAN ALLAH, ALHAMDULILLAH.."
Aku lega. Namun, wajahku tidak menunjukkan keriangan di hati. Sebabnya..bas dipenuhi penumpang asing semuanya. Tak pasal-pasal dicop lain-lain pula.
Aku tidak berbual dengan lelaki yang menolong tadi. tambahan pula, aku dah penat sebenarnya.
Sekali lagi aku terfikir-fikir strategi untuk menurunkan beg dari bas. Adui..Lelaki pertama yang menolong angkat beg naik sudah turun di stesen pertama lagi. Tinggal lelaki kedua. Aku tidak berharap sebenarnya. Kerana aku tahu masih ada kudrat untuk turunkan beg.
Selang satu stesen untuk turun, aku bersedia untuk turun sambil berdiri. Tetiba lelaki yang mula-mula menawarkan diri untuk tolong sekali lagi berdiri. Dia mahu tolong untuk menurunkan beg.
Bas berhenti..Beg diturunkan. Aku ucap terima kasih . Bas terus pergi..
Ana menarik bagasi tadi ke pagar hafsa dengan senyuman, sambil monolog sendiri. Bukan sebab yang tolong tu lelaki[tiada kerja lain kah?,huhu], tapi ..Allah yang menyebabkan dia tergerak nak tolong.Rupanya, dari kereta api lagi aku hampir nangis memikirkan siapa yang akan memudahkan aku memindahkan semua beg-beg ini. Tapi bila fikir semula, baru aku teringat.."Jangan ingat ALLAH semasa susah saja..Ingatlah ALLah di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja. ALLAH akan ingat kamu.."
Kesimpulannya, sesuatu perjalanan akan menemukan kamu dengan pengalaman yang pasti akan meningkatkan motivasi dan rasa bertuhan dalam diri. Setiap musibah adalah ujian untuk ALLAH melihat tahap iman kita. Dan seterusnya, betapa penyayangnya ALLAH yang MAHA Penyayang..Dia pasti akan memudahkan urusan hamba-Nya selepas itu..Apabila semua itu telah terbukti didepan mata .. aku bertambah yakin dengan itu semua!
thinking skill involved: Not think negatively to everybody around you..still think positive , but always..beware!

Monday, September 13, 2010
Puisi Hati di Hari Raya
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
RAYA PERTAMA
Hari ini..aku senyum sendiri..
kerana Jasadku di sini, mindaku di sana..
Telefon bimbit tidak terlepas dari tangan
Jemari begitu gatal meronta-ronta
selalu terlajak menekan punat-punat nombor insan kesayangan..
Teks-teks mesej panjang berjela..
Menghentikan kegersangan rindu..
Sungguh, jiwaku benar-benar di sana..
Aku sendiri betah bertanya,
Kenapa tidak pulang?
Ah, sungguh ada hikmah semua ini.
Aku enggan menyalahkan takdir.
Semua ini telah tertulis..
suara mereka di hujung talian
mematikan rasa untuk meneruskan keriangan
Walau di sini jasadku menghiburkan insan sekeliling
kanak-kanak tak bersalah..
Di acah dan di usik..
Bertambah-tambah kemanjaan mereka
Bertambah juga ingatan pada si kecil-si kecil di sana
RAYA KEEMPAT
Hari begitu laju berarak pergi..
Kini insan semua kembali ke tempat sebelumnya..
Menjalani kehidupan seperti biasa..
Dan aku jua begitu..
Bakal melupakan sejarah mendung ini
Ternyata,
Langkah terus berlalu,
Tiada guna melayan sedih
Begitu juga hiba
kerana, sinar baru akan muncul..
Sekarang baru faham maksud ..pepatah arab
'jarang-jarang jumpa, penambah ikatan mesra'
Kini,
Aku kembali menemui pelangi dulu
Bukan mahu melupakan semua ini
tapi, bagiku..
ia semua adalah tarbiyah
Biarlah perjumpaan yang kekal di Syurga kelak
tempat asal kita sebelum ini
tempat kekal abadi
yang diidam semua insani..
Di sana nanti marilah kita beraya sepuasnya.
