Saturday, June 12, 2010

akhirnya...alhamdulillah..wa syukran lakum..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah ya RABBI..
Sahabat ana sekalian, berkat doa kalian..FORUM yang dirancang telah berjalan dengan lancar...Alhamdulillah..

Sedikit sedutan perjalanan forum tersebut..
Selepas solat maghrib dijangka panel Ust. Hamidi dan ust. Waslie akan sampai.Begitu juga dengan Ustazah Mazhani, merangkap ibu angkat ana..=)..semoga ALAH merahmati mereka semua.

Satu peristiwa lucu berlaku di mana ana tersalah orang...Sebetulnya, saya tidak ingat wajah Ust. Waslie. Jika pernah jumpapun, masa kecik-kecik dulu..Jadi bila kereta asing tiba di perkarangan surau. Ada beberapa orang...Tari, rakan seunit (unit kerohanian)ana terus menyambut kedatangan ustaz-ustaz yang datang.
Ana dengan selamba, menuju ke arah seorang ustaz yang ana yakin itulah ustaz Waslie,

“Ustaz, tajuk-tajuk yang akan disoal tu ustaz da sediakah?”

“Adakah soalan yang kamu bagi??”Ustaz tu jadi hairan.

“Bukan saya dah mesej ka?”

“Saya? Saya bukan panel...kami ni pemerhati..”

“Ai, ustaz..”

“Firdaus, kita pemerhati jak kan?”Ustaz bertanya pada Ust. Firdaus.

“Ustaz Waslie kan?”Ustaz Firdaus bertanya pula..

“Jadi..”Tari lalu dihadapan ana..

“Tari, ni ustaz apa pula?”ana bertanya tanpa memikirkan ustaz tu ada di hadapan ana.
Malu da sebenarnya.

“Ni Ustaz Syukur..,”Tari senyum-senyum dan melangkah keluar.Ana pusing menghadap
Ustaz..

“Maaaf ustaz..,” tangan dirapatkan seperti orang india nak kata ‘namaste’.
“Takpa2..”, ustaz mengangkat tangannya..tersenyum-senyum..Grr..malunya..

..Ana meminta izin keluar untuk melihat siapa yang datang bila mendengar bunyi
kereta diluar.

Siapa yang datang??Mak angkat ana..seolah dah lama tak jumpa..dalam sebulan juga tak jumpa sebenarnya..

Kami berpelukan.Bahagianya..Bukan apa, Ibu angkat ana sanggup datang ke kampung ana..satu yang mengharukan..hehe. Ustazah Mazhani datang bersama Abang Bukhari, anak sulung mak. Moderator , Syahril juga ada bersama mereka. Syahril sebelum ni hampir tak dapat datang..tapi, IZIN ALLAH tiada siapa yang boleh menolak.Segala Puji bagi-Nya..Mha Suci ALLAH..Tuhan Sekalian ALAM!

Tari bertindak mempengerusikan masjlis secara UMUM, dia dengan spontannya ke hadapan tanpa persediaan, ana bersalah juga sebenarnya, tak sediakan Teks.dia da minta sebelum tu,asif jiddan...Forum bermula dengan madah Syahril yang sepatutnya bahasa Dusun. Tapi, tak jadi...tak sempat menuntut, kui3...dalam bahasa melayu je la..
Pusingan pertama, Ustaz Hamidi bertindak sebagai panel pertama disoal mengenai hakikat hidup di dunia yang sementara.

Ustaz mengupas isu itu dengan baik..Menurut beliau..Penggunaan perkataan ‘tujuan’ hidup seolah kita mengharap sesuatu yang lain..kita seharusnya menggantikan tujuan itu dengan perkataan ‘hikmah’.Kita hidup di dunia untuk berkenal-kenalan..itu antara hikmah.

Ibadah untuk hikmah meraih redha ALLAH. Diikuti panel kedua ustaz Waslie. Ustaz mengupas soalan, perbezaan remaja sekarang dengan remaja dulu. Berkaitan isu semasa la..Kemudian, ustazah Mazhani..Mengupas soalan bagaimana didikan yang betul untuk anak-anak.

Topik ni sesuai untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar dengan didikan ISLAMIyah..atau dikenali sebagai Tarbiyah Islamiah. Kedatangan penduduk kampung kurang memberansangkan namun, ana optimis..setiap remaja dan kanak-kanak yang ada bakal menjadi ibu atau bapa jua satu hari nanti, jika dipanjangkan umur..=).
Terutama remaja termasuk ana..

Pusingan kedua..Giliran Ustaz Waslie di tanya mengenai, akademik dan akhlak..kemudian Ustazah Mazhani ditanya mengenai cara untuk berubah..di sini ustazah menekankan bab SOLAT. Dan Ustaz Hamidi mengupas kemuncak kebahagiaan yang sebenar..Ana hampir tak beri tumpuan kerana merisaukan ketidak lancaran majlis, beberpa kali ana keluar masuk ke dalam untuk melihat ibu bapa yang datang.
Suatu yang mengharukan, hujan turun dengan lebatnya ketika forum berjalan. Sehingga habis forum barulah hujan beransur-ansur reda..Hujan berkat ka itu?Insya ALLAH...
Jamuan akhir menyaksikan kegembiraan pada wajah tetamu dan ajk yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Bihun goreng dan cekodok kampung jadi santapan. Antara tetamu yang datang Masdeh, sahabt seperjuangan ana dan syahril di bumi keningau. Dia sanggup datang dari kampung Sinulihan untuk bagi sokongan moral.Jazakallahu Khairan..
Semoga semua yang terlibat, secara langsung atau tak langsung..mendapat redha ALLAH..Ini adalah langkah pertama untuk revolusi di kampung ini. Islam Pasti Menang..Kejahilan bakal dikalahkan..

Setelah semua tetamu pulang, ana berbicara dari hati ke hati bersama Pengerusi JKKK merangkap Pengerusi Surau Kg. Johan Jaya untuk memastikan aktiviti berfaedah dapat dijalankan di Kg. Johan Jaya dengan tertubuhnya satu persatuan yang betul-betul tersusun. Alhamdulillah beliau menyokong seratus – peratus..tinggal lagi, pelaksanaan..tanggungjawab siapakah itu???
nahNu!

P/S: Apa pun..kena rancang , ada cuti je..berpeluang pulang sabah..pulanglah..kerana mereka menanti sinar ISLAM di sini!

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...