~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Ketika ini terasa diri benar-benar diuji.
Pelayaran yang baru bertolak terperangkap dalam gelora yang nampak tenang tapi boleh menghancurkan.
Ya ALLAh, ini baru bahteraku sendiri,Maka, isyarat untuk berlabuh sebentar menyebabkan diriku menagih hikmah...tapi, mungkin bersabar dan berserah itu lebih baik ...
Bahtera sahabat-sahabatku yang lain telah mengharungi gelora itu..Keadaan awam mendung menyebabkan keyakinan mereka semkin menipis. Bantulah mereka ya ALLAH!
Terbayang di minda bagaimana tentera Perang Badar menghadapi musuh dengan bilangan yang sedikit tetapi dibantu oleh tentera ALLAH yang terdiri daripada malaikat..yang tidak terlihatkan oleh mata kasar..
Itu kerana keikhlasan mereka. Wahai sahabat-sahabat di sana, ikhlaskan dirimu. Moga-moga bantuan ALLAh bersama kita. Ketika melaungkan kata-kata ini dalam hati, diri ku menjadi sayu. Ya..sesungguhnya telah ada ganjaran hebat untuk mereka..Insya ALLAH!
Mungkin inilah kelemahan ku.
Kudrat dan keadaanku tidak sama seperti mereka.
Namun, itu bukan untuk dikesali.
Diri ini masih dibawah seliaan mereka yang melahirkan diriku.
Aku masih hak mereka, cuba bayangkan diriku disunting nanti..ketika itu aku sudah
bebas?
Tidak, melainkan penyunting itu juga mahukan diriku berkhidmat bersamanya di medan dakwah. Keizinannya amat-amat mahal. Amat dibutuhkan.Oleh jiwa seperti aku.
Aku mahu teruskan perjuangan. Namun, rahmat ALLAH jua yang menentukan...
Mungkin ini kifarah dosa-dosaku. Terleka di dunia yang serba indah di mata kasar.
ya, mungkin ini peluang untuk mencari diriku semula.
Terlintas di fikiran untuk ucap..Alhamdulillah..apabila menghadapi apa jua keadaan walaupun merasa sakit..Hanya ALLAH TAHU BETAPA INDAHNYA JIKA KITA BERSYUKUR PADANYA.
P/S: Mohon doa daripada semua pencinta ISLAM, semoga perancangan untuk mewarnai dunia ISLAM di sini dapat dilaksanakan...dengan penuh keberkatan..Syukran atas doanya..
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
1 comment:
gmah, kuat ye..
InsyAllah pendamping gmah nnt org yg sgt kuat, kuat iman, kuat HDAnya dan kuat fizikalnya.
Post a Comment