Tapi, bukan semudah itu..kerana,
syurga itu teramat MAHAL..
Maka, carilah usaha sebanding harga SYURGA..
Bukan hanya melongo ,
Bukan hanya berteori,
Bukan jua mengata tanpa dikota..
Beribadat sepanjang hidup tanpa peduli umaah satu hal
menambah ilmu tanpa amal satu hal
menyuruh orang buat tapi buat sendiri tidak pernah satu hal
Zaman ini bukan zaman pemerintahan khalifah
Zaman sekarang tiada lagi khilafah
Tiada lagi semua itu,
Perpecahan kembali mewarnai dunia ISLAM
Seakan mengulang sejarah silam
Cinta dunia semakin mendalam !
Cukuplah aku meluahkan kata hati
Aku pun tak pasti akan sampaikah usahaku seperti yang telah ku nyatakan
Namun yang aku pasti,
Tiada istilah lambat dalam kebaikan
Biar ALLAH menilai semuanya.
Aku harap tiada yang terguris
Aku harap tiada yang tersinggung
Ini hanya satu peringatan
Buat diri yang jua alpa
Salam keamanan dariku
Moga Kita di bawah lembayung Rahmat-Nya.
P/s: Hari raya hanya bermakna apabila..Setiap orang menyucikan diri..Sesuci bayi yang baru lahir, kerana tarbiyah Ramadhan mengumpul kekuatan..Amat rugilah bagi mereka yang..beraya atas dasar nafsu dan hedonisme..
Thursday, September 9, 2010
Dedikasi Raya
Ini Untuk Kalian yang banyak menyokong saifulmujahidah dan banyak mendoakan dirinya!
Tidak lupa buat mereka yang kenal akan diri ini...
Juga buat mereka yang mengharapkan kad raya...
Jua mereka yang baru kenal..salam perkenalan dan ana mendahului
ucapan
SELAMAT HARI LEBARAN,
HADAPILAH DENGAN KESYUKURAN,
SEMAKIN TINGGI KEAZAMAN,
UNTUK MENAMBAH IMAN !
Lepas ni ada puasa 6 Syawal..jangan lupa..
Maaf segala salah silap,
termakan terminum makanan dengan sengaja atau tidak..
Terpuji atau terkeji..
Harap dilupuskan dari hati..
Biarlah kita berada dalam fitrah..Sempena hari berbahagia..
Ana memilih untuk memaafkan semua walaupun tak dipinta..
Sekian dari Ana..
~Maaf Zahir & Batin Sekali lagi~..
Engkau pergi Jua Ramadhan..Semoga bertemu kembali..Amin!
Wednesday, September 8, 2010
Sekadar motivasi..
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Saya ingin mengambil semangat serikandi harapan ummah..
melalui karyanya..
Aku membuang kenangan yang telah semakin membebani fikiran.
Angin laut begitu keras menghembus petang itu. Nyaman. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Matahari pula bersinar seadanya menandakan senja akan menjelang. Cahayanya semakin bertukar kepada cahaya kemerah-merahan..Seusai membaca zikir Al-Mathurat, di sinilah tempat untuk menenangkan fikiran. Di hadapan alam lukisan Penciptanya. Menghayati keindahan alam bak menghayati kebesaran Pemiliknya.
Subahanallah!..Tiada bandingan..
“Jika itu yang terbaik, apa yang boleh aku katakan lagi?” Aku bermonolog sendiri. Minda memutarkan kejadian semalam.
” Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”
Manakan dapat seorang muslimah yang berakhlak buruk mengharapkan seorang muslimin yang baik menerimanya. Pasti akhlaknya dibahaskan terlebih dulu dan akhirnya, sang muslimin menolak atas sebab, mahu mencari yang lebih baik. Kecuali Atas kehendak ALLAh dan si muslimah juga mahu berubah dan mengharapkan pembimbing yang betul.
Aku tersenyum kerana mengelamun panjang petang ini.
Walau apa pun, hatiku berbunga riang sekarang. Mungkin berjaya mengikis bayangan semalam. Semua kenangan itu terbang dibawa angin laut. Tinggal hanya jati seorang srikandi yang bersedia beraksi. Namun, latihan kendiri harus dilakukan!
Akanku lakukan yang terbaik!
~monolog Hamba~
P/s: anda wahai muslimat sudah perlu memikirkan mengenainya..di samping teruskan langkah sebagai abnaul haraki..=)

Jati seorang Srikandi

***
Hari yang bersejarah..
“Mulai sekarang Ija dah diikat dengan pertunangan. Insya ALLAH, lepas setahun dia akan datang untuk menjadi suami yang sah!,” ujar Mak Wan,wakil jejaka yang aku sendiri tidak berapa kenal. Misteri. Aku sengaja biarkan misteri.
Aku tersenyum seadanya sambil mengangguk. Menyembunyikan gelombang dalam dada. Jiwa berusaha memujuk hati. Istikharah membenarkan langkah ini. Apa lagi yang menghalang?
***
Impian diri, menjadi seorang pendamping pejuang ALLAH. Sebenarnya sedang terlaksana, jika inilah rezeki dan takdir buat diri. Kerisauan menjengah ketika diri mempersoalkan keserasian antara kami. Sifatnya bagaimanakah? berlawanan dari diriku? atau sama? Itu persoalan vital. Ia melibatkan percaturan masa depan.
Tindakan menerima selepas mengetahui dirinya sedang mencari srikandi yang boleh diharapkan. Ia seakan tindakan spontan walaupun telah melakukan istikharah..
Teringat pada blog saifulmujahidah..sahabat kesayanganku, perihal Lathifah As-suri..serikandi Assyahid Al-Imam Hasan Al-Banna. Beliau tidak menyangka dirinya menjadi pilihan seorang pejuang ALLAH. Beliau juga begitu yakin bahawa dirinya adalah pembantu bukan pembeban pada suami dan kerja dakwah suaminya.
Maka, rumah adalah pilihannya untuk berjihad. Membesarkan anak-anak. mentarbiah anak-anak. Memastikan jiwa anak-anaknya terisi dengan ruhul ISlami yang sepatutnya sebagai hamba ALLAH. Akhirnya, catatan sejarah membuktikan, kesemua anaknya telah berjaya dan menjadi orang-orang yang tidak kurang hebatnya di sisi ISLAM.
Begitu juga bila teringat pada serikandi yang memilih ISLAM sebagai mahar perkahwinannya, iaitu Ummu Sulaim. Bonda kepada Anas Bin Malik. Beliau antara golongan pertama yang masuk Islam. Apabila Abu Thalhah yang ketika itu masih belum memeluk ISlam sanggup meninggalkan agama terdahulu demi menyahut cabaran Ummu Sulaim yang akhirnya menjadi isterinya. Alangkah mudahnya mahar perkahwinan mereka, murah lagi namun mengandungi berkat yang amat besar di sisi ALLAH. Keberkatan itu terzahir dari keikhlasanAbu Thalhah yang terpancar apabila beliau bersungguh-sungguh memastikan agama ALLAh terbela dengan menyertai semua peperangan yang berlaku selepas pengislamannya!
Nafas ditarik dalam-dalam..
Dan, laut masih tenang walaupun di permukaannya ombak terbentuk perlahan-lahan dan terhempas di persisir pantai.
Mampukah aku menjadi seperti mereka?
Mampukah aku menjadi seperti anak kesayangan Rasulullah..Saidatina Fatimah? Sanggup menjadi suri kepada Saidina Ali yang kemudian mengharungi kehidupan yang tidak mudah..
Begitu juga, menjadi seperti Zainab Al-Ghazali yang tegas menyatakan pendiriannya bahawa, dia boleh dimiliki asal dirinya tidak dihalangi daripada terus berdakwah..Sedangkan suaminya adalah seorang jejaka ‘Adi yang akhirnya akur dengan kekentalan semangat Zainab Al-Ghazali mempertahankan Islam. Ternyata apabila Al Imam Assyahid Al Banna menjemputnya menyertai Ikhwanul Muslimin sebagai sayap kiri perjuangan menjadikan Islam semakin maju ke hadapan pada zaman itu.
