~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Kami di sambut mesra oleh sahabat KRU dan Eno. Jubair sahabat sekelas ana masa tingkatan 4 antara orang sahabat KRU sana.
Sesi Taaruf dimulakan. Ana tidak mengambil perhatian. Sebab, berfikir, apa nak buat..ana banyak mengkhayal.huhu..harap tiada yang perasan.
Hakikatnya, apa yang kami dah rancang untuk lokasi di kunsadang terpaksa dirombak.
Ana tidak terfikir apa-apa. Sangat kosong. Ana diburu segan dengan sahabat PSS. Bila mereka yang merancang lebih banyak dari kami. Apa pun, syukran Jazilan kathiran..=)
Pengarah pun banyak peranan di sini, Kak Wani apa lagi. Ana ikut saja. Akhirnya, ada juga tempat penginapan dan itu yang pertama ana fikirkan..Kemudian aktiviti..
Pasal aktiviti, akhirnya kami tetapkan..pagi tu kami akan berjalan untuk menziarah. Sambil bawa sumbangan. Sumbangan? PSS yang sediakan, tambah segan.
Lepas tu, akan ada LDK selepas zohor.
Ana ikut rombongan berziarah. Sebenarnya , seronok sangat. Yalah..berjalan..he..
Kak Wani dan Kak Patma akan tinggal menjaga barang.
---
Kami mula bergerak. Husna dan Nasrah bergerak bersama ana..=)..Bakal Srikandi Sabah tu..
Sempat lagi bergambar. Satu jak ana selamat ambik gambar. Gambar-gambar lain belum di copy dalam laptop ana.
Rupanya Kampung Sasaran kami kali ini berbukit...Faham-faham sajalah kalau berbukit. Kena guna ‘grado’..Ana bawa borang soal selidik, nasrah bawa risalah..eh betul ka..Nasrah?lupa la..
Mendaki la kami, sahabat muslimin bawa segala sumbangan. Berat gak tu. Tapi sesuai degan kudrat mereka. Kami ikut si Eno jak. Dia ni, anak kepada JKK Kampung Sinisian..Rupanya , Si Eno ni pernah jejak kaki ke rumah ana dengan familynya. Kenal bah mamanya dangan bapa ana..Bapanya pun. Kami menginap di rumahnya juga malam tu..Best layanannya. Bapa dia kelakar..Tanyalah sahabat muslimat, tak kering gusi malam tu..
Rumah pertama macam tidak berpenghuni, mereka jalan kot.Kami berpindah ke rumah lain. Naik turun bukit jadinya.
Cabarannya, kami terpaksa menghadapi penduduk kampung yang berbahasa dusun sentiasa. Ana seorang jak dusun selain Eno. Mungkin betullah, Pendakwah di Sabah ni, kalau bukan orang tempatan memang kena belajar bahasa ibunda orang tempatan, Bukan dusun jak, bajau, murut, brunei..
Ada saja yang boleh berkomunikasi dalam dusun selain kami. Itu contoh terbaik la tu.
Petang tu kami nda jadi buat LDK yang dirancang. Adik-adik yang datang kecik-kecik semua. Comel lagi tu. Ana teruji juga petang tu. Ana anggap perjalanan yang ana buat hari tu adalah takdir ALLAH. Ana buat sa’ie..ulang alik dari tempat program, di Balai Raya ke Masjid.
Betul kata pengarah, rugi tak pandai bawak motor. Ana pandai bawa, tapi masih fobia dengan kemalangan hari tu. Ada jak motor yang kena suruh bawa. Dah la kena mendaki bukit, turun bukit..ana rasa dalam keadaan tanah begitu ana lagi mudah panik..Baik tak payah ambik risiko. Lepas ni ana betul-betul nak ambil lesen. Serik nak susahkan orang.
Syukran pada driver kreta...
Lepas adik-adik ini pulang, baru kami makan tengah hari. Sini lagi lawak. Semua lagak kelaparan. Jadi, masing-masing ambik makanan seorang satu, sahabat muslimat la ni..skali nda larat mau habiskan. Hehe..seronok makan jemaah ni..bukan solat jemaah jak syok..itulah berkat namanya, makan ramai-ramai mudah kenyang..
