~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Secara peribadi, ana bersyukur menyinggah di sekolah sahabat ana ni membantu apa yang terdaya. Program MOTIVASI usaha guru-guru TEKNIKEN begitu mengharukan ana walaupun bukan pelajar di sana. Apa yang penting peserta yang dikatakan hampir mencecah 300 peserta begitu menduga kesungguhan. Kami para fasilitator untuk MALAM PENGHAYATAN terpaksa berfikir banyak plan untuk memastikan program mencapai objektif.
Wah..sejak bila jadi formal ni..
Ana hanya bermalam sehari di rumah selepas pulang dari JDS'10. Sejujurnya, ketika di jemput oleh sahabat di rumah, ana masih terasa sesak dan letih. Rasa nak demam pun ada.
Alhamdulillah...ALLAH gerakkan juga hati ana untuk membantu. Kalau diikutkan perasaan, ana mahu rehat seminggu!
Sahabat, ikhwah dan ikhwan semua..realiti SABAH dari perspektif dakwah amat-amat kekurangan tenaga pendakwah yang boleh melapangkan diri ke tempat-tempat yang memerlukan dakwah. Sehingga banyak kawasan pedalaman yang terabai dan gejala murtad berlaku di sana sini.
Bukan kita tidak tahu, bilangan orang ISLAM di sabah masih dikalahkan oleh bilangan NoN-Muslim. Tapi, itu bukan alasan bukan? Kita tetap wajib menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi. Itulah yang ana benar-benar kagum dengan pengorbanan sahabat yang berasal dari semenanjung...Peluang belajar di SABAH digunakan untuk membangunkan ISLAM. Sehingga kita dapat lihat mereka ini berdakwah dan berkorban seolah-olah mereka adalah penduduk SABAH TEGAR!
JAZAKumuLLAhukhairan jaza..
Program TeKNIK pun Mereka datang . Siapakah mereka ini sebenarnya? Mereka adalah sahabat PSS yang bernaung dibawah NGO yang berdaftar dan bermatlamat untuk membangunkan sahsiah remaja dan kecemarlangan mereka. Mereka terdiri daripada pelajar tahun akhir di IPT dan yang telah bekerja..Kedatangan mereka ke tEknik kerana mereka memiliki pengalaman menjelajah seluruh sabah untuk memberi motivasi dan mendekati remaja-remaja. Walaupun begitu, keperluan masyarakat mereka tak leka..kerana tahap sosial masyarakat memberi kesan terhadap pembangunan sahsiah remaja. MANTOP...Mantop..
Ana sekiranya panjang umur, ana akan melibatkan diri di dalam persatuan ini. Di samping itu, ana menyeru sahabat agar cubalah mengenali mereka ini. ana sudah berpengalaman bersama mereka dalam satu program, susah nak gambarkan perasaan seronok tu. Jadi apakata cuba sendiri.he..Maksudnya, kalau PSS buat program ditempat berhampiran anda, joinlah..bukan susah..
Konklusinya, apa pun kan...ana masih menanti sahabat sedaerah untuk bersama dalam menjadi JUNDULLAH demi menegakkan ISLAM yang semakin tenggelam di BUMI SABAH ini. INILAH harapan dan IMPIAN ana selagi bermusafir di dunia ni. Bak kata Sahabat ana SYAHRIL(entah dia dapat dari mana..),
"KIta masih bermusafir sehingga kita sampai ke syurga.."
Jadi, senyumlah pada dugaan dalam permusafiran ini. Sampai berjumpa lagi sahabat..Maafkan ana jika tersinggung perasaan semasa kita bersama menjalani program. Syukran pada syahril dan MAsedeh kerana jemput ana yang bukan pelajar TEkniKEN jadi AJK. Banyak pengalaman ana dapat.
Setakat itu untuk kali ini. PAngiilan ALLAH lebih penting dari segalanya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment