Monday, May 16, 2011

Bismillah ..dengan ini aku adalah sang passompe terus!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Alhamdulillah..

Saya Berjaya menjejaki kaki gunung Kinabalu setelah sekian lama meninggalkannya selepas JDS anjuran MARSIS bulan Mei tahun lepas..Akhirnya , saya jejak sekali lagi..=)..Kali ini ditemani oleh Dayati..ex-roomate d SEMAI pada 2003 dulu dan disatukan dalam kerjasama UIAM-UMS untuk Misi AisilAdha 2011 ..

Ada cerita lucu..

Ketibaan di Pekan Kundasang menggamit kenangan memori sehingga ‘excited’ bercerita dengan sahabat seakidah, Dayati..betapa Kundasang ini bukan seperti ini ketika datang berprogram dulu..Dalam fikiran, teruja ada satu kawasan yang luas di depan gerai-gerai..ada round about..pelik sikit..Sampailah ke hujung pekan 
Kundasang dan berlepas meninggalkan Pekan Kundasang..Hm..anything wrong??


YES!!..What is that??We are about leaving Pekan Kundasang, The Destination!

[Nak gelak, tapi senyum dalam hati sajalah.., Nampak sopan sikit..]

Alih-alih..dengan muka temboknya minta pak cik driver turunkan di depan bengkel motor..[padahal tak tahu pun itu Bengkel motor..pada awalnya difikirkan itu RESTORAN!]..Habislah..

Nasib baik ada lagi kredit, bateri HP..Gunala apa yang ada untuk bagitahu Pak Cik Ramzi..bahawa..kami sudah “napalid’’…[terlajak]..Pak Cik Ramzi adalah ayah angkat saya pada JDS dulu..Famili mereka sangat-sangat mengujakan..[Bersyukur dapat kenal mereka..^^]


Ramainya anak muda dengan motor2 mereka yang semakin berdatangan, barulah..cuba ‘cover line’ dengan bergambar..klik sana..klik sini..huh..Mata meliar meninjau-ninjau.. ‘mana dah kereta ni..’
Dalam 5 minit ++..datanglah insan-insan yang ditunggu..Alhamdulillah..tiada siapa2 yang jadi mangsa ‘oratan’..Anak-anak muda Kundasang Baik2 Blake..Depa buat de’ [buat tak kisah] je tengok kitorang..dengan beg2 nya..[=

*Any Moral Value?

Sepanjang perjalanan, ajaibnya, ALLAH tak bagi saya dan Dayati tutup mata langsung..Saya macam sedikit fobia menutup mata dalam masa yang sama memang tiada rasa mahu menutup mata. Bas kami bergerak dalam pukul 11 lebih2 sikit dari Padang Bandaran..Buat sahabat semenanjung, kalau nak ke Ranau, di situ adalah tempat untuk mencari bas2 yang ke sana..Kebetulan, ada satu keluarga berasal Terengganu, 2+3..Anak-beranak ini mahu melawat Kinabalu Park..Tengah Hari jalan, Pukul 5 sat tadi pulang smula KK..Kami raikan..


Apa yang saya terfikir, mereka mencari tempat yang femes..best2..Timbul satu alternative..Tiadakah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan untuk para pelancong berbakti pada masyarakat yang memerlukan di SABAH??


Seperti, khidmat mengajar fardhu ain kepada para anak-anak kecil di kampung-kampung pedalaman..Mualaf yang semakin bertambah..memerlukan guru agama…Maksudnya mereka datang melancong ke tempat-tempat yang betul dan dapat memberikan sesuatu yang dinamakan BAKTI…Perkhidmatan itu pula diberikan diskaun pada penduduk tempatan yang mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan..Pasti ide ini direspon dengan pertanyaan..’mana gia mau dapat bajet?’..semua benda sekarang adalah bergantung pada duit. Tiada duit susah. Kuasa adalah kerana berduit. Tiada duit orang tidak mahu jadi pengikut…Hm..Makanya..Akidah manusia merasa duit adalah segala-galanya macam semakin jauh..dari pegangan kita..


Tapi, cuba kalau..usaha kita untuk mendapatkan duit bukanlah berakhir selepas kita ada duit.dan terus diusahakan agar duit tidak berhenti mengalir..dalam masa yang sama..gerak kerja pembangunan Jiwa(modal insan),Pendidikan Duniawi, dan paling penting manusia menjadi semakin baik dengan adanya usaha keras mendekatkan manusia kepada Penciptanya dan Pemiliknya dengan kemudahan DUIT yang ALLAH kurniakan atas kegigihan kita mencarinya dan memastikan keberkatannya.., , itu adalah proses untuk menggerakkan gerak kerja seterusnya.

Ia bergantung pada kebijaksanaan mereka yang mencatur pembahagian tugasan dan kepakaran.Semua ada sistem..Setiap system bergantung antara satu sama yang lain..Tidak boleh gerakkan ini dulu yang satu lagi jem..Membazir.. gear pertama ini seharusnya sudah boleh menggerakkan gear kedua ..dan hasil sinergi nya dengan gear-gera seterusnya akan menghasilkan satu gerakan sekata dan selari jam dinding..[oh..lupa tulis, dianalogikan gear dalam sebuah jam dinding]..

Jangan kita tega, mahu mengumpulkan mahu menggerakkan gear pertama sehingga kita puas hati baru mahu menyambungkan ia kepada gear kedua..Orang bersyukur a.k.a bijak..akan melihat setiap peluang adalah emas..Mungkin kebijaksanaan untuk menyusun gear-gear mengikut saiz adalah menampakkan kita berfikir. 

Dan seterusnya, bila percubaan pertama dengan susunan pertama Nampak negative..Bangkit lagi untuk mencuba susunan kedua sehingga mencapai optimum hasil yang sepatutnya dimiliki…

Ha..itu dia cerita gear..Kita mahu hasilkan output yang sama..Namun,Kita tidak mahu bersinergi  malah mahu terus menunggalkan diri dan mengatakan ‘inilah bukti usaha kami..’.
^^..macam macam dunia ini..mari kita lapangkan fikiran, rileks selalu..tenang gitu..


Bila kita mengaku bersaudara..seharusnya kita mengetahui bila kita rasa kita diperlukan..Dan jadilah orang yang menghulurkan..kurangkan meminta-minta..Namun, ada masa dan saatnya..kita perlu meminta pertolongan..jika itu adalah terdesak dan memang tiada jalan lain ..dan bukan sengaja menyusahkan..

Kesimpulannya..Hidup bukan selamanya di dunia..apa yang ada kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Keperluan mereka bukan hanya duit, tapi juga ilmu pengalaman kehidupan yang membuatkan mereka lebih faham akan makna hidup yang singkat ini..Mengajak mereka kembali kepada fitrah kejadian adalah matlamat utama kita sebagai khalifah..

Cerita Penutup:

Allah berhak bagi peluang pada semua hamba-hambaNya…kali ini saya berpeluang berjumpa Dj Haqiem, dan Dj Nazri..Dj Cahayafm.net di UMS ketika memijak kaki ke UMS..Pada asalnya hanya mahu menumpang satu malam, dapat bonus ilmu Fasilitator..Walaupun hanya secebis..Ada kata-kata keramat yang begitu penting dan mendasar..’Hiduplah kerana ALLAH, RasulNya dan Biarlah berakhlak’..Khalifahnya kita kerana ALLAH dah amanahkan, Berpegang pada ISLAM dan ajarannya kerana SUNNAH Nabi dan RISALAH dariNya..Berkakhlaknya kita kerana Setiap apa yang kita lakukan ada ganjaran dan 
Balasan.Baiknya..Buruknya..Keadilan neraca ALLAH mengatasi segala..sekecil Zarah, semua tidak terlepas..Subhanallah..


Fasilitator adalah kerjaya yang tidak memerlukan kelulusan PHD, MASTER Hatta Ijazah atau DIPLOMA..tapi memiliki semua yang tersebut adalah kelebihan luar biasa..juga tiada bergaji..[tapi semenanjung ada kerana tuntutan sara hidup yang tinggi ..lebih-lebih lagi pada mahasiswa.., not in sabah..neither in Sarawak..tak pernah dengar lagi..]Dan, Mendapatkan pengalaman tidak seperti membeli barang yang walau nilaiannya mencecah Trilion ringgit. Pengalaman hanya dapat bila kita sendiri mengalaminya…bukan membelinya..^^

p/s: Hobi mengembara adalah proses untuk mengalami pengalaman agar lebih berpengalaman dan mudah menyampaikan maksud sesuatu mesej lebih berkesan..Jom mengembara!



No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...