Petang tu, ada perlawanan futsal dan sukaneka.Kami handle adik-adik ni..Hepi sungguh. Ana dah ambik lcd jauh-jauh..tetiba nda pandai pasang! Haha, rasa nak gelak jak masa tu. Sahabat ,muslimin ana kol, tiada yang angkat, jawab. Semua tengah main la tu.
Mujur kami buat tayangan selepas sukaneka. Adik-adik dah penat, tak lagi agresif macam sebelum itu. Kalau tidak habisla..
Ana pasang tayangan tu tanpa LCD. Adik-adik tidak merungut...Baik-baik saja adik-adik akak ni..
Malam itu, dengan semangat adik-adik dah sampai dulu...Malu juga. He~..Sempat lagi adik-adik malukan kami dengan kejayaan dorang datang awal. Tak apalah..Baguslah tu adik-adik oii..
Program malam tu, kami anjurkan forum..panel forum, Ustaz Sapli dan Akh Nadir . Akh Asyraf moderator. Mantap ..ana sangat teruja dengan tajuknya. Ana pada mulanya fikir, isi forum lebih kepada sirah..rupanya lebih kepada masyarakat ranau dan sejarah kedatangan ISLAM di sana.ISLAM KINI DAN ISLAM DULU..lebih kurang begitulah tajuk dia. Memang kena. Tapi, yang kebetulan juga..masa tu final AF. . Kesannya, tiada sambutan sangat program tu. Apa pun, mungkin sebab kami datang mengejut juga.
Orang pun lebih suka berada di rumah.Sejuk ei..
Hm..banyak input ..Ana paling ingat pasal BAKAS..Oleh Akh Nadir. Faktor orang ISLAM di sabah Semakin terpesong dari ISLAM. ‘BA’ untuk Budaya Asing, ‘K’ untuk Karaoke, ‘A’ aramai ti..’S’..ana lupa pula..sama ada sukan atau entah..
Bakas dalam bahasa dusun..ada juga maksudnya..itu membuatkan kita ingat pasal forum ni. Indah sungguh ILHAM yang ALLAH bagi pada panel kita tu..
Hm..Program siap ketika jam sudah melepasi pukul 12 malam. Kami jalan kaki ke rumah si Eno. Dengan barang-barang kami. Best tu jalan..lawa lagi tu langit masa tu..Bagasi ana tidak dihantar awal sebab..adik-adik yang si Eno bawa jadikan itu sebagi kereta. Ha..kan beroda.
Sampai rumah si Eno, kami makan lagi..lapar kot..
Rehatlah kami di rumah durang dengan tenang. Katil nda muat. Tapi ana reda..tengok sahabat tidur dengan nyenyak..Dengan selimut tebal-tebal..Lega ana, Alhamdulillah tiada kemalangan lagi selepas kemalangan pertama. Semua dipermudahkan. Ana betul-betul bersyukur...
---
Esoknya..ana dan sahabat lain,bangun dengan penuh semangat!.. Yalah, nak aerobik kan..Mak si Eno yang handle..meriah..budak-budak yang lebih semangat..Lepas itu, ada kursus sembelih ayam. Bukan ana saja yang bertuah hari tu. Banyak benda baru ana dapat tahu..Di rumah banyak je peluang cabut bulu-bulu ayam ni. Setiap minggu paling tidak sekali mesti ada ayam kena sembelih. Cuma skill buka perut ayam ni tu ana tak pandai sebelum ni..Antara perkara baru ana tahu, perempuan boleh sembelih ayam rupanya..tak kira uzur syar’e atau tak. Dan pisau tak boleh angkat semasa menyembelih ..Paling basic, mesti dengan nama ALLAH..Subhanallah..Pisau mesti tajam, kalau tak seksa ayam tu.Berdosa..
Cadangan awal nak berbeku dengan ayam-ayam ni..Cuma masa tidak mengizinkan..Jadi ayam yang dibuat untuk berbeku sedikit jak..yang lain kena masak begitu jak..kinoringan..kata masyarakat Dusun.
Masa perpisahan hampir sudah..maka, kami bergambar untuk kenangan..Sukanya..memang semua yang berlaku di sana ana akan ingat..Kg. Sinisian adalah perkampungan di
Kundasang yang menyediakan perkhidmatan HOMESTAY dan PAKEJ-PAKEJNYA..lepas ni siapa nak datang..bagitahulah ana, ana bagitahu ayah angkat ana..merangkap bapa si ENO..
Mesti ramai nak tahu si Eno ni umur dia berapa..Macam budak kecil..Tak la..dia sedang ambil STPM tahun ni..Besar dah..Cuma pada ana dia adik yang baik. Gembira kenal mereka sekeluarga. Walaupun, dorang dah kenal keluarga ana..
Petang itu, pemergian kami diiringi dengan hujan renyai-renyai..Wa..seperti sedih kami tinggalkan tempat ni..Tak apa, dah ada hubungan dengan orang di sini..lain kali boleh datang lagi..sapa mau ikut angkat jari..hehe..
Ibrah yang ana dapat dari program Jelajah Dakwah sebenarnya amat-amat banyak. Semoga, perjalanan kedua dan seterusnya masih diberi peluang pada ana untuk sertai..Peluang itu MILIK ALLAH jua..
Maka, tamatlah cerita ana pasal Jelajah...di kala ini, ana meminta maaf pada semua yang terlibat dari awal sampai akhir program, Kepada Pimpinan MARSIS, Akh Henri, Ukh Ruzita..dan MT yang lain..Kak Lina, Kak Nor..Akh Mat..Kepada Pengarah, walau dia sibuk, ana cuba faham..Maka kerja berpasukan untuk saling membahu, bukan buat tak tahu..Cenderahati Kita Pengarah yang buat..lawa kan..
Akh Saparuddin, syukran kerana luangkan masa, Kak Patmah, kak Wani, Mereka ni ibarat
insan serba guna..banyak sumbangan dorang, memasak..pic modul. Nasrah dan Husna, kalau dorang tarik diri hari tu..Kami tidak akan berkenalan dan kemalangan sama-sama..Alhamdulillah..ISLAM tak benarkan kita ungkit-ungkit kan..tapi ni bukan menyesal..ana sangat-sangat bersyukur..atas semua ni..
Buat sahabat PSS, dari awal.. Akh Abdillah, Akh Hadi, Akh Khairil sampailah Akh Nadir dan Akh Asyraf..Barisan pejuang Sabah yang begitu bersemangat.Banyak yang dorang tolong. Walau sebenarnya mereka ni sibuk bukan main dengan tuntutan yang lain. Teruskan perjuangan. Nanti pulang dari belajar kami bantu, INSYA-ALLAH...
Allah lah jua yang menentukan..Ana dah siap laporan , tapi mungkin akh mat nak edit..nanti minta dia ek..
Salam Perjuangan semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
3 comments:
teruskan perjuangan..ilmu dapat di kampus jgn disiakan..TAKBIR!!
Assalamualaikum sahabat kesayanganku..
semoga Allah mempermudahkan perjalananmu dalam jalan dakwah yg mulia ini...
kdg2 terfikir, alangkah bahagianya dapat sama2 menyumbangkan bakti di negeri sendiri...salu fikir mcm tu..sedih sgt..tp bla fkir semula, mungkin bt masa ni Allah nk suruh sy bersedia dr segi mental dan fizikal, zahir dan batin...mgkin bt masa sekarang, sy x ditaklifkan tuk mengikuti ukhti sama2 berjuang2 d sana. tetapi, sy slalu berharap agar suatu hr nnt sy dapat menyumbangkan sesuatu d negeri sendiri, apa shj d jalan dakwah lillahi ta'ala. amin. itulah doa dan harpn insan yg mencari sinar cinta Hakiki. insyaAllah, sy harap ukhuwwah kita ini dapat membawa kita ke syurga abadi, saling nasihat menasihati...amiin..
uhibbuki fillah...semoga apa y telah d rencanakan oleh Allah dalam setiap khidupn kita, dapat kita muhasabah semula...
wallahua'alam
jazakallahu khairal jaza...
Siswa-ums, Afizah..syukran ya..
Post a Comment