~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Bukan senang jadi senang. Itulah ungkapan yang paling ana ingin kongsi. Ana dapat kata-kata keramat ni dari sekolah kedua bapa ana.Dari dinding yang Allah ilhamkan untuk tengok.
Tukaq TOPIK!
Banyak benda ana nak kongsi. Kegembiraan, kesedihan, kegeraman, kelemasan...Asam garam kehidupan memang begitu. Apa pun, begitulah kalau kita dalam proses nak dewasa. Mama ana kata begitu.
Kalau pun begitu, hakikatnya kita kena bercakap pasal perkara yang berfaedah. Sebab, dalam hadis nabi,mafhumnya, mukmin yang bertakwa tidak akan melakukan perkara yang tak berfaedah.
Hari ni ana berlepas dan berikrar tak pulang sehingga habiskan program. Betapa ALLAH mudahkan perjalanan ana hari ini.
Malam tu, ana tak terasa nak bermusafir pun...sebab ana tak habis mengemas lagi da tertidur. Pagi tu mak kelihatan hairan tengok ana selamba. Bila dapat ‘signal’, baru sibuk menyimpan keperluan. Rupanya, memang isyarat untuk berjalan hari ni...semua ini kehendak ALLAH s.w.t. Mari ucap ALHAMDULILLAH!
Sekali lagi, ana benar-benar merasai nikmat ‘nashrumminallah..’, program yang ura-ura macam tak de kereta, alhamdulillah dah dapat ‘cover’. Ada insan yang telah ditetapkan ALLAH untuk selesaikan masalah itu. Ana begitu optimis juga bila ada insan yang juga ana tak rancang untuk tunggu ana di Pekan Ranau telah tersedia , dan yang pastinya ALLAH yang tentukannya. Alhamdulillah segalanya. Jika kesyukuran ana masih tak mencukupi, selagi ada tulisan ini, selagi itulah ana masih bersyukur. Tapi ana percaya, usaha juga yang ALLAH jadikan ukuran. Jangan nak tunggu rezeki datang bergolek!
Betullah, Manusia hanya mampu merancang segala, yang menentukan ALLAH. Ana telah merancang untuk ke Kundasang demi melihat tempat program yang bakal dilaksanakan nanti hari ini, namun, ALLAH juga merancang, kita imani itu. DIA, yakni ALLAH dah tetapkan, ana untuk menziarahi tempat kelahiran bapa ana di Kg. Sosondoton, ranau dulu hari ini. Pasti ada sebab. Dan sebab itu selalunya akan diketahui selepas kita lalui masa berada di sana. Jika ujian lagi, semoga ALLAH besarkan iman, setanding dengan ujian yang akan datang.
Namun, di setiap kesenangan pasti ada ujian begitulah adatnya jika masih berada di dunia. Ujian adalah berbentuk kesusahan dan kesenangan.
Ana memohon ampun dan maghrifah-Nya jika terlalai disepanjang perjalanan ini. Maka, ya Khaliq, daku mengharap perlindungan dan pemeliharaan-Mu setiap saat.
Konklusinya untuk hari ini, kita merancang ALLAH jua yang menentukan! Percayalah, tiada guna nak menetapkan sesuatu selain terus berusaha ke arahnya,serahkan kebergantungan seratus peratus hanya untuk ALLAH!Bukan dalam urusan tertentu saja, tapi dalam semua urusan.
Friday, May 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment