~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Alhamdulillah, saya telah sampai ke kampung hari Jumaat lepas. Satu keajaiban yang ingin saya kongsikan...Mengenai solat Asar.
Saya telah mendahulukan solat Zohor di rumah (Kota Kinabalu). Dan berfikir menunaikan solat Asar di Keningau nanti.
Tapi, dalam perjalanan kami menyinggah di sebuah perhentian dalam jangka masa yang agak lama. Saya tidak turun kerana kesan ubat selesma. Saya tertidur dengan lenanya. Terjaga sekejap-sekejap saja.
Dalam congakan saya, untuk sampai ke Sook agak lewat sehingga kemungkinan terluput solat asar itu tinggi. Saya merisaukan mengenai kereta sewa pula untuk ke Sook dari keningau. Ada atau tiada..Risau..
"Ya Allah, moga ada jalan untuk mengatasi masalah ini.."
Setibanya di Pekan Keningau..Ayahanda menelefon.
" Imah, ada dorang si Kamal di Keningau tu, hubungi dorang supaya boleh ikut pulang Sook..!"
Gesa Ayahanda..
Terbeliak mata saya. Tidak terfikir pula Allah berikan hadiah begitu sekali. Maka sempatlah saya menunaikan solat Asar secara sempurna kerana ada banyak masa lagi sebelum Maghrib. Allah mengetahui setiap situasi hambaNya..
Alhamdulillah..
Niat musafir yang benar insha ALLAh akan dipermudahkan..Cubalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment