~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Terkeliru@Terbingung
Rindu jiwa ku untuk mengukir
ukiran tercantik dikalbu..
maka terhasillah ukiran
mengusik jiwa..
Si tukang baik hati
berasa bangga membaiki hati-hati orang
Namun hatinya rosak dia tak sedari...
malah tak tahu nak baiki macam mana..
Si tukang leter
hanya tahu memarahi orang lain
tapi bila dia salah
dia tak sanggup memarahi dirinya
sebab dia tak tahu macam mana nak marah
diri sendiri
Si tukang halang maksiat..
Dia sanggup menghabiskan masa tenaga
menjayakan misi memastikan tiada maksiat di depan matanya
Tapi, bila ada peluang dia terasa nak buat maksiat
Dia tak tahu macam mana nak elak..
wahai tukang-tukang di atas,
Sesungguhnya, kamu wajib menguji kebolehanmu
keatas diri sendiri sebelu
memberikan khidmat pada orang lain..
Ingatlah..'besar kemurkaan Allah pada mereka yang tidak perbuat
apa yang mereka perkatakan'-Assoff 3.
sedarilah wahai tukang-tukang sepertiku..
Kita bukan siapa-siapa.
kerja kita..islah diri, ajak orang..
Bukan ajak orang, isytihar diri..
Kamu tidak memilih untuk menjadi tukang-tukang sepertiku
Malah kamu terpilih dan, tiada alasan untuk menolak
Pertingkat kualiti diri,
Ajak orang lain..
Bukan anti orang lain..
Kita mahu hebat di mata manusia,
sebenarnya ISLAM yang hebat,
Jangan lupa kita tetap hina di sisi-Nya
jika tiada taqwa..
Sedarilah Ihsan penghubung jiwa kita..
Iman penguat langkah kita..
Sehebat mana kita di mata Manusia,
Lihat kembali niat pertama kita.
sengaja ku ukir
Memahat, agar hati ini sentiasa
segar dengan ancaman KHALIQnya
Bukan leka dek angan-angan berpanjangan.
Akhirnya, ukiran ini bukan untuk sesiapa melainkan diri ku jua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment