Aku melangkah ke dalam bas. Mata ini tercari-cari nombor kerusiku. Ha..jumpa pun, no.35 tertera di situ. seorang perempuan sebayaku sedang berbual di tempat duduk sebelah tempatku.
Sebenarnya, aku tidak menyangka yang aku akan meninggalkan kampung halaman, daerah, negeri ini esok. suka atau tidak, aku mesti berangkat juga.
Tatkala duduk memerhati orang-orang yang melangkah masuk ke dalam perut bas, fikiranku melayang mengimbas hari-hari yang lalu. apa sumbangan yang telah aku titip sebelum kembali ke pusat pengajianku?
Ya Allah, aku berasa sedih. Rasanya aku tidak membuat apa-apa selain duduk diam di rumah 24jam.
Namun, sedih ini sedikit terubat bila melihat perubahan kakak sulungku. Dari seorang yang agak liat menunaikan solat sudah rajin menunaikannya. Malah kadang-kadang dia lebih awal melaksanakan dariku apabila masuk waktu. Ia satu perkembangan yang baik.
Bunyi deruman bas memadam khayalanku. Ala...inilah saat yang paling aku rimas. Mabuk bas! Jadi,aku tidak membuang masa dan bersiap-siap untuk ...TIDUR.
Sedar tak sedar , bas sudah sampai di stesen Padang Bandaran, aku dengan tidak tunggu lama dalam keadaan yang pening-pening lalat keluar dari perut bas...
Seorang pemandu teksi terus menerpa padaku!
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
2 comments:
salamullahi 'alaikum..
syukran sgt2 tlg ana,poskan hasil dapatan seminar hari 2.ana dpt berita dr ibu ana kiriman ant dh smpai ke rumah ana kt sna hr jumaat lps.ada apa2 makluman,ni no ana kt sni.
+011 1093247
afwan..apa pun, selamat berjuang di negeri orang...
Post a Comment