Monday, February 28, 2011

Terasa sayu tetiba..kenapakah??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum, buat sahabat seperjuangan yang dikasihi, entahlah terasa nak meluahkan sesuatu yang lama menjeruk di hati..

Harap pada yang merasakan luahan ini untuknya, maka, sokongan kalian amat2 diperlukan..

Kepada sahabat senegeri,

Kita senegeri tapi susahnya nak berjumpa, salah ana rasanya..
Kita lahir dibumi dan tanah yang sama, tapi macam mana ntah..terasa diri terputus talian dengan kalian..
Merasakan kita ada aspirasi yang sama, sebak dada untuk menyatakan perasaan sebenar..

Ingin menyumbang sepenuh masa, kekangan dan waqi' tidak mengizinkan lagi,
Mengatakan ini seolah mengatakan alasan yang koman,
tapi jauh di sudut hati, terguris tak terhingga tidak dapat mendekatkan diri dengan sof sana..
sedang sof sini masih memerlukan..

Bila difikirkan sedalamnya, di sini masih punyai jiwa yang senegeri kita,
cuma tandus dek kemarau yang belum disinari rahmat-Nya,
bukan mereka tidak layak, cuma belum berjaya menjumpai jalanNya
Serba salah dibuatnya, kerahan tenaga sepenuhnya untuk mencari langkah terbaik mempalitkan mereka
menyibukkan diri dalam perkara yang mendatangkan saham akhirat..
namun mudahkah?

Jika ada kembar, sudah pasti ku arahkan dia ke sana, membantu barisan hadapan,Namun, ber'kalau'2 itu amalan syaitan..
Semoga ada kesempatan untuk ana sepenuh masa di sana pula selepas ini..

Semoga sahabat terus bergerak gagah dan optimis dalam setiap gerak kerja..
Sesungguhnya, Doa ana selalu bersama langkah kalian..
Semarakkan ISLAM di BUMI Bawah BAYU..
Biarlah langkah itu bermula di sini..


TAHNIAH MARSIS untuk Profit 11'..moga2 terus mencatat profit yang menguntungkan dunia akhirat..!

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...