Masjid Assyakirin....
Nama ini pernah kudengar, pernahku lihat, pernah kulintas di hadaapannya..
Hari ini dalam sejarah...
Tanggal 15 November yang lepas, ana dan sahabat-sahabat ana telah melakukan satu perjalanan kembara ilmu di masjid AsSyakirin...KLCC.
Ana terlebih rajin pada hari itu, semata-mata mahu mendengar diskusi seorang penyelidik dalam satu halaqah. Ana cuma mahukan input yang baru apatah lagi tajuknya bukan calang-calang tajuk...'Mengenali Tamadun Barat'.
Dalam mendengar setiap butir ilmu baru yang diperkatakan, ana teruja sebentar, kerana ana tidak sangka ilmu yang ana miliki tidak sebanyak mana. Ana masih di tahap yang dhaif!
Ana begitu menekuni setiap topik yang diperbincangkan sehingga satu ketika, Pak Pengawal masjid menjerit kepada seorang hamba Allah yang sedang mengutip payung yang ana dan sahabat ana tinggalkan di satu sudut,bertujuan untuk mengeringkannya. Dan yang berlaku, payung ana telah terpilih untuk dikutip oleh hamba Allah itu...
Ana tidak dapat beri respon yang betul, ini semua kerana masih teruja dengan ilmu baru yang ana sedang ikuti. Dalam hati, ana mengatakan, itu mungkin harga ilmu yang ana sedang kutip...
Sekarang ini, bila dikenang semula, rasa nak jerit-jerit pula pada orang yang ambil harta kita
. Namun, yang dah tiada usah difikir lagi...
Selepas menunaikan solat di masjid itu, kami ada satu lagi agenda baru...ini mungkin lebih menarik perhatian ana, iaitu menghadiri satu program anjuran UM , BEDAH BUKU BERSAMA HABIBURRAHMAN EL SYAIRAZEY ...buku yang hendak dibedah ialah Ketika Cinta Bertasbih.
Niat nak dengar apa unsur penulisan yang boleh menarik minat pembaca pada penulisan kita. Malangnya, ketika ana dan sahabat ana ang lain sampai di lokasi yang dikatakan kami terpaksa menanggung kecewa. Program itu dikatakan sudah tamat. Yang paling menyedihkan kami, penulis terkenal itu belum sampai ke Malaysia!
Kalau diingat bagaimana perjalanan nak ke lokasi itu, punya la jauh. UM luas lagi besar. Siapa-siapa yang ada pergi ke sana bersama ana ketika itu pasti mengangguk bila membaca post ini.
Kami pun mengambil keputusan untuk menamatkan kembara itu dan pulang ke kampus .
Oleh kerana kenderaan awam yang boleh ditumpangi ke stesen ktm tidak mudah didapati, kami berdoa sambil menunggu di perhentian bas berhadapan dengan masjid , ana tak ingat namanya. selama lebih kurang sejam jugak.
Tunggu punya tunggu, akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas yang menuju ke KL sentral. Masa tu dah pukul 5 lebih nak pukul 6 dah. Kami pegi la di tingkat 4. Niat hati nak solat di surau paling atas sebab, surau kat bawah sangat sesak. Malangnya, surau itu masih dalam proses penyenggeraan. Turun lagi ke surau tingkat 1.
Ramai orang pun ramai lah, main redah je...dah siap solah, tetiba ada pengumuman berkumandang...
" Perhatian kepada semua penumpang, akibat masalah teknikal telah berlaku di persimpangan ke Pelabuhan Klang, perjalanan ke semua destinasi tergendala. Kami tidak dapat memberi sebarang jaminan bila perkhidmatan KTM pulih seperti biasa. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua penumpang mencari pengangkutan alternatif yang lain..."
Kata-kata itu menyebabkan kami terkesima. Macam mana ni?
Tiba-tiba kakak yang mengiringi kami memberitahu satu berita yang menggembirakan. Program bersama Habiburrahman El Syairazey akan diadakan pada malam itu di tempat yang sama...di UM. Hati-hati yang ada berdolak dalik. Nak kembali ke UM atau ke kampus. Ana sendiri merasakan yang Allah mahu ana jadi penulis dan mahu ana menadah ilmu daripada penulis islamik itu. Alhamdulillah...ana dan 4 oorang sahabat yang lain meneruskan niat untuk kembali ke UM dengan ditemani dua orang kakak senior. Terima kasih kakak berdua!
Sahabat ana yang selebihnya memilih untuk kembali ke kampus kerana ada keperluan yang lebih awla.
Pada malam itu, kami terpaksa bermalam di surau kolej kediaman 12.
Lupakan hal remeh itu...
Diskusi yang berlangsung dengan penulis terkenal indonesia malam itu sangat menarik. Semangat ana jadi berkobar-kobar semula untuk memeruskan niat menjadi penulis yang mampu membawa kefahaman masyarakat dengan mendalam terhadap Islam.
Antara yang melekat di dalam minda ana, idea untuk menulis novel tercetus daripada al quran sendiri. Buktinya, Allah telah menurunkan surah Yusuf dalam bentuk cerita yang sangat lengkap sebagai sebuah kisah yang boleh di novelkan. Manakala, cerpen adalah kisah-kisah pendek yang juga terdapat di dalam setiap surah selain surah Yusuf.
Allahlah yang lebih mengetahui kehendak manusia...
Selain itu, ana terujua dengan tips membentuk latar tempat di dalam cerita. Rupanya, pengalaman penulis menyumbangkan satu kelebihan dalam penghasilan jalan cerita yang menarik dan dibantu oleh daya imajinasi yang tinggi.
Pembacaan buku ilmiah pula akan membantu dalam menghiasi jalan cerita dengan nilai-nilai ilmu ynag mudah difahami kerana para pembaca dapat mengetahui tujuan ilmu itu daripada tindakan para watak dalam cerita.
Esok pagi, Allah terlebih dahulu mengetahui apa yang akan berlaku. Ayah kepada salah seorang kakak senior yang mengiring perjalanan kami menyatakan kesediaannya untuk menghantar kami pulang ke kampus. Hati-hati yang risau mengenai masalah kos tambang sudah menghembus nafas kelegaan.
Maka perjalanan pulang adalah pengakhiran perjalanan kembara ilmu kami...Entah berapa banyak wang yang telah habis, tapi semua itu tetap tidak dapat menggantikan nilai ilmu yang kami kutip sepanjang kembara...
Tanpa kami sedari, Allah sedang berinteraksi dan mentarbiyah hati-hati sebenarnya kalau tidak takkan sia-sia Allah turunkan halangan kepada kami yang akhirnya membawa kami ke peleraian masalah...
wallahu'alam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment