salam...Balighul ilmi walau ayah..sampaikan ilmu walau satu ayat...ini ilmu yang diberikan oleh guru saya...saya cuma sampaikan..semoga manfaatnya kembali kepada guru itu dan kalian yang membacanya...dan saya sendiri yang menharap keberkatan-Nya...
kalau nak lebih,:) sila lawat http//:zakaria-sungib.blogspot.com.
Menulis novel remaja islam
Saya sudah terlalu jauh dari dunia remaja, tetapi saya mempunyai ramai anak remaja. Apabila diamanahkan sebagai editor perolehan bagi novel remaja, yang antara tugasnya adalah mencari penulis dan membawa masuk manuskrip novel-novel remaja Islam, saya cuba menyelami dunia remaja dengan memaksa diri membaca novel-novel remaja.
Saya juga ‘menugaskan’ isteri saya membaca beberapa novel remaja yang laku keras di pasaran. Dia sangat kooperatif dan memang dia minat membaca novel dan buku. Sambil menyusukan anak pun dia boleh membaca. Setelah dia selesai membaca satu-satu novel, saya bertanyakan perjalanan cerita dan komen dia tentang novel itu. Ini satu cara saya dapat ‘menghadam’ sesebuah novel tanpa perlu membacanya sendiri. Hendak kerja senang, he he. Bagaimanapun, saya akan buat ‘fast reading’ juga untuk merasai secalit pengalaman membaca novel itu.
Kepada calon-calon penulis novel remaja Islam, saya sentiasa pesankan supaya mereka cuba memahami siapa yang disasarkan untuk membaca tulisan mereka. Dalam pendekatan dakwah, sasaran pembaca ini disebut mad’u. Sekiranya sasaran pembacanya adalah remaja, penulis mesti memahami remaja sebagai ma’du.
Untuk menulis novel remaja, penulis mesti memahami sedikit sebanyak psikologi remaja, apa yang remaja suka dan tidak suka. Berikut adalah antara kesukaan remaja yang dapat saya senaraikan:
1. Remaja suka watak yang bukan perfect sangat atau ‘skema’. Sebaliknya remaja suka watak yang mungkin perfect dalam beberapa aspek, tapi yang ada ciri-ciri kelemahan yang ketara dalam aspek tertentu. Itulah watak yang biasa-biasa mereka dapat temui dalam lingkungan mereka.
2. Remaja suka unsur humor atau kelakar. Oleh itu, penulis harus
3. Remaja suka kepada ekspresi keremajaan, bukan ekspresi ke’emak’an atau ekspresi orang tua. Misalnya, remaja lebih senang menerima saranan atau nasihat daripada rakan sebaya berbanding daripada orang tua. Oleh itu, penulis perlu meletakkan diri seperti kawan yang menasihati kawannya yang lebih muda, bukan seperti ibu atau bapa menasihati anaknya. (Tip ini saya dapat daripada penulis novel remaja Ain Maisarah sewaktu menghadiri taklimat penulisan novel chick-lit anjuran PTS.)
4. Remaja suka membaca cerita yang ‘happy ending’. Oleh itu, penulis novel remaja harus seboleh mungkin
Perkara-perkara di atas adalah antara rumusan yang saya dapat apabila membaca (atau ‘membaca’ melalui isteri saya) beberapa novel remaja yang laris di pasaran.
Dengan memahami remaja sebagai mad’u, barulah penulis novel remaja yang berjiwa Islam dapat menyampaikan nilai-nilai didikan melalui cara dan
Ingat pesan Nabi SAW? Nabi Muhammad berpesan supaya hendaklah kita bercakap mengikut tahap pemikiran orang yang kita lawan bercakap. Dari situlah penulis mudah menyelitkan nilai-nilai didikan melalui karyanya.
Enid Blyton masih giat menghasilkan novel-novel kanak-kanak dan remaja dalam usianya 40-an. Sudah jauh dari zaman remajanya sendiri. Beliau menulis watak-watak para pelajarnya (beliau seorang pendidik) dan watak beliau sendiri serta rakan-rakan pada zaman remajanya, selain watak-watak remaja pada zaman beliau menulis.
Jadi, kita yang sudah menjadi emak-emak atau ayah-ayah, masih boleh menulis karya untuk remaja, kerana kita pernah remaja, sesetengahnya ada anak remaja, ada adik yang masih remaja, ada jiran remaja dan ada juga yang menjadi guru kepada remaja. Salah seorang penulis novel remaja Galeri Ilmu adalah seorang guru sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment