twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Friday, June 4, 2010

Pengumuman

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum...
Buat semua pengunjung setia...syukran atas kesetiaan anda..

Ana memikirkan sesuatu yang memerlukan sedikit usaha dari kalian. Selain kita mendoakan saudara seISLAM kita di seluruh dunia, ana meminta secebis tembakan doa dari semua supaya dikurniakn kekuatan tenaga serta keazaman dan supaya satu FORUM bertajuk 'SIAPA AKU?' bertempat di Kampung Johan Jaya dapat direalisasikan.

Bagi ana forum ini sangat penting sehingga ana jamin, inilah titik permulaan para saudara seISLAM kita di kampung ini membuka mata. Kita semua tahu, jika tak tahu seharusnya tahu..ISLAM ini INDAH jika kita menghayatinya sepenuh jiwa dan raga.
Kehidupan kita takkan bahagia jika buka atas dasar hidup itu adalah agama..agama itu kehidupan..INNA ADDIINA 'INDALLAHILISLAM...YA, ISLAM adalah satu-satunya agama yang diterima ALLAH, Agama di Sisi ALLAH..

Namun, fokus Forum kali ini adalah menjurus kepada kesedaran individu atas tanggungjawab masing-masing dan tanggungjawab para ahli keluarga untuk melihat akademik dan akhlak perlu dalam keadaan yang diredhai ALLAH..Terpulang pada kekreatifan ahli panel untuk mengindahkan lagi perjalanan forum.

Kali ini, ana memohon jasa baik sahabat ana seUIAM, saril jadi moderator. Bukan untuk mempromosi UIAM semata-mata, tapi untuk memberi gambaran dan inspirasi kepada adik-adik yang bakal menempuh zaman SPM, PMR dan UPSR agar buat yang terbaik dalam akademik di samping memiliki akhlak yang mulia dan terpuji. Supaya juga mereka memiliki satu semangat untuk mencontohi sahabat ana ini dalam bidang fardhu kifayah, kejuruteraan. Saya kira mahasiswa UIAM hanya kami berdua dari daerah keningau setakat ini. Untuk batch yang terkini..(Jika ada lagi munculkanlah diri..=D)

Walaubagaimanapun, setakat ini, ana telah berkenalan dengan mahasiswa ISLAM dari Universiti Malaya dan Kolej Universiti Islam SElangor..masing-masing satu wakil.
Para Panel adalah kalangan guru-guru yang Insya ALLAh wajah baru, bukan dari kampung ini sendiri. Kiranya, penduduk perlu melihat pemikiran luar setelah lama berada di tampuk pemikiran yang lama..

Semoga ALLAH memelihara hamba-hamba-Nya daripada kekejian riak dan ujub yang sentiasa menunggu peluang untuk menempatkan diri dalam hati-hati insan yang alpa..Semoga dijauhkan dari kita semua..AMIIN..
Kesimpulannya…Doanya ya..jangan dilupain..

1 comment:

Syahir said...

Semoga segala berjalan lancar insyaAllah

from: Al-Azhar Media mambers