twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Friday, May 14, 2010

~Muhasabah 2~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Orang kata jangan terus gembira bila dapat nikmat
mana tahu itu adalah ujian
Sama ada kita, alpa atau terus berdzikir
kepada-Nya

Orang kata, berjalan jangan tak berteman,
mau-mau lagi muslimat...malang tidak berbau
ada di mana-mana..
sunnatullah, gula mengundang semut

orang kata, manusia bukan robot
ada masa ia lesu, letih dan penat
Rehat itu melegakan, tapi bukan sepanjang masa kita nak rehat
rehat sepanjang masa= MALAS.

Orang kata, menghabiskan duit tu saudara Syaitan,
Itulah boros..Bila untuk menampung biaya dakwah..
hukumnya bukan lagi begitu, malah, umatnya perlu sedia
serahkan harta , hatta tenaga dan masa untuk DAKWAH,
Bukan berkira-kira..

Orang kata, DAKWAH ni 'ntah pape..'
Maka, jiwanya da gelap gulita
Nak gilap semula dah sukar..
Hanya dengan RAHMAT ALLAH SWT..
Insya ALLAH dia terbuka hati..

No comments: