Tuesday, November 30, 2010

~ turning Point~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bismillah walhamdulillah..




Buat pengunjung setia dan pengunjung baru..kali ini ingin daku memuhasabah diri bersama kalian sesuatu:

Menuju Ketakwaan- Ustaz Abdullah Nasih Ulwan.(m/s 67-69)
Selepas daripada engkau telah mengetahui, wahai saudaraku bahawasanya jalan ke arah peningkatan kerohanian itu ialah ketakwaan kepada Allah s.w.t, sementara jalan kepada takwa itu sendiri pula ialah:



Mu’ahadah: dengan itu ianya akan menjadikan engkau seorang yang

benar-benar istiqamah di jalan Allah s.w.t.



Muraqabah: dengan itu engkau akan menjadi seorang yang sentiasa

dapat merenungi serta merasai kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.



Muhasabah: dengan itu engkau akan menjadi bebas dan merdeka

daripada dorongan-dorongan nafsu dan syahwat.



Mu’aqabah: dengan itu engkau akan dapat menjaga diri engkau

daripada kesilapan dan penyelewengan.



Mujahadah: dengan itu engkau akan sentiasa dapat memperbaharui

kecergasan engkau dalam beribadat.



Selepas daripada itu engkau juga telah mengetahui makanan serta

dorongan kerohanian itu ialah:



1. Perasaan engkau yang sentiasa bermuraqabah kepada Allah s.w.t

mengingati kematian serta perkara-perkara yang berlaku selepasnya

juga merenungi tentang pembentangan hari akhirat serta suasanasuasana

yang berlaku semasanya.



2. Perjalanan dan tingkahlaku engkau secara amali yang diikatkan

dengan sentiasa membaca al-Qur’an dengan tadabbur dan khusyu’;

sentiasa bersama dengan sirah nabi yang murni dan harum itu, juga

bersama dengan perjalanan-perjalanan ahli makrifat dengan Allah

s.w.t, sentiasa berzikir ke hadrat Allah s.w.t dalam setiap waktu dan

keadaan, sentiasa menangis lantaran takutkan Allah s.w.t sama ada

semasa muhasabah atau berkhalwat serta dengan sentiasa

memperbanyakkan perbekalan-perbekalan daripada ibadat-ibadat dan

amalan sunat.



Kemudian daripada itu engkau juga telah mengetahui tentang kesan-kesan

kerohanian di dalam bidang-bidang pembinaan, pembaikian serta

perubahan dan juga dalam memahami ayat-ayat Qur’an supaya dapat

mengeluarkan takwilan dan pentafsiran terhadapnya.



Maka tidak ada pilihan lagi bagi engkau selepas daripada ini, kecuali hendaklah engkau melipatgandakan usaha dan kegiatan, memperteguhkan

semangat dan cita-cita dan menumpukan sepenuh usaha bagi menjadikan

engkau tergolong dalam bilangan mereka yang berjaya mencapai tingkatan

kerohanian yang tinggi sama ada dari segi perkataan dan juga amalan,



perilaku harian dan akhlak, muhasabah dan mujahadah, serta muraqabah dan mu’ahadah. Bahkan untuk menjadikan engkau sebagai orang-orang yang telah diredai oleh Allah s.w.t dan mereka pun reda terhadap Allah s.w.t, juga supaya tergolong dalam golongan yang mencintai Allah dan Allah pun mencintai mereka, seterusnya semoga engkau akan tergolong daripada

mereka yang akan menemui Tuhan mereka bersama kumpulan nabi-nabi, para sadiqin, para syuhada’ dan salihin, kerana mereka telah mendapat sebaikbaik balasan daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya wahai saudaraku para pendakwah, apabila sahaja engkau telah memanjat tangga ketakwaan, kerohanian serta jalan yang dijalani oleh orang-orang Rahhani yang baik itu insyaAllah engkau akan menjadi seorang manusia yang benar-benar beriman, ikhlas, bertakwa, serta mempunyai keseimbangan dan keteguhan dalam segenap aspek.



Maka wujud tawadu’ dalam perjalananmu, cahaya di wajahmu,kemuliaan di dalam tingkahlakumu, daya tarikan pada airmukamu, kesan tinggalan di dalam kata-kata nasihatmu, ikutan dalam perbuatanmu, keteguhan dalam pergaulanmu, kemuliaan pada pendirianmu, keseimbangan dalam pertuturanmu dan akhlak yang tinggi dalam geraklaku hidupmu.

Berhentilah wahai saudaraku para pendakwah — di perhentian rohsetiapkali engkau dihitamkan oleh percakapan, ditipu oleh perkara-perkarazahir, keindahan hidup dunia memperdayakanmu, syaitan mendekatimu dan jika engkau takut sekiranya terjatuh ke dalam nifaq dan riak supaya engkau dapat merasakan kelembutan iman, berbekalkan keyakinan dan takwa serta airmata kerohanian.



Untuk apakah itu, wahai saudaraku?

Supaya engkau dapat menguasai ammarahmu apabila dia mengarahmu ke arah kejahatan.



Supaya engkau dapat menundukkan tipudaya syaitan ketika ia menampakkan kemungkaran sebagai suatu yang baik.



Supaya engkau dapat membebaskan diri dari tergelincir ke dalam nifaq dan riak serta ujub.



Supaya engkau sentiasa mengingati maut dan apa yang selepasnya.



Supaya engkau dapat menjauhkan diri dari perkara haram atau syubhat (subahat).



Supaya engkau dapat beristiqamah di jalan Allah dalam keadaan rahsia dan sebaliknya.



Supaya orang ramai mempercayaimu dan menyahut seruanmu.



Supaya orang-orang yang engkau seru ke arah kebaikan mengikutmu.



Supaya orang ramai akan melihat tanda kesalihan dan kejernihan rabbani padamu.



Supaya engkau meninggalkan kesan di alam ini dan qudwah (ikutan)  pada generasi akan datang.



Secara umumnya — saudaraku para pendakwah — perhentian roh ini ialah satu tempat (pembangkit) kelebihanmu, punca pengetahuanmu yang mendalam dan satu muhasabah terhadap dirimu, bahkan ia adalah alat yang melahirkan kekuatan iman, rohiyyah, dan batin, muraqabahmu dengan Allah dan juga sumber kepada langkah-langkah dakwahmu.



Apabila engkau terpisah dari dunia rohaniah ini — wahai saudaraku — engkau sesungguhnya telah terpisah dari keupayaan yang memberikan bekal kepadamu, dari cahaya yang memberi petunjuk, dari keikhlasan yang meninggalkan kesan, dari muraqabah yang membentengimu dan dari takwa yang memperingatkanmu. Batinmu akan menjadi kosong dan zahirmu menjadi termangu-mangu, tidak terpancar darinya kilasan cahaya, pancaran kemuliaan.



Bahkan akan terpancar darinya perasaan keakuan. Engkau tidak mahu pada hakikatnya menyeru kepada Allah, tidak bermaksud untuk mengejar keredaan-Nya, tetapi engkau berkeinginan untuk menyeru ke arah dirimu sendiri, membina kemuliaan dalam dirimu. Inilah satu bahaya dan penyakit yang paling bahaya.



Maka — wahai saudaraku para pendakwah hendaklah engkau mencapai tahap rohaniah ini. Semoga engkau akan dapat menjalankan dakwahmu dengan sebaik-baiknya, manusia akan menerima manfaat dari kehadiranmu juga agar perubahan akan berlaku dalam masyarakat yang engkau berdakwah dan dalam ummah yang engkau hidup. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat ketinggian Islam dan umatnya melalui usahamu.



“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi

orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya,

sedangkan dia menyaksikannya.” (Qaf: 37)



p/s: Kita hidup xlama sesungguhnya, ALLAH sudah tetapkan taklifat kita..Marilah kita pastikan akhlak kita yang paling baik, dan gerak geri kita tidak menimbulkan fitnah kepada ISLAM...bergetarnya jiwa mengucapkan kata-kata ini.. Moga kita saling menasihati jika ternampak kesalahan yang wajar diperbaiki..Dakwah kita bukan untuk diri kita, ia untuk ummah..dakwah bukan pilihan, tapi itulah tujuan kita hidup bermusafir di dunia..Maafkan jika ada teguran yang mengguris jiwa, biar pahit, kebenaran mesti ditegakkan..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...