Bagaimana pula rohani?Jika sebelum ni serikandi haraki . siapa pula serikandi sufiy? Ha..Rabiatul ‘Adawiyah.. Beliau bukan sesiapa, namun, keikhlasannya cinta kepada ALLAh menyebabkan beliau tersohor dari kalangan sufiy . tahap imannya mengalahkan seorang muslimin pada zamannya..Cintanya bulat hanya untuk ALLAH!
Memikirkan semua itu…tinggal aku saja yang belum memulakan langkah..Semua orang akan menemui jodohnya. Jika bukan di dunia, tunggulah di akhirat kelak. Namun, dalam kesibukan mencari perlu menyediakan diri, agar hidup menepati janji ALLAH..dalam surah An-nur ayat ke 26:
” Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”
Manakan dapat seorang muslimah yang berakhlak buruk mengharapkan seorang muslimin yang baik menerimanya. Pasti akhlaknya dibahaskan terlebih dulu dan akhirnya, sang muslimin menolak atas sebab, mahu mencari yang lebih baik. Kecuali Atas kehendak ALLAh dan si muslimah juga mahu berubah dan mengharapkan pembimbing yang betul.
Aku tersenyum kerana mengelamun panjang petang ini.
Walau apa pun, hatiku berbunga riang sekarang. Mungkin berjaya mengikis bayangan semalam. Semua kenangan itu terbang dibawa angin laut. Tinggal hanya jati seorang srikandi yang bersedia beraksi. Namun, latihan kendiri harus dilakukan!
Akanku lakukan yang terbaik!
~monolog Hamba~
P/s: anda wahai muslimat sudah perlu memikirkan mengenainya..di samping teruskan langkah sebagai abnaul haraki..=)
Monday, September 6, 2010
Catatan Ramadhan - Aidilfitri(suatu Muhasabah & kenangan terindah)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Setelah melafazkan basmalah saya memulakan gerakan jari penuh azam, demi menyiapkan perkongsian cerita di bawah tajuk Catatan Ramadhan-Aidilfitri..Moga bermanfaat.
Ramadhan Bermula..
Sepanjang Ramadhan, tiada yang kelihatan berubah. Kehidupan tetap seperti sebelum puasa. Cuma, mungkin penat sedikit. Maka tidur pun agak lewah.
Ceramah-ceramah penghayatan Ramadhan begitu pesat bersaing, seperti cendawan tumbuh selepas hujan..namun, keghairahan itu belum wujud lagi. Masya ALLAh..adakah hati ini dah keras?
Namun, keadaan setiap hari berubah selepas di'cuci' oleh Pensyarah Fiqh dan Ulum Quran..Bukanlah bermakna pensyarah lain tidak menyumbang, namun, Allah telah memilih untuk menjadikan kata-kata kedua-dua ustaz ini sebagai asbab untuk mengetuk hati yang semakin keras ini. Akibatnya, setiap kali menghadiri kelas yang dua ini, ketika itulah ruh Ibadah menjadi semakin menebal dan kental. Tapi, ujian selepas itu belum mengizinkan tindakan benar-benar berkesan.
Hari terakhir untuk kelas 'Ulum Quran, Ustaz Esam telah memberikan tazkirah yang panjang sehingga silibus pelajaran tidak diusik langsung. Beliau memahami perasaan semua pelajarnya. mabruk ya ustaz..
Hati itu tersentuh, tentang pencarian malam lailatul qadr..Kelebihannya, jika kita dapat malam itu, dan beribadah di dalamnya, insya ALLAh ganjarannya seperti dalam surah Al Qadr..pahala Seribu Tahun..=,)..terharu rohani dan nurani dengar. Tambahan pula , beliau mengkaitkan Al-mizan di akhirat nanti..jika amalan kita sudah seperti seribu tahun, insya ALLAh akan memberatkan amalan baik kita..Tapi, jangan fikir mudah untuk menjumpai malam ini jika tidak berusaha bersungguh-sungguh...
