Sunday, May 23, 2010

Tak mungkin kulupakan.. JDS1

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah...itu lah kalimah yang ana nak bagitahu sebenarnya..

Program Jelajah Sabah dah berlalu..untuk bagi tahu semua..macam sedih pula rasanya. Banyak pengalaman yang suka, duka, macam-macam ada..

Sebelum itu, ana suka untuk bagitahu, program ni hampir-hampir menyebabkan ana dan ajk putus asa.

Dengan bilangan peserta yang macam air laut..sekejap banyak, kejap sikit..sangat memeningkan kepala.Dana yang tak bertambah-tambah..bukan tiada yang berusaha..cuma strategi dan bilangan AJK tak memadai..ana tahu sahabat se" MARSIS" yang berharap sangat-sangat menantikan kejayaan program ni. Tapi, ana dan pengarah la yang bertanggungjawab menggerakkan.

Pernah juga sehingga ana dan sahabat seperjuangan yang terlibat dengan program ni hampir2 nak batalkan..tapi, bila dapat maklumat, lokasi yang bakal kami jelajahi ini bukan lokasi biasa, tak jadi nak batalkan..tiada pilihan.

k, jom ..

HARI PERTAMA.

Perjalanan kami bermula di stesen TERMINAL INANAM. Ditakdirkan, kami mendapat tempat di syarikat SAIRAH. Janji berjumpa pada pukul 3 selewat-lewatnya. Sementara menunggu, ana sempat merayau-rayau mencari barangan. Malam sebelumnya, Bendahari sudah berada di BEluran. Dia mengambil langkah untuk melihat keadaan di sana sebelum program bermula.

Sekitar jam 1 petang seorang peserta menelefon. Dia nak ikut semula. Ha..dia ni memang bersungguh sebenarnya..Dia dan seorang lagi sahabat. Ana ok jak. Oleh kerana ana yang jaga bahagian peserta, ana tahu perkembangan peserta. sebelum ni dia pernah kata tak dapat ikut...=) ujian dia la tu..

Semua peserta seramai 5 orang selamat berada di dalam bas SAIRAH dalam sekitar pukul 3 setengah. Hujan mengiringi pemergian kami...

Dalam perjalanan, Seorang peserta melakukan solat atas kenderaan kerana terlambat berada di stesen setengah jam sebelum bas bergerak. Dalam bas hanya beberapa belas orang.

Dalam perjalanan, TV di pasang. Filem Jackie Chan tertayang. Dalam kelajuan bas dipandu. K. Wani, menegur wajah ana yang dah naik pucat. Ana sebetulnya nak muntah. tak pernah pula rasa begitu sebelum ni...ana tersedar, biasanya, ada taklifat jika nak pikul beban dakwah ni..kali ni tak de plak..silap2..

BAYARAN CASH

Sampai di Kinbalu Park, kami berhenti untuk menurunkan penumpang di sana. Kini, kami dengan 4 orang penumpang lagi.. Perjalanan diteruskan ..Bas macam tadi juga..Laju.
Ana dan k. Wani menutup semula kelopak mata. tetiba...

Bas terhempas ana terasa satu daya momentum menolak ana ke bawah. Jeritan kedengaran. hentakan demi hentakan. Kejadian itu berlaku dengan pantas. Ana dah panik, hanya terpacul..Allah..astaghfirullah..tak ingat nak mengucap da..

Pipi ni menekap belakang kerusi depan ana..

Pejaman mata terbuka bila bas berhenti bergerak menuruni curam..Bas tak gerak lagi..kami semua menggagahkan diri bangun dan mencari tempat keluar. ha..pintu kecemasan di belakang bas..

Alhamdulillah..dalam bas ada 3 orang lelaki, pemandu, kondukter dan penumpang. Kondukter dan pemandu da keluar melalui pintu depan. Penumpang lelaki tu yang pecahkan pintu belakang. Ana masih blurr..tercari-cari barang..Sempat lagi..Bila mata tengok di luar..orang ramai da mengerumuni bas kami. Ana dan sahabat ana keluar dari pintu tu..ana orang kedua last. Sempat memungut barang yang berterabur di lantai..buku ana..

Bila kaki menjejak bumi..satu perasaan lega di hati..Perlahan-lahan membisikkan kata-kata"Allah bagi peluang!"..

Ana rasa bersalah..sebab, kemalangan ini bakal melumpuhkan perjalanan program. Sepatutnya kami harus sampai dalam pukul lapan di beluran. Kini macam tak logik ..bas dah hancur. seorang dari kami menangis.Dia terkejut sangat. kakinya cedera.akhirnya dia pulang KK petang tu juga..

kami yang masih bertahan, masih berkeras nak teruskan perjalanan termangu-mangu bila orang awam bertanya banyak-banyak..bertukar-tukar datang bertanya..

" kamu penumpang bas ni ka?laju kah? berapa yang cedera?..terasa juga pengalaman kemalangan. HIKMAH ALLAH sangat besar.Ana bersyukur tiada yang kemalangan jiwa. Cedera tu ada lah..3 orang juga dihantar ke hospital.

Ana terharu bila pemandu bas yang ada berkata, ada lagi bas akan lalu. Kamu tunggu jak. Sebelum tu ada juga pemandu SIDA menawarkan untuk tumpang bas depa. Tapi ana bertegas, tiada barang, tiada jalan..

bila tanya bomba bila nak buka kargo barangan, nk ambik beg.Guna barang keselamatan bomba, Dia kata hanya bila ada mangsa tersepit jak baru depa bleh guna alat depa.
Begitu plak.. ana da kecewa ni..jadi, mereka suruh tunggu sampai bas ditarik keluar..bila la tu??kami tunggu la..terpaksa..

Hari beransur gelap..orang ramai semakin meninggalkan lokasi. Ana dan sahabat muslimat tertunggu-tunggu juga. Tiada tanda-tanda bas akan ditarik. malah kereta penarik pun dah tinggalkan tempat kejadian. apa kes??kami semakin risau. Hawa sejuk da menusuk isi daging..Kundasang bah tu..

ALLAH menghantar seorang hamba-Nya untuk menolong kami. Dialah yang menumpangkan kami di rumahnya,dia yang membawa kami ke balai polis..tak la bawa..kami yang mo ikut. Ana dan kak Wani..

kami jumpa denagan pemandu bas di BP. dikesempatan tu, kami ambik num telefon dia supaya senang nak urus pasal pengangkutan dan barangan..

Ramai sahabat menelefon bertanya keadaan kami..yang tahu kami kemalangan jak la..memang kami semua tak heboh kan kejadian tu demi mengekalkan semangat nak berdakwah..Esoknya kami sampai juga di beluran. Dalam sekitar pukul 2 lebih...Semua peserta muslimin dah sampai ketika itu..

Bersambung..

2 comments:

N.Fizah said...

salam ukhti kesayanganku...
Allah menduga entum semua, sejauh mana kekentalan dan semngat entum berdakwah di jalannya...ana rasa risau bila entum suma kemalangan. Alhamdulillah, semua ok2 saja kan? insyaAllah, Allah sentiasa bersama orang2 y memperjuangkan agamaNya di landasan y betul...:)...xsabar nk baca kisah setrusnya..:)...

wardatullah said...

subhanallah..kun fa yakun.. Allah knows ur heart..mga prgrm bjln lncr ye..taklifat msti ada. syg sungguh Allah pd shbt ana sekalian.. La yakallifullah nafsan illa wus'aha.. remember it..i.allah. terus tbh!

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...