Saturday, September 26, 2009

Musim Peperiksaan..


Sudahkah kita perbetulkan niat??

minggu ni, minggu depan kita hadapi peperiksaan. Perasaan kita semua sama...Berdebar..
Teringat kata-kata seorang sahabat ni, kita adala DATA ISLAM, kalau bukan kita siapa lagi?

Jangan kerana kegagalan kita menjadi fitnah pada ISLAM. Jika tujuan kita nak lulus semata bukan untuk Islam sama juga keadaannya untuk menjalani peperiksaan semata-mata tujuan dunia. na'udzubillah..

jom sama2 tajdidkan niat bersama!!

Jadikan kejayaan ini untuk Islam ..

Usaha+doa+tawakal..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Monday, September 21, 2009

Tazkirah Hari Raya...

Takbir kedengaran begitu syahdu di telinga ku..
Apalah yang sedang dibuat oleh ahli keluarga dan kerabatku di rumah...??
Alhamdulillah..pagi tadi..kredit telah digunakan untuk menghubungi mereka..dan sehingga kini tinggal dua adikku yang belum bercakap dengan ku..kamal , siti dan amanina..eh tiga orang..

Hem..tidak mengapa..diiriku tidak perlu bersusah payah dengan kesedihan begini..sahabat kita di Palestin lagi sengsara. Baru tadi diriku dikejutkan dengan bunyi mercun yang sangat kuat. Geram pula..yalah..kalaulah tengah solat, bukankah bunyi itu mengganggu??sangat mengganggu sebenarnya...

Sebenarnya adakah dengan membunyikan mercun kita tanda kita gembira??di aidilfitri..secara peribadi diri ini merasakan kalau kita jadi orang Palestin..sebenarnya kita mengalami situasi yang berbeza dengan mereka..kalau mereka mendengar bunyi dentuman mereka akn jadi cemas dan mencari tempat yang boleh menyelamatkan diri mereka..malah rumah mereka sebenarnya juga kurang selamat sebagai tempat berlindung. Rumah kalau terkena sasaran bom..HANCUR. Tapi kita..Bunyi itu membuatkan kita seronok..kenapa ya??Dapat bayangkan tak??Takut-takut kita bermain mercun ni mewakili warga yahudi yang mahu kita juga merasakan nikmat menghancurkan umat ISLAM..dengan bom-bom yang mereka ada.


Sejuta kemaafan , diri ku terlalu banyak berfikir sebab..tak berani nak berhenti dari berfikir...Nanti Allah MARAH..lepas tu..Mungkin nak lepas geram juga..sebab, selalu mengalami kejutan akibat bunyi itu. Sakit jantung ni tak lama..

Entah mesej hati ini sampai atau tidak dengan pembaca..jadi harap2..sama-samalah kita menasihati adik-adik kita, kawan-kawan kita dan sesiapa sahaja supaya tidak bermain mercun..selain ia membahayakan..ia simbolik pada bunyi bom di Palestin..terpulanglah pada kalian..menilainya..

K, SALAM LEBARAN BUAT SEMUA YANG ADA..Yang membuka Blog hijau ini^_^...Siapa pun kita sambutlah lebaran dengan hati yang merendah diri pada ALLAH tanda kita berkabung pada pemergian BULAN RAMADHAN dan...menyambut Raya dengan kesyukuran..bukan mencari keseronokan dengan bermewah-mewah dan memenuhkan perut semata-mata selepas berlapar dalam bulan RAMADHAN..

Ziarah menziarahi sudah pasti agenda utama mengeratkan silaturrahim..bila lagi nak jumpa sanak saudara...

Bermaafan..jadikan tradisi k..jangan raya jak lah..
Baiklah..

Sebelum habis nak ucapkan kata-kata dalam bahasa ibunda ..

"Isai2 nopo ketutun doho..mekimaap ako idsan haro kesala an mantad d keilo tokou di seira-seira nopo..om selamat hari raya ne kio..Logot-logoton mei walai tulun..kada ne ogumu teikanan hilo..."

salam perjuangan..wslm..
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Friday, September 18, 2009

XPDC di Ambang Raya..

Pada hari sabtu bersamaan 11 september..penulis dan sahabat Sabahnya Afiza keluar dari perkarangan KAMPUS UIA NILAI.

Maka bermulalah Ekspedisi yang telah dirancang sejak awal-awal lagi.

