Seminggu di rumah buat saya berfikir untuk mencari solusi
supaya cinta dakwah ini tidak terlalu asing daripada perkara-perkara lain. Memang
benar setiap daie begitu butuhkan ‘geng’ kalau saya boleh guna frasa ini. Ini bermakna
perlu ada yang sama-sama menyokong tiap bait mahupun perbuatannya, yang
mengiakan dakwahnya. Bukankah dakwah ini tentang upaya mempengaruhi orang?
Paling vital perlu buka minda dan berfikiran positif
habis-habisan! Kalau mendapati ada sesuatu yang tidak selaras dengan
perancangan dan bayangan wawasan minda..atau malah lebih jauh dari yang kita
jangkakan, maka saat itu, apa yang penting, berhenti sejenak. Kenapa perlu
berhenti?
Kita perlu melihat apa ketumbukan yang kita ada untuk atasi
masalah tersebut. Kemampuan kita sudah setanding dengan masalah tadi atau
belum? Maka, sebaiknya perbaiki ‘enjin diri’ kita terlebih dahulu.
Amat-amat
dianjurkan untuk sekat diri dari menyalahkan
orang lain sebelum melihat ‘enjin diri’ kita sendiri.
Akhirnya, kita dapati minyaknya perlu ditambah, atau perlu
dibersihkan sebelum menempuh permasalahan tadi. Setakat ini dulu kalam kita
kali ini. Namun , sebelum itu, siapa yang berpotensi untuk menjadi geng anda
sebagai daie terutama dalam lingkungan anda??
No comments:
Post a Comment