Monday, September 21, 2009

Tazkirah Hari Raya...

Takbir kedengaran begitu syahdu di telinga ku..
Apalah yang sedang dibuat oleh ahli keluarga dan kerabatku di rumah...??
Alhamdulillah..pagi tadi..kredit telah digunakan untuk menghubungi mereka..dan sehingga kini tinggal dua adikku yang belum bercakap dengan ku..kamal , siti dan amanina..eh tiga orang..

Hem..tidak mengapa..diiriku tidak perlu bersusah payah dengan kesedihan begini..sahabat kita di Palestin lagi sengsara. Baru tadi diriku dikejutkan dengan bunyi mercun yang sangat kuat. Geram pula..yalah..kalaulah tengah solat, bukankah bunyi itu mengganggu??sangat mengganggu sebenarnya...

Sebenarnya adakah dengan membunyikan mercun kita tanda kita gembira??di aidilfitri..secara peribadi diri ini merasakan kalau kita jadi orang Palestin..sebenarnya kita mengalami situasi yang berbeza dengan mereka..kalau mereka mendengar bunyi dentuman mereka akn jadi cemas dan mencari tempat yang boleh menyelamatkan diri mereka..malah rumah mereka sebenarnya juga kurang selamat sebagai tempat berlindung. Rumah kalau terkena sasaran bom..HANCUR. Tapi kita..Bunyi itu membuatkan kita seronok..kenapa ya??Dapat bayangkan tak??Takut-takut kita bermain mercun ni mewakili warga yahudi yang mahu kita juga merasakan nikmat menghancurkan umat ISLAM..dengan bom-bom yang mereka ada.


Sejuta kemaafan , diri ku terlalu banyak berfikir sebab..tak berani nak berhenti dari berfikir...Nanti Allah MARAH..lepas tu..Mungkin nak lepas geram juga..sebab, selalu mengalami kejutan akibat bunyi itu. Sakit jantung ni tak lama..

Entah mesej hati ini sampai atau tidak dengan pembaca..jadi harap2..sama-samalah kita menasihati adik-adik kita, kawan-kawan kita dan sesiapa sahaja supaya tidak bermain mercun..selain ia membahayakan..ia simbolik pada bunyi bom di Palestin..terpulanglah pada kalian..menilainya..

K, SALAM LEBARAN BUAT SEMUA YANG ADA..Yang membuka Blog hijau ini^_^...Siapa pun kita sambutlah lebaran dengan hati yang merendah diri pada ALLAH tanda kita berkabung pada pemergian BULAN RAMADHAN dan...menyambut Raya dengan kesyukuran..bukan mencari keseronokan dengan bermewah-mewah dan memenuhkan perut semata-mata selepas berlapar dalam bulan RAMADHAN..

Ziarah menziarahi sudah pasti agenda utama mengeratkan silaturrahim..bila lagi nak jumpa sanak saudara...

Bermaafan..jadikan tradisi k..jangan raya jak lah..