Assalamualaikum...
Pelayaran kali ini..membentangkan cabaran yang tak ketahuan..
Tak punya kepastian yang nyata..
Yang Meyakinkan, diri ini harus menempuhi..
~bagai mana ya..
~Begini...
~tamat...
-bingung-
*berfikir..
Adakalanya, kita terpaksa menyusahkan diri orang lain..Bila masa itu? Kita sememangnya akan memerlukan orang disekeliling kita sebagai penyokong kita. Cewah..bukan apa..kita perlukan mereka kerana itu adalah fitrah manusia. Seseorang tidak akan hidup bahagia kalau bersendirian tanpa bergaul dengan org..
Betul tak??
pernah tak jumpa orang yang suka bercakap dengan dirinya, seolah tiada insan lain di hadapannya? Bercakap seorang, senyum sorang2..kejap menangis pun sorang2..tak ke pelik tu..kang dikata majnun..namun, ana suka bercakap sendiri ketika diri mendapati ada sedikit pekara yang tidak betul..berlaku pada diri ana. Ana memang pelik.
Kenapa Nabi ADAM a.s dikurniakan HAWA? Sebab itu fitrah manusia..dia perlukan teman..
Dah faham kan?
Hm..kita perlukan sahabat bila dalam saat genting..masa itu, kita tak hiraukan lagi akan menyusahkan dia atau tidak..
kita terdesak..
Masa itu kita perlukan sahabat yang ikhlas..
Andaikata lah..kita orang yang sahabat kita cari masa susah mereka..apa kita nak set perasaan kita? rasa disusahkan? rasa terbeban punya kawan@sahabat yang begitu?
Apa lagi jika sahabat itu adalah orang yang selalu meminta dari kita...
Kadang-kadang kita fed up dengan sahabat begini...
Oh tidak..kalau begitu, biarlah ini kali terakhir kita bersikap begitu. Moga selepas ini kita cuba menyelami "erti bahagia dalam memberi..."
Ana suka menyusahkan sahabat..Ahaks=)..asif ya sahabat2 ana..
Tapi, kadang-kadang..ana sendiri tak mampu nak tanggung sorang. kalian lah mangsa tempat luahan, tempat meminta bantuan, ..tempat apa lagi?
Tempat meminta nasihat..Alhamdulillah, setakat ini, sahabat sekeliling ana semua yang berhati indah..nyaman untuk didekati..penuh prasangka baik..Jarang mengata di belakang..Berterus terang dalam hal yang membawa kebaikan semua..malah mereka menegur ketika ana buat salah. Itulah nikmat sahabt yang paling manis..
Tabiat terus bagi tanpa meminta balasan adalah budaya sahabat-sahabat ana..Ana masih disebaliknya. Kdg2 rasa mengambil kesempatan...atau kerana kesempitan?Entahlah..
Sahabat ana merindui kalian semua..Ana ucapkan banyak2 terima kasih, kerana hanya mereka yang tahu berterima kasih tahu bersyukur..ana mahu pahala syukur..
Tajuk kali ini macam tidak selari dengan ISI..apa pun..jika ini ana namakan kategori DIARI..normal la..
pertama kali ana dedikasikan post ini buat sahabat sekalian..Yang masih hidup atau yang telah menemui Al Khaliq terlebih dahulu..Buat kalian semua..Semoga RAHMAT dan Mardhatillah-Nya mengiringi perjalanan dan permusafiran kita..
[latar: bunyi ombak terhempas di pantai..]
;)
p/S: tiada guna meluah, jika tidak merubah..anda mampu mengubahnya!
1 comment:
salam ukhwah.. kalau ade terase dgn ucu,,ucu mintk maap jua..
Post a Comment