Sebelum pergi, penulis baru siapkan satu assigment yang berharga 12 markah. Kami keluar ketika beburung terbang pulang ke sarang. Hampir senja. Kenapa lambat...entahlah kenapa.

Sempat melihat asrama di sembur racun nyamuk..Berkepul-kepul kabusnya.

Tapi, biarlahkan...

salah satu fakta yang penting petang tu kami berbuka di KTM..sedangkan tidak boleh bawa makanan kan?minum air sajalah..

Malam itu, kami tumpang tidur di bilik kak Umai. Syukran kak!^_^
akibat terlalu penat meredah hujan lagi tak sedar tertidur..

Keesokan harinya ada pertemuan ukhuwah dengan anak-anak Borneo. Kami bertolak ke Melaka petang tu jugak. sebelum tu, kami di ambil/ dijemput oleh Pak Cik Malik, dan Isterinya.



sempat singgah Tampin, berbuka di sana dan baru ke Bukit Beruang, rumah keluarga suami kakak Afiza. Agak penat jugak. sebaik saja sampai. Kami 'syahid' selepas membersihkan diri masing-masing.


tiada keja..len..
3 hari di sana, tambah sehari lagi jadi 4 hari. Pagi Rabu kami sudah dihantar ke Stesen Sentral Melaka. Ada satu emmori yang menggamit penulis melihat tempat itu.

Destinasi seterusnya ialah...Negeri Sembilan..sebenarnya, kami telah menerima satu jemputan ke rumah seorang sahabat. Sahabat itu tinggal di Bahau, Negeri Sembilan. Sungguh penulis merasakan jalan untuk ke tempat itu hampir sama dengan jalan Keningau - Kota Kinabalu, jalan Tambunan. Liku-liku yang banyak, pepohon hutan yang nan indah. Masya Allah, nasib baik penulis cepat-cepat menyedarkan diri bahawa itu bukan Sabah.

Setiba di Pekan Bahau...

Penulis terus mencari rest room. Jauh jugak perjalanan kali ini.

Sahabat penulis datang selepas beberapa ketika. Alhamdulillah...

sepanjang di rumah Sahabat ini, dia menunjukkan satu teladan dan memang itu yang penulis cari sebenarnya. Muamalat sebenar dengan orang tua dan kemahiran yang perlu ada dengan seorang muslimah sejati. Dalam diam, sahabat ini jadi salah satu model contoh untuk penulis.

Sehari begitu cepat berlalu. Kami meninggalkan bumi Bahau dengan iringan lambaian Ibu Sahabat tadi dan dirinya sendiri. Dalam hati kecil berbisik.."Mudah-mudahan ini bukan kali terakhir menjejakkan kaki ke sini.. amiin.."

Apa yang best..semua makanan di rumah mereka sedap...Syukran atas layanan..=)

Kembali ke Kuala Lumpur..Selepas menghadapi beberapa ujian dari stesen PUDU ke UM...Afiza di tinggalkan dengan Kak Syimah kerana penulis ada kerja di UIAM Gombak. Di sana , Rusni sedang menunggu dijemput..he3.

Bukan itu tujuan penulis sebenarnya, yang betul..nak ambil laptop. Rindu sangat padanya!

Maka..xpdc ni baru sekerat jalan..belum ke rumah anak-anak Borneo lagi...maka adalah lebih sesuai namanya XPDC di Ambang Raya.

Kepada insan-insan yang menbiayai perjalanan ini..syukran banyak-banyak..sayang kalian, walaupun kalian tiada di sisi semasa raya nanti, tapi penulis tetap merasakan Curahan Kasih Sayang kalian. Penulis tidak sampai hati untuk bersedih-sedihan, takut kalian lebih sedih dari penulis.

wajah yang mensponsor

Jadi penulis di akhir ini ingin mengucapkan Salam Cinta Sayang..untuk Semua anggota Keluarga Rupilen khasnya, dan semua warga Kampung JOhan Jaya..Dan tidak lupa buat warga Sabah amnya...Mohon Ampun segala Salah Anakanda, adik/kakak , anak mudi , anak jati ini..


'Cup2..
jangan sedih-sedih bah..pulang juga saya ni..5hb..kalau ada dalam perancangan Allah..saya sampai menjejakkan kaki ke bumi Sabah tanah Bawah Bayu ...jumpa juga kita tu K..'



Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
salamun 'alaik..post ini di ambik dari seorang ukhti sealiran dengan ana..@ satu kos..dari DUNIA IRKSS..semoga dia , ana n semua pembaca dapat manfaat daripadanya...amiiin!



Assalamualaikum...
dalam post kali ni ana nak kongsi sedikit input berguna ngan antum smua pasal sifat peribadi muslim yg ditarbiyah dengan tarbiyah islam...sbenanya ana ambik ni dari buku nota usrah ana time skolah dulu,,agak lama la benda ni ana tau n rasa tringin nak share ngan antum smua...slamat membaca=)

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya spaya sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini mestila difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ni antaranya:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Al-Quran Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)


Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

hem,,smoga antum smua dapat manfaat dari post ni....n satu lagi doakan kejayaan ana dlm final exam lpas raya ni yer!....
wallahu’alam,assalamualaikum....




Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Friday, September 11, 2009

Salam Ramadhan FASA 3...


salam pulang kampung ...

Post ini saya tujukan khas buat sahabat-sahabat yang telah dan akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing..termasuk kakak saya yang di pahang kalau dia terbaca post ni. kalau nak kemas barang tu ingat-ingat wajah adikmu yang tidak pulang ini... juga untuk mereka yang tidak ke mana-mana seperti saya sendiri..

Walaupun kehangatan raya telah terasa, namun...tolong sedar kita berada di sepuluh malam terakhir...tetamu ALLAh ini sudah hampir ke penghujungnya. Jangan mereka berlalu dengan penuh barakah sedang kita hanyut di gedung-gedung membeli belah...Keletihan di sebalik membuat biskut-biskut raya..

Baru hari ini saya mempunyai kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca sekalian. Saya berasa rugi tidak menulis dalam hari-hari yang telah berlalu ini, padahal, saya ada banyak perkara untuk dikongsi bersama. dan blog ini adalah blog perkongsian pengalaman. Tidak hairanlah kalau hampir semua post mengenai penulis.

Berbalik kepada mesej utama saya menulis post ini, saya mahu menyentuh sedikit tentang peningkatan iman dalam diri kita masing-masing. Bagaimana IMAN kalian? ada perubahan tak? Bagi ana sendiri, ada. Cuma banyak sikit, istiqamah atau tidak penentu keadaan IMAN kita nanti.

Akhlak kita ada perubahan tak? semakin baik atau masih macam dulu? Susah juga nak berubah kan? Tak pa..bagi yang masih mencari titik perubahan yang tak jumpa-jumpa tu..teruskan mencari..tapi berrdoalah bersungguh-sungguh untuk berubah.

Sahabah muslimah saya terutamanya, saya sedih kalau kalian belum ada perasaan mahu berubah walau sudah banyak petunjuk yang ALLAh bagi. Kalian akan jadi insan-insan yang sangat-sangat rugi kalau tidak mahu melangkah ke arah perubahan sekarang. Saat ini tidak akan berulang. Saat inilah yang perlu diambil. Bukan menunggu kita sakit, tua baru mahu berubah. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba kecuali mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya..Al quran telah terkandung bermacam-macam peringatan, kenapa kita masih tidak gerun dengan ANCAMAn-ANCAMAn ALLAH?

Saya yakin, ada dari kalangan pembaca yang tergolong dalam kalangan ini, kalau ada perasaan nak berubah, teruskan...dan cari hikmah kenapa perlu berubah. KEbahagiaan MILIK kita kalau kita berusaha mencarinya..DI SISI ALLAh-la yang paling diimpikan oleh setiap inSAN. Mengapa Tidak KITA?

Akhirul kalam, sama-samalah kita menggunakan peluang umur dan kudrat yang ALLAh bagi ini untuk mencari dan memburu LAILATUL QADAR..Post ini berhenti di sini dengan lontaran kalam, Andalah yang berjaya jika anda yang membuat tindakan segera!..


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Thursday, September 3, 2009

Mukhayam GAPSS(bahagian Akhir)

Menu pagi itu adalah cekodok...yang dibuat sejak semalam...

Hasil gabunagn resepi anak2 dara TAWAU...sapa la tu...

Yang pastinya , hari ini adalah masa untuk mengeksplorasikan diri di dalam hutan dalam aktiviti JUNGLE TREKKING...dengan bantuan RANGER GUIDE tempat tu sendiri.

Seronoknya hanya ALLAH saja yang tahu...bukan apa ini kali pertama sejak sekolah menengah tak masuk sungai...menyelam!

