Tuesday, June 15, 2010

Diari

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Dengan Nama ALLAH yang Maha pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, hari ini ana masih ditakdirkan untuk bernafas untuk menjalankan apa yang telah ditaklifkan. Sungguh, banyak sekali tanggungjawab yang menanti dibereskan.

Hidup hanya sekali. Kehidupan ini dua kali. Gembira tak dengar kenyataan ni?Kita akan dihidupkan semula.^^

Cuma, jangan sangka hidup yang kedua tu semudah yang di sangka. Fomula untuk bahagia di kehidupan kedua itu ialah...Cari bekalan dalam kehidupan pertama ini.

Bekalan...Bukan makanan, bukan harta...hanya amal kebajikan dan perbuatan yang mendatangkan rahmat ALLAH dan RedhaNya.

Tazkirah untuk diri...INGATLAH AKAN KEMATIAN SEPANJANG MASA.

Sejak kemalangan hari tu, ana rasa tak sedap badan. Mungkin betul cakap orang, hentakan ni bukan memberi kesan ketika itu juga, tapi pada masa depan. Ana dah berjaya buktikan. Teringat Madam m Subjek Kimia ana dulu, Kata beliau, dia pernah terhempas semasa perkhemahan dulu. Kesannya dapat dilihat semasa mengandung. Semua orang tahu, mengandung itu keadaannya membawa beban yang bukan ringan. Setiap kali mengandung beliau akan mengalami sakit pinggang di bahagian lumbar. Terhempas madam hanya sekali. Ana dah beberapa kali terhempas. Ayo..

Ana nanti macam mana ya? Tak tahu lah ana..Sedangkan sekarang pun dah terasa, apa lagi kalau dah mengandung nanti..Moga ALLAH bagi kekuatan. Elak dari mengandung? Ana bukan berkuasa untuk hal itu. Kalau madam ana boleh tahan ana takkan tak boleh?

Ok, cukup untuk itu..Apapun, ini tarbiyyah dari ALLAH. Kesakitan juga nikmat yang perlu disyukuri. Jangan persoalkan kenapa ALLAH bagi kesakitan. Tidak semestinya yang baik itu baik untuk kita, begitu juga sebaliknya..




Selepas program jelajah, Program kem Motivasi Kampung adalah program terkini ana. Jemputan ke KRIS KK tak dapat dipenuhi. Asif sahabat sekalian. Ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Selepas itu, pergerakan ana agak terbatas. Baru teringat ana belum beli pin untuk PTPTipu. Bapa ana suruh ambil juga. Ana tiada halangan. Dah untuk tolong pelajar IPT,

Cuma ana akan pastikan ia jadi biasiswa bukan pinjaman.

Ana banyak dengar PTPTN ni bunganya tinggi. Ana akan rasa jugak nanti. Isy3x...Kalau biasiswa BKNS ana dapat, ana akan tolak PTPTN.
Maaflah, graf emosi tak stabil. Semua perasaan terzahir dalam ni.

Ana banyak mengembara di alam maya baru-baru ni. Banyak input yang ana dapat..sangat berguna untuk insan. Mungkin lepas ni ana akan kongsi..Ha..ana tak crita lagi pasal kundasang kan?tak pe..ana crita la ya..


Tengok post selepas ni..LANGADAN KUNDASANG.

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...