Tuesday, February 1, 2011

I-Lead

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah..ada pun mood untuk menulis.

Cerita yang mahu disampaikan ialah mengenai mutiara pengalaman yang dipelajari di sana. Alkisah perjalanan ke Lembah Azwen, Di Sungai Congkak...

Sampai saja di tapak program, macam biasa saja..Ada bilik penginapan, teringat masa KBT 2006.D Kundasang, Sahabat Semaian mesti tahu..=)

Cuma tempat ni di tengah bukit bukau, ada tali air..Gitu..

Aktiviti pertama ialah ice breaking..=)
Itulah melukis Lembu.
Selain Ice breaking yang memerlukan pergerakan , yang ni tak perlu pergerakan.=)

Sehabis je tu..Ha..supraise..Tidak berhajat untuk memberitahu macam mana , tapi kesimpulannya, kita boleh tahu personaliti orang melalui grafologi. Bagi jurulatih, tuan Haris, kami ni ramai yang Ego, ada peluang tak nak guna, Kebanyakan tiada visi yang jelas...lepas ni Kena belajar la ya..[teringat lembu yang dilukis..kelakar]

Aktiviti seterusnya, dengan cikgu Senu Awang..penerangan yang santai mengenai step untuk buat program...Alhamdulillah ada gambaran sikit..

Seterusnya, kami p makan, solat semua...Slot seterusnya ialah protokol n Etika..Sampai jam 4 lebih..kami sempat tengok tayangan lagi. Demi masa tajuknya..

Protokol n Etika ni paling penting bagi program yang melibatkan VIP menteri-menteri..Seronok juga belajar pasal ini..

petang tu kami main kompas. Yang lawak, kumpulan kami hampir-hampir tak nampak klu yang disorok. Memang dah betul bacaan kompas tapi..bak kata Jurulatih kami, orang yang cari tu tak betul..sinis jugak la..tapi baru perasan, cara jurulatih ni, banyak kata provok. hm..

Bila pembantu jurulatih , En. Faiz, bantu ..dia gelak besar bila dia nampak benda yang kami cari sejak sejam lepas. Apa tidaknya disorok di celah rangka siling.T.T

Petang tu, akhirnya permainan tamat dengan pengajaran, kalau nak selesaikan sesuatu masalah, perlu duduk berbincang bersama dengan semua yang terlibat, di samping itu, untuk mencapai sesuatu yang besar, ada yang perlu berkorban...
nice..

Malam tu, ada talk pasal finance. Segala yang berkaitan borang, macam mana nak apply, dsbg...Sebelum tamat, Tuan Haris memberi penerangan pasal esok. Ada aktiviti Air...Syok ke??Hujan kat luar tu..aisy..

Esoknya...

Lepas asmaul husna, strecthing, jogging,makan..Kami kena buat bot. dari kotak n plastik sampah..ni gambar kapal separuh siap.
Tahu2..pagi tu tak jadi race..water confident jer..Lama tak berenang..Inilah masanya..Kelesamatan dalam air, jika pakai jaket keselamatan tu dalam 48 jam, kita boleh tenggelam juga..n tak boleh melebihi berat badan 80 kg ke atas..

Kedalaman tasik tu dalam tak ingat la..tapi dalam la..15 kaki kalau tak silap..

kami ada main saham lepas tu... Grup Optimistic Menang lagi...!

kemudian ada persiapan untuk presentation ..Kami bincang macam biasa..Malam tu kami ada presentation..Komentor Pn. Asiah sendiri..=) tapi nak tahu, penat sungguh malam tu..mengantuk tahap dewa.

Pagi keesokannya, kami nyanyi dalam dewan, p makan, then baiki kapal kertas, ada juga racing..Jadi jugalah..


So..Keputusannya, OPTIMISTIC menang lagi!

Kami buat Aktiviti Berhalangan...Rasanya menang juga..Akhirnya JUARA!



Best..

apa yang kami dapat? Banyak la sebenarnya hikmah2 perjalanan...Biar sedikit tapi impaknya amat mendalam.Seperti mana yang ditekankan oleh S-DEV..buat program untuk benefit plajar yang jadi komiti dalam tu..Harapnya mereka dapat belajar skill kepimpinan, dan 6 skill yang lain..

P/s: Buat semua yang baru dikenali, dan sekumpulan dengan saya, dan mereka yang menjadi akrab semasa di sana(muslimat saja)..Semoga lepas ni, kontek2 je k..dengan adanya group i-lead mudahlah urusan..Sebagai wakil Maruf Club..mengalu-alukan cadangan dari sahabat-sahabat demi kebaikan ummah UIAM khasnya..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...