Pagi tu, ada sessi taklimat. Diberitahu, memang akan mengambil masa sejam setengah. satu perkara yang merisaukan, semua komiti nak ikut. Termasuk katering...itu saja yang menyebabkan perasaan keibuan ini terasa cuak. Yalah kalau semua pegi sapa nak menyediakan makanan?? Perasaan pengarah pula mahu semua pergi, terpaksalah mengalah.

Hm...nak di jadikan cerita semua pegi jugak kecuali dua orang. Mujur ada Kak Tasya, dia sahabat PJ datang sebab terasa nak tengok wajah2 sabahan yang tak pulang kampung ni..
Syukran banyak...terharu dengan kesudian akak...tolong kami.

Seorang lagi, akh Firdaus. Dia Demam. stay dalam bilik komiti.

Dalam perjalanan , kami mengharungi lurah2 curam dan terpaksa melintasi anak2 sungai. Basah paras lutut. Bagi siapa yang guna sandal memang tak dapat bertahan, kena tanggal juga sandal tu sebelum seberang. Takut putus.

Satu kenangan, bila melihat satu perkara yang boleh kita elakkan menjadi satu fitnah, kita kena lakukan.

Penulis berasa bersalah bila melihat, salah seorang sahabat yang memakai sandal dan stokin yang agak cerah. Jadi jalan yang ada adalah, bagi kasut sendiri.

Semua selesai, sandal sahabat tadi tak putus, kaki pun tertutup sedikit dari terdedah...Dari pihak penulis, oleh kerana penulis memakai stokin tebal berwarna hitam, tiada kesan negatif yang dihadapi.

Masuk hutan adalah satu hobi penulis ketika kecil-kecil dulu. Jadi tidak hairanlah kalau penulis berjalan sangat pantas ketika pergi dan balik dari air terjun itu. Cuma, mungkin oleh kerana tenaga yang berbaki selepas pulang dari aktiviti itu digunakan untuk membersihkan ayam untuk makanan tengah hari, penulis tidak dapat menyumbang dalam aktiviti memasak untuk tengah hari. Apa yang penulis boleh buat adalah mengecas diri dengan berehat di bilik.

Di bilik baru penulis sedar yang seluruh badan jadi kebas. Dan, terutama bahagian tulang belakang ni terasa bagai hendak patah. Mungkin penulis terlebih "racing" ketika perjalan pulang. Walau pernah menjadi pelari jarak jauh, tapi untuk disamakan dengan keadaan sumur di hutan dan trek padang tak mungkin sama.

Akhirnya, terpaksa menyusahkan Akh Badran dan Akh Hadi untuk menghantar semua komiti nilai pulang dengan kereta masing-masing. Penulis betul-betul serba salah, tapi kemampuan ketika itu mengatasi segala. SYUKUR pada ALLAH yang melapangkan hati2 mereka dan jutaan terima KAsih kepada mereka ni. Tapi dapat rambutan kan??hehe

Sempat singgah di kampus uia pj, pegi pasar malam pj...sempat dengar celoteh suhaimi , ex-classmate dulu...syukran perkongsian cerita hari tu.

Sampai saja di nilai, jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih...kalau tidak salah, sebab penulis mamai. Maka berakhirlah satu kenangan yang penuh warna-warni ukhuwah kalau dinilai semula. Sampaikan hari ini, kalau diberi peluang penulis masih mahu bersama semua yang jadi komiti, dan peserta buat mukhayam sekali lagi!







Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Sunday, August 30, 2009

Bengkel sudah berlaku...

Setelah berlalu hari semalam saya merasakan bebanan yang tertinggung di bahu selama ini terbang begitu saja.

Nafas lega dah boleh dihembus...Alhamdulillah..

Walau pada mulanya, kedatangan peserta semalam menakutkan saya. sebab, jumlah yang akan datang sessi pagi yang saya tahu ada dalam lingkungan 40 lebih orang muslimat dan muslimin dalam ...kira-kira..ala tak tanya pulak kat FAIZ.tapi hampir pukul 9 pagi muslimah yang datang sekerat-sekerat. Penceramah , Pak Ya(baru tahu panggilan ni semalam) dan En. Nasri sudah tiba dengan penuh semangat tulus untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada.

Allah suka uji hamba-Nya..