Dalam minda terbayang, jikalau nyawa ini ditarik selepas mendapat malam itu..alangkah bahagianya..Tapi cepat-cepat sedar..itu hanya angan-angan jika tiada usaha, seperti yang saya katakan sebelum ini.
Amalan sehari sebelum raya ..dan pada pagi raya..untuk mengetahuinya, belilah solusi #23..hehe..ada dalam buku tu.. Amalan-amalan untk itu pun ustaz ulas..dan yang saya tidak pernah tahu, seperti melalui dua jalan yang berbeza ketika ke masjid dan pulang dari masjid adalah sunnah!
Seronok ...Alhamdulillah..
3hb adalah tarikh yang menjadi tarikh untuk saya pulang ke Johor, ketika itu masih dengan sepupu saya.
namun, malam 2hb..akak kedua memberi peluang sekali lagi untuk pulang ke sabah. Ai...ingatkan sudah selesai kes ini. Kes kesilapan membeli tiket. Tiket berharga 700++ akan hangus begitu saja jika saya tidak menggunakannya untuk pulang. Sebenarnya, tiket itu untuk adik lelaki saya yang juga baru melanjutkan pelajaran ke semenanjung. Serba salah.
Hendak pulang, risau janji lebur. padahal, janji yang dimungkiri..menyebabkan fitnah yang lebih dahsyat.
Allah bagi ilham yang memberikan kepuasan kepada semua pihak. Alhamdulillah..Sepupu yang sepatutnya pulang dengan saya ke Johor dibukakan hatinya oleh ALLAH untuk menggunakan tiket itu untuk pulang ke SABAH..Saya berasa lega sangat-sangat. Sehingga tergambar rasa gembira ini dengan ketabahan menghantar mereka ke Bas LCCT di KL Sentral.
Tiada tangisan yang diperuntukkan. Hanya senyuman dan gurauan memanjang pada kedua-dua insan yang disayangi ini; kakak kedua dan sepupu. Biarkan mereka mencari kebahagiaan mereka di kampung halaman. Mungkin kebahagiaan saya di sini..
Sempat menulis kad raya pada adik-adik di rumah. Terasa sayang membazirkan duit membeli kad-kad raya tapi tiada penerima yang terlintas di hati. Sahabat-sahabat lama cukup dengan kad yang akan saya post tidak lama lagi di blog ini..Zaman kian memudahkan urusan manusia..maka, kad-kad raya yang lebih semuanya untuk adik beradik saya yang berjumlah 12 orang itu. kad untuk warga SEMAI sudah selamat dibawa oleh Dila, adik junior yang belajar di Darul Quran. Kad untuk Al Walidaini pula mengalami sedikit masalah di 'pejabat pos'. Saya kira tiada masalah jika ibu bapa saya melihat blog family..[www.rupilensfamily.blogspot.com]..sebabnya, ada softcopy kata-kata dalam post terbaru di sana.
'Mat despact' yang ditugaskan juga berasa bersalah atas ketidaksampaian itu. Saya faham perasaan dia. Jadi saya pilih untuk redha. Bukan dia yang menentukan semua itu. bahkan ALLAH. Mungkin niat saya ketika itu tidak selari dengan kehendak-Nya. Astaghfirullah..Biarlah itu sebagai pengajaran.
Petang , selepas menghantar kakak dan sepupu ke Bas LCCT, seorang kakak yang baik menawarkan saya satu perjalanan untuk mengubati hati yang luka secara tidak sedar itu. Terasa seperti 'ISra Mi'raj' pula. Tapi, saya cepat-cepat sedar itu bukan perkara yang boleh dibanding-bandingkan dengan hal-hal terkini. Lantas, saya mengatakan ,"Seronok!" Untuk kata persetujuan.
Merempitlah dua muslimah di jalanan..
Menggunakan perkataan 'rempit' ni membuatkan jiwa berasa lucu. Niat kami suci lagi murni. Kami rasa tak salah menaiki motor ke masjid Al-ghufran. Berbuka di sana, dan bertarawih di sana.
Saya mengenali kak Syidah baru sehari, namun, ukhuwah dan kesatuan fikrah antara kami begitu membantu dalam merapatkan kami seolah-olah sudah lama kenal. Beliau seorang pelajar MASTER UM. Merupakan pelajar jurusan Usuluddin [pengkhususan dakwah dan pembangunan insan]. Banyak ilmu yang dapat di'up load' dari pengalaman kakak ni.
Dia mengajar saya berfikir lebih dalam. [atas kehendak ALLAH]
Semasa menyusuri Lebuh Raya..saya menyedari sesuatu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
"Memandu merupakan latihan kepimpinan. Jika dilihat sari sudut perana pemandu, dia bertanggungjawab menghalakan kenderaannya ke jalan yang benar, sesekali tersalah jalan, pasti akan berlaku kecelakaan dan untuk menjadi pemandu @ Pemimpin yang baik, perlukan kemahiran-kemahiran dan latihan yang kerap agar keyakinan yang jitu dapat dibentuk dan sekaligus mengelak & mengurangkan kadar kemungkinan untuk kecelakaan dari berlaku. Dalam membuat keputusan, pemandu@ pemimpin harus mempertimbangkan risiko dan harus berani menghadapinya. Peranan lampu isyarat pula adalah untuk mengajak pemandu supaya perlahankan langkah dan berhenti sejenak memberi peluang orang lain beraksi. begitu juga pemimpin, dia tidak boleh meninggalkan orang-orang yang dipimpinnya. malah, berhenti sejenak adalah peluang untuk memuhasabah semua tindakan yang sudah dibuat sebelum ini. Andai terdapat kesilapan , masih ada jalan untuk ke pangkal jalan..."
Inilah falsafah yang dapat saya fikirkan sepanjang berada di atas jalanan. [dengan izin Allah]
Dalam aspek dakwah pula..kak Syidah memberikan satu pandangan dan sebenarnya realiti mad'u dan cara untuk mendekati mereka. Menurutnya, orang bila sedia berkongsi dengan kita sebarang masalah, ketika itu pintu untuk memasukkan suntikan-suntikan dakwah akan menemui kejayaan. Kerana dia memberikan kepercayaan kepada kita. Seterusnya, kita tidak boleh menyangka buruk mad'u kita ni. Hati insani hanya ALLAH yang boleh merawatnya dan mengubahnya..Pohonlah doa dari-Nya selepas kita berusaha memberikan maklumat yang diperlukan oleh rohaninya.
Inilah kenangan yang sangat indah untuk saya sepanjang Ramadhan ini. bila dapat bermuzakarah dengan orang yang betul. Dapat me'rempit' di lebuh raya sekaligus menjadi pengalaman sebelum mengambil lesen motor selepas ini..=)
Banyak lagi nikmat yang ALLAh bagi, seperti, menemukan saya orang yang sama pengajian dengan saya, tetapi sudah melangkah ke alam MASTER. maka manfaatnya, saya boleh pinjam buku-buku rujukannya. =)
itulah kak irna.Jazakillah..
Nak cerita yang sedih?..Alhamdulillah belum ada satu cerita yang dikategorikan sebagai sedih sebenarnya. Tidak dapat beraya di kampung bukan satu kesedihan tetapi menambah azam untuk menetap di Sabah selepas tamat pengajian..
~Gembira dalam Sedih~
Ungkapan ini khas untuk diri. Bukan untuk sesiapa..^_^
Baiklah, Aidilfitri yang akan datang ini terasa nak menunaikan solat sunat Aidilfitri..Dengar khutbah..Di masjid. Doakan impian ini tercapai...Percaya atau tidak, saya belum pernah menikmati keindahan amalan sunat muakkad ini. Jika ini tertunai, maka itulah makna aidilfitri bagi saya!
Akhirul kalam..
Pengalaman menaiki kereta Api agak mengujakan. Serupa kapal terbang, cuma kapat terbang agak bingit dari kereta api.=)
P/s: Teringat satu ungkapan.."ajaklah semua insan untuk menuju cinta Allah sekurang-kurangnya memberi kenal bagi yang tak kenal..Ceritakan semua kehebatan ALLAH agar mereka menyedari ada kuasa yang Maha Hebat namun, terhijab kerana kealpaan dan kekurangan Ilmu ma'rifat tentang-Nya."
