Monday, May 24, 2010

Tak mungkin kulupakan..#2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah..sampai di persimpangan Beluran. Untuk pengetahuan, Pekan beluran bukan di tepi jalan utama tu..Kena masuk sejauh ..ana tak ingat owh..agak dalam jugak. Macam mau p pekan sook dari Kg. Johan Jaya tu..jauh lagi sikit la..

Beluran ni kecik jak..Kami terus menuju ke MASJID JAMEK..Depan Pejabat MAjlis Daerah Beluran jak. Kami di arahkan simpan barang di Dewan solat muslimat. Ada 'air cond' lagi tu..hehe. Beluran memang panas sebenarnya..

Selepas solat, kami ada perjumpaan yang pertama kali..Di sanalah ana kenal sahabat PSS yang baik hati belaka. Yalah tanpa mereka, kami hanya 8 orang ahli MARSIS..Mereka bertiga, Abdillah, Hadi, Khairil anwar..(famous la dorang..)Syukran semua..

Kami berbincang pasal aktiviti malam tu dan mendengar sedikit feed back pasal ziarah yang muslimin dah buat dulu sementara muslimat dalam perjalanan ke beluran pagi hari tu.

Malam tu, ana tidak terkejut dengan ketidakhadiran jemaah muslimat. Bila yang ada hanya adik2 lelaki yang comel2..kami buat plan sendiri kalangan muslimat. kami bertukar-tukar pengalaman sambil mengupas keistimewaan syurga.. Yalah siapa tak mahu tahu apa yang ada di Syurga..

Malam tu, kami akhiri hari dengan perbincangan untuk program esoknya...ana sampai tak larat nak bukak mata..penat..

Hari Kedua..

Pgi tu Mulai dengan qiam sikit, lepas subuh ada tazkirah pagi..gotong royong..dan jalan ziarah kampung..eh silap..p makan dulu di gerai..NASI LEMAK SAKURA..unik kan nama gerai tu..hehe

Di gerai tu ada dataran di depannya. Di situlah ada geng anjing ynag suka usik orang yang tidak dikenali. Malah yang berlari pun kena kejar..

Apa yang mahu diceritakan, Beluran ni ada banyak kekurangan, kehidupannya masih dhaif..kalau nak tahu, kat beluran tiada ATM... Tapi, yang tak leh terima juga..aktiviti dakwah di sana agak slow. Kesedaran pendidikan sangat cetek. Kami berziarah di kg. keramat dan Kg. Air..kat situ pun dah boleh lihat taraf hidup rakyat.

Apa yang mereka usahakan ialah, mencari rezeki dengan melaut..atau sebagai nelayan.

"Rumah dah nak roboh..tapi ada juga astro"..ini lah bukti kesedaran penduduk yang masih tidak menyedari kepentingan ILMU akademik. mereka lebih rela anak-anak mereka seperti mereka, waris sebagai nelayan juga. SAmpai bila pun beluran tu takkan maju.jika mereka sendiri tak nak berubah..

ATM bergerak. Ini kali pertama ana tahu ada benda ni. Di Beluran, ATM bergerak BSN hanya akan datang di Pekan beluran Dua minggu sekali.dengan syarat mesti pakai buku bank. rumit kan? Kenderaan pengangkutan ke Bandar sandakan pun kurang. Tiada bas yang rasmi. Hanya ada pawong jak.

Kami jalankan soal selidik..Penduduk yang di tanya soalan pasal berapa kali aktiviti dakwah dijalankan..mereka kata dua kali setahun. Ada jugak rumah ni, dia JKKK kampung ..dia kata dia tak berapa minat pada pertubuhan islam yang hanya bagi pengislaman beramai-ramai, tapi tak da kesinambungan. Maka yang tak faham kembali murtad..begitu la. Terus ditinggalkan dengan sejadah dan al quran..apa tak murtad semula orang-orang yang dah mengucap ni. Tapi ni dah moden dah..Cabaran semakin hebat.

Bersambung..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...