Dalam kalut-kalut berfikir macam mana hendak memanggil sahabat-sahabat yang masih di mahallah..saya pula teringat pada mikrofon yang baru ada sebiji. Pihak yang sepatutnya kata akan hantar pada masa sebelum program. Tidak sempat berfikir banyak. terus melupakan hal tersebut dan berharap pada Syahir Safwan untuk menyelesaikan masalah itu. Sengaja. Sebab, fikiran ketika itu, tertumpu pada booth yang akan dibuka dan tengah sibuk menghantar mesej kepada semua peserta yang belum datang.Lenguh jemari tangan ini. Apa pun, selepas melihat kelibat abang yang urus mikrifon, hati saya lega sekali lagi. Alhamdulillah...sebab saya tahu masalah itu akan selesai selepas itu.

Allah Suka UJi hambaNya..

Selepas menyuruh Mahfuzah membuat pengumuman sekali lagi di mahallah, Saya bertanya dengan koordinator program, Malik, suruh dia teruskan program walau peserta tidak begitu ramai. Program yang sepatutnya bermula pada 8.30 tergendala..sampai sekitar pukul 9.00pg.Akhirnya , dapat di mulakan juga, terima kasih pada pengerusi majlis, yang saya sempat lihat...HAdi sebagai gimiknya, dan diteruskan dengan Firdaus. Gandingan yang selalu padan, itulah gelaran untuk mereka berdua ni. Kami sekelas CCT. Itulah kesimpulan yang ana boleh buat untuk mereka.Titik.

"Ya Allah, permudahkan segala-galanya hari ini, kalau itu(musibah) adalah ujian bagiku, campakkanlah perasaan berlapang dada dalam semua peserta dan penceramah ynag datang hari ini, biarlah mereka berasa adanya nilai bengkel ini walau banyak masalah...kesempurnaan bukan milik manusia...jadi biarlah keberkatan program dalam bulan Ramadhan ini terbias dalam hati-hati mereka".

Mencari keberkatan sesuatu itu sangatlah susah, kalau tiada perasaan sanggup mengorbankan sesuatu yang setanding dengan apa yang kita mahukan. Contoh,Jika kita memang mahukan program kita dapat berkat jaga sumber kewangan. Jangan guna duit curi. semua maklumkan?=) Kalau perlu duit sangat...kita ada banyak cara untuk dapatkan selain mencuri. dalam maksud kata2 ni..

Akhirnya , semalam terbukti, bila kita bersemangat untuk buat satu perkara, dan kita cuba buat walau ianya nampak mustahil, perkara itu tetap boleh berlaku. Apa yang saya mahu dalam program ini adalah satu perkongsian ilmu penulisan. Dan harapan saya, jiwa-jiwa yang datang adalah mereka yang betul-betul mahu menerima perkongsian Ilmu ini. Alhamdulillah, perkara itu hampir mencapai sasaran.

Iftor juga salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah. Beralasankan bengkel ini, kami melanjutkan program sampai iftor. Alhamdulillah, makanan sedap. Rugi bagi sesiapa yang tidak hadir.=)..Bagi yang betul2 tidak dapat menghadirkan diri, semoga kalian berlapang dada untuk menginfakkan duit RM5 kalian kerana, makanan yang ditempah adalah mengikut jumlah yang membayar.


Ucapan buat semua komiti yang terlibat. TERIMA KASIH kepada semua kerana menyerahkan tenaga tanpa rungutan. MINTA maaf jika pengurusan program ini tidak begitu sistematik. Tapi, komitmen yang kalian berikan sudah cukup untuk menyumbang ke arah berjayanya program ini brlangsung. SYUKRAN MARROTAN thaniah!

Sebagai penutup..saya selaku setiausaha program,,,memohon maaf jika kata-kata yang tercoret dalam blog ini kurang sesuai dan menyinggung mana-mana pihak. Juga jika ada kesalahan fakta di mana-mana tolong perbetulkan secepat mungkin melalui ruangan komen. Insan yang dhaif boleh diubati dengan peringatan dan bimbingan.=)

SAYANG SEMUA KERANA ALLAH..

Sebelum terlupa, ucapan terima kasih buat PAK YA ( saya gelar beliau SIFU juga) dan En. Nasri...semoga perkongsian ini menjadi amal jariah.Jazakallhuma khairan!

JOM meneruskan tradisi ULAMA' dalam menyampaikan ILMU& DAkWAh melalui PENULISAN!

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...