Kalau ada cerita berupa nikmat ALLAh jangan lupa sebar..atas niat..untuk promosi ALLAH itu Maha Kuasa ats setiap sesuatu.

Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (as-syuura: 20)

(Fushshilat:53)
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
Kalau ada cerita berupa nikmat ALLAh jangan lupa sebar..atas niat..untuk promosi ALLAH itu Maha Kuasa ats setiap sesuatu.
Sunday, September 5, 2010
Buah Hati Ramadhan..(diedit dari "buah tangan Ramadhan")
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Assalamualaikum..w.b.t..
Kembali menemui sahabat maya semua,
Banyak perkara yang berlaku secara tidak sedar..banyak benda yang saya rasa teringin kongsi dengan semua. Apakan daya..ingatan tidak kuat sangat.
Raya telah hampir menjelang. Ramadhan, nak berlalu dah..
Sebak juga..baru nak sebak..masya ALLAH..alhamdulillah, hadir juga perasaan ni sebelum tamat ramadhan..
Madrasah Ramadhan meninggalkan sejuta noktah keinsafan yang menjadi tanda memori berguna untuk masa depan. Keinsafan itu menyebabkan langkah kian perlahan untuk menganalisis tindakan seterusnya. Jika itu adalah hikmah noktah-noktah itu…Segala puji bagi Pencpta Sekalian Alam, Pencipta segala ujian dan Nikmat.
Pagi ni ada baca satu bab , daripada buku Ust. Hasrizal Jamil. Penulis ni adalah penulis buku “Aku Terima Nikahnya”.
Antara Orang Agama dan Orang Beragama.
Begitulah, apa pendapat kalian?
Ada beza antara dua golongan ini..Cara bezakan, orang yang berkecimpung dalam bidang agama adalah golongan pertama dan orang yang berusaha memperdalami ilmu agama dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut ialah orang beragama…Realiti sekarang, tidak semestinya orang agama akan menjadi orang yang beragama. Itulah pula yang akan menjadi fitnah kepada kesucian ISLAM .
Maka, kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang fardhu kifayah, teruskan peranan anda dan cuba selarikan tuntutan farhu kifayah itu dengan meyelesaikan tuntutan fardhu ain…Senang cerita, bagi yang ambil Jurusan Ekonomi, Kejuruteraan..Kedoktoran..sangat boleh mendalami Islam tanpa memberi alas an perlu memberi perhatian pada pengajian bidang-bidang tadi seratus peratus, tidak mahu langsung terjebak dengan ilmu-ilmu ISLAM.
Ada keperluan untuk kita terapkan didikan ISLAm terlebih dahulu sebelum terus menerapkan pendidikan selain agama kerana itulah yang akan menjadi tapak yang kukuh demi menjaga akidah dan jati diri ISLAM.
Berbalik pada isu, dalam buku ni cerita pada anak-anak yang dipaksa memilih jalan menjadi orang Agama oleh ibu bapanya. Para bakal-bakal ibu, bakal-bakal ayah..kena tahu yang minat anak kita yang sebenar. Tapi bila benar-benar nak dia jadi orang agama, biasakan dia dengan hal-hal yang menyebabkan dia cenderung kea rah itu sejak kecil lagi. Itulah usaha kita.
Kesimpulannya, banyak lagi benda yang kena tahu oleh kita semua kan? Demi masa depan ISLAM..semoga artikel ni ada manfaat. Sebagai panduan, sebagai ingatan kita bersama.
Baru dapat mesej YM.

Aidilfitri belum tiba lagi,Sama-sama muhasabah..
Tidak perlu ucapkan Selamat Hari Raya untukku tika ini,
Sedang Ramadhan kekasihku cintaku hendak bergerak pergi,
aku tidak berkenan merayakan apa-apa kini
waktu ini waktuku untuk waktunya sahaja.
Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja.
Aidilfitri belum tiba lagi, dan belum tentu aku layak merayakannya nanti
Kerna Aidilfitri,
Hanyalah perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan sesempurna hati
~Hilal Asyraf~
050910
1005AM
Rumah, Johor
Malaysia
http://ms.langitilahi.com/gambar-belum-tiba-lagi-cintaku-hendak-pergi/
Wednesday, September 1, 2010
Sayap Kiri Al Imam Hasan Al-Banna
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Copy Paste..Moga penulis asalnya dapat manfaat dan ganjaran ALLAH...
Moga kita akan menjadi seperti Lathifah, tegar di sisi A-syahid Imam Hassan Al-Banna..
~ Jundatulllah~http://jundatullah.blogspot.com/2010/05/sayap-kiri-al-banna.html

Sayap kiri Al-Banna
Posted by Jundatulllah | 1:06 PM |Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Banna. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau, sayap kiri As-Syahid. Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui.
Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali r.a.:
"Didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"
Pesan ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.
Dia adalah Lathifah As Suri. Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang tegar, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berda’awah. Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan da’awah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulakan berda’wah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.
Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar da’awah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam As- syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesetiaannya. Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyedari bahawa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa dia harus bersedia jika sampai waktu dia harus menjalani hidup bersendirian tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.
Da’wah & Rumah Tangga
Da’wah Ikhwan yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta risiko yang bukan ringan-ringan. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa boleh menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.
Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, dia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam As-Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam As- Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam As- Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.
Wanita, Isteri & Ibu
Lathifah tidak pernah mengeluh, walau seharian hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam As- Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang isteri Imam As- Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan tumpuannya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam As- Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam As-Syahid hanya menarik nafas panjang, dan kemudian berkata “Bapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam As-Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar .
Lathifah sangat menyedari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Dia mengosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Dia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) - antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.

Pengetahuan & Perjuangan
Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam As-Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keIslamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.
Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai doktor pakar anak di Universiti al-Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berertinya peranan Ibu bagi keberhasilan da’wah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya…..

Buat saya dan kalian
Kisah Lathifah, bidadari hidup As-syahid Hassan Al-Banna boleh kita jadikan contoh untuk membakar spirit perjuangan kita, banyak lagi kisah-kisah srikandi yang lain.
Andai dipanjangkan umur, perjalanan hidup kita masih jauh, saat ini masih di kampus, 2,3 tahun mendatang alam baru akan ditempuhi. Saya menyeru diri dan teman-teman, kita perlukan persiapan yang kukuh untuk sebuah perjuangan hidup yang panjang. Saya kira kita tidak perlu segan unutuk berbicara tentang Baitu Da’wah yang akan masing-masing kita bina.
Tapaknya adalah kefahaman Islam yang sebenarnya, memahami tuntutan sebuah perjuangan, bukan tuntutan nafsu, kerana ‘Istana’ yang dibina ini juga adalah wasilah untuk kita ke syurga.
Saya dan kalian punya dream yang berbeza, namun pokoknya adalah biar Bait Da’wah yang dibina ini makin menguatkan langkah perjuangan kita, malah menjadi tapak untuk lahirnya generasi yang akan menyambung perjuangan agar Islam kan terus gemilang dengan pendokong-pendokongnya.
Buat akhawat, siapkan diri sepenuhnya kerana kita akan menjadi sayap kiri dalam Bait Da’wah nanti. Andai masa ini kita masih lagi bersikap sambil lewa terhadap amalan diri , kurangnya ilmu, kurang berdisiplin, bersikap negatif..mungkin Bait Da’wah yang akan kita bina nanti hanya tinggal angan kosong.
Moga kita akan menjadi seperti Lathifah, tegar di sisi A-syahid Imam Hassan Al-Banna..
Ya Allah, jadikanlah kami srikandi sejati yang menyedari dan memahami tuntutan perjuangan Islam, tidak kan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan Ummat, kurniakanlah kami cinta-MU sehingga kami tidka kan pernah meminta cinta selain-MU, dan tidakkan kami goyah pada cinta dunia ini kerana hebatnya rasa penggantungan dan rasa Cinta pad-MU..
~ Jundatulllah~http://jundatullah.blogspot.com/2010/05/sayap-kiri-al-banna.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...