Aku memerhati, menyoroti langkah adik-adikku, semuanya baru tingkatan satu. Masing-masing berpelukan selepas memberi salam. Solat maghrib baru sahaja habis diimamkan oleh imamah bertugas, Hamizah sahabat sabayaku.
" Okey semua, cepat buat saf, kak Ain sudah menunggu tu...,"satu suara tegas kedengaran.
Malam itu giliranku untuk memberikan tazkirah. Begitulah aktiviti rutin Surau Al Baraqah, musolla pelajar puteri sekolahku.
Aku membiarkan mereka mendapatkan tempat di hadapanku sehingga berasa selesa dengan keadaan masing-masing. 5 minit kemudian, suasana musolla itu sepi. Aku berdehem.
" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"Suara ramai mereka bergema memenuhi ruang musolla.
Aku menarik nafas. bukan senang nak memberi nasihat atau tazkirah pada orang lain, aku sendiripun belum perfect lagi. Memandangkan ustazah telah memberikan taklifat kepadaku. Aku tidak mampu menolak. Aku kena laksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh!
"Baiklah, adik-adik yang ada di hadapan akak sekarang, Sudah sediakah ni?"
" Yaaaa...."
" Amboi semangatnya...Okey, sebelum apa-apa, marilah kita sama-sama membuka majlis dengan Ummul Kitab Al Fatihah...Audzubillahi min Assyaitonirrajiim...," Aku mengetuai bacaan al fatihah sampai habis.
"Sekarang, kakak mahu semua bersedia dengan alat tulis masing-masing," Aku sudah pesan pada AJK musolla yang bertugas pada hari itu, kalau ada sesiapa yang tidak membawa alat tulis , boleh jadi dia akan tidur. Biasanya begitulah.
Aku pun memulakan tazkirah tanpa meninggalkan adab-adab yang telah aku pelajari. Tajuk yang aku sentuh kali ini adalah...mengenai perbuatan-perbuatan meninggalkan Al Quran.
"kakak guna bahasa biasa saja la ya, takut kalau terlalu baku kamu semua ndak faham pula,"
"Okeyyyy..." Sporting juga adik-adik junior aku ni, aku tersenyum.
"key, kamu ni smua mesti sudah boleh baca quran, mungkin ada yang sudah tahap bertaranum, mungkin ada yang sudah khatam beberapa kali dalam tahun ni, kepada semua yang terasa tu...tahniah, kamu memang hebat. Kakak serender ...kakak pun belum sampai tahap itu.."
Senyap.
" Hem...kakak nak bawa kamu semua menghayati satu kata-kata Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah r.h.. Beliau telah menyatakan bahawa perilaku meninggalkan al Quran itu ada banyak. Antaranya...
pertama...Orang yang malas mahu dengar, atau memang tidak mahu dengarlah bacaan al quran. Contohnya...orang tu jenis yang suka pada muzik, bila mencari-cari siaran radio lah kononkan, dia termasuk siaran radio IKIM.fm, katakanlah masa tu, tengah beralun bacaan ayat al quran, tetiba , dengan sengaja dia cepat-cepat tukar siaran. Seolah-olah dia takut mahu dengar bacaan ayat quran tu..Itu pertama,
kedua...orang tu baca tapi tidak mengamalkan ajarannya. Dia tahu al quran itu betul. Bukan main-main, tapi dalam hidup dia sehari-hari tetap tidak berusaha membezakan yang halal atau yang haram. mungkin kamu ni fikir halal haram ni berkaitan dengan makanan jak kan?"
Kata-kataku itu disambut dengan ketawa yang terkawal, aku tetap pastikan aku tidak ketawa . Biarlah aku tersenyum saja. Ketawa boleh menghilangkan kewibawaan. Itulah kata-kata Saidina Umar...salah seorang sahabat Rasulullah saw. Walaupun aku tidak layak dikatakan berwibawa, tapi jauh di sudut hati ingin agar diri ini tidak terbiasa dengan ketawa. Ia penyakit kalau terlalu diamalkan. Cukuplah aku tersenyum. Malah lebih sopan.
"Contoh yang tadi tu, kita baca ayat quran, tapi kita tidak faham. Lepas tu, petang dia, dalam masa riadhah, kita berkumpul sesama kawan-kawan, mulalah bercetera mengenai pelajar putera yang kita minati, kemudian beralih kepada cetera peristiwa-peristiwa lucu dan memalukan seseorang, kita begitu gembira menceritakan hal-hal kawan-kawan dalam kelas yang boleh memalukan mereka. Tidak kurang ada juga yang mencaci musuh masing-masing..Huh...Kamu faham kan apa yang dia ni sedang buat ni?"
"Yaa...." Aku memandang seorang junior yang sudah tersengguk. Kalau di sekolah , orang ini dipanggil sebagai 'memancing'. Aku memanggil namanya.
"Ya, orang itu memang jahat!" Spontan kata-kata itu terluncur di mulutnya, dia terkejut rupanya. Aku cepat-cepat istighfar. Adakah patut aku buat begitu.
"Ya, memang jahat. Dia dikategorikan jahat sebab mengumpat saudaranya sendiri.." Aku cuba membantunya supaya tidak berasa malu dan dimalukan. lalu aku meneruskan bicara.
"Jadi kesimpulan untuk yang kedua tadi...kita mesti buat apa yang quran suruh, sebab apa yang ada dalam quran tu suma dari kata-kata ALLAH SWT."
