Friday, May 28, 2010

Ranau koupusanku..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sebelum bertolak ke Ranau. Kami sempat mendengar ceramah di balai polis..di bangunan ANNEX..pasal hidupkan sunnah..tak leh minum dalam botol tanpa guna gelas..ha..ni selalu orang terlepas pandang. Cuma masa tu kami haus sangat, gelas pulak takde..darurat..minum je direct dari botol..astghfirullah..lepas ni kena bawa gelas p mana-mana..

Kami sampai di ranau setelah melalui perjalanan selama 4 jam..

Kami naik ALi Topan. Rasa nak senyum pula..Bukan apa, malam tu kami dihantui lagi dengan peristiwa kemalangan lalu. Apa tidaaknya, bas Ali Topan ni tersekat-sekat semasa mendaki bukit. Hampir luruh jantung ni...risau sangat..

Di Ranau tu kami menginap di masjid juga..

Esoknya, kami berjumpa dengan pegawai jahaeins..ada taklimat. Seterusnya, kami p beli makanan basah untuk dimasak di rumah anak yatim RPH. Sebelah masjid saja. Kami amat-amat terharu dapat memasak untuk anak-anak ni.

seterusnya kami makan bersama dengan mereka dalam talam..dapat rasai ukhuwah tu..terutama sesama peserta..dan staff RPH.

Petang itu juga kami bergegas ke SMAIR..SMA Irsyadiah..
Di sana kami anjurkan forum dan Muhasabah ..Pengalaman manis ana. dapat jadi panel. Ana main redah saja. Dah tak pernah jadi panel..

Malam itu, sahabat PSS yang terdiri dari akh HADI, akh ABDILLAH dan akh KHAIRIL bertolak pulang. Mereka di ganti dengan sahabat PSS yang lain..Malam itu juga pertukaran dibuat. Ana tambah suka dengan budaya saling 'top-up' PSS ni..

Malam tu, kami menyaksikan ikrar pelajar SMAIR untuk berubah..bersemangat ana dan sahabat lain..Mudah-mudahan perubahan akan menyusul selepas ni..Sebelum pulang naik kereta Us. Sabri..kami mengangkat sekolah SMAIR ni sebagai sekolah angkat..
alhamdulillah..nampaknya kami akan kembali lagi..

Pagi keesokkan harinya, kami dihantar ke Kundasang oleh us sabri..dan yang muslimin oleh kereta sahabat akh matassian..akh Nadir dan Akh Asyraf naik motor sendiri..

ha..lokasi terakhir..KUNDASANG...tunggulah tajuk terakhir post.."langadan KUNDASANG'

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...