" Rasanya cukup untuk kali ini...kakak rasa dah banyak yang kita dapat tahu. Hmmm, sekarang kakak mahu respon. Siapa yang bertuah kali ini..." Mataku tercari-cari wajah yang bersembang semasa aku berbicara. Aku memanggil satu nama.
" Sa'adah, apa yang kamu dapat daripada tazkirah kita malam ini?"Sa'adah bangkit. Dia tertoleh-toleh ke kanan dan kiri, aku menunggu bait-bait ucapan daripada mulutnya. Aku tahu dia sedari tadi berusaha menarik perhatian rakan di sebelahnya supaya membincangkan hal selain yang sedang aku bincangkan. Perlukah aku marah? Aku bukan jenis yang pemarah...Jauh sekali jenis yang menyindir...Aku yakin dia boleh sedar dengan cara aku memanggilnya begitu.
Melihat dia tidak dapat berkata-kata selain tersenggih-senggih. Aku menarik perhatin adik-adik yang lain.
"Ada sesiapa nak tolong?"
senyap.
"Saya, kak." Satu suara kedengaran. Aku melihat Azimah bangkit. semua mata memandang ke arahnya.
" Kesimpulan yang boleh saya buat, kita mesti belajar bahasa Arab..se..," belumpun sempat dia teruskan kata-kata, semua mentertawakan dia. Aku hairan, kenapa ketawa?
"Shhh..., biar dia habiskan dulu.."
Suasana menjadi senyap semula.
"..Sebab..sebab...kan kakak cakap kita tidak ikut ajaran al quran,?Siapa suruh kita malas belajar bahasa Arab. Lagi satu, betullah bila kita tidak bagi perhatian pada bacaan al quran, bacaan itu akan jadi sia-sia. Samalah kalau kita tidak mendengar tazkirah dengan baik, tentu kita tidak dapat jawab denagn baik bila di soal. Kalau da sampai hari pembalasan , kita buat dosa sedangkan kita ada baca quran, mesti kita tidak tahu mau jawab apa kan?..Wah terlebih sudah..kepada Sa'adah, saya minta maaf. Saya terpaksa tegur kamu dengan cara ini, mungkin kamu marah atau sakit hati tapi, saya mengaku saya pun bukan baik sangat. Dalam usaha mau baik. Dan saya tidak mahu jadi baik sorang-sorang..."
Sa'adah tertunduk. Mungkin dia malu.
Aku terpegun dengan keberanian Azimah ini. kalah aku... Aku cepat-cepat mengakhiri suasana yang agak tegang itu,
" Terima kasih Azimah, Sa'adah. Kamu berdua boleh duduk. lepas ni tunggu sekejap. Akak mahu jumpa. Sebelum kita menutup majlis, harap semua ambil iktibar daripada apa yang kakak sampaikan. Saling menasihatilah antara kita kerana nasihat kepada yang baik itu besar manfaatnya. Maafkan kalau kakak terkasar bahasa, Yang baik datang dari ALLAh , yang tidak baik dari kelemahan kakak sendiri walau pada hakikatnya, dari Allah, dan kakak akan berusaha memperbaikinya. Kita tutup majlis dengan tasbih Kiffarah dan Surah Al Asr.."
Semua bangun dan mendapatkanku dan menyalamiku. Aku sudah biasa dengan keadaan itu, itu adalah trademark sekolahku, Salam jama'ie.
Usai proses salam-salam, aku mengajak Azimah dan Sa'adah ke luar musolla. ke anjung.
" Sa'adah marah kakak tak?"
Sa'adah menggeleng.
"Sa'adah marah Azimah tak?"
Sa'adah sekali lagi menggeleng. Aku menariknya dalam pelukanku. Aku mengusap belakangnya.
" Akak tahu perasaan Sa'adah, tapi akak dan Azimah dalam hal ini hanya mahu Sa'adah sedar kita harus menjaga adab-adab menuntut ilmu. Kakak tengok Sa'adah menganggu kawan-kawan lain yang menumpukan perhatian. Tak baik tau..kakak mahu adik akak ini berubah boleh kan?" Aku berhati-hati supaya dia tidak rasa kecil hati.Aku lepaskan pelukan dan mengambil tangannya dan meletakkan ke tangan Azimah.
Azimah menyambut tangan Sa'adah dan memeluk Sa'adah erat.
"Apa yang saya cakap tadi tu, bukan saja-saja. Saya sayang kamu sebagai saudara seislam. Jangan anggap saya mahu bermusuhan dengan kamu k..."
Aku merasa sebak. Betapa malam itu satu pembuka kepada lembaran hidup seorang hamba yang betul-betul insaf dengan kealpaannya. Aku percaya Sa'adah akan berubah.
Budak-budak tingkatan satu ni kalau dijaga dengan tarbiah yang teratur, tidak mustahil mereka jadi lebih hebat!
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
1 comment:
tahniah...
teruslah berjuang saudariku...
yakinlah akan janji Allah bagi hamba-hambaNya yang terus memperjuangkan dakwah dalam menegakkan syiar agama Islam...
Dari suatu pengalaman hidup ana dapatkan bahwa suatu pembelajaran dan nasehat yang baik yatu dari sikap kita yang menjadi teladan bagi orang-orang yang kita cinta i...
KEEP ISTIQOMAH....
ALLAHU AKBAR....!!!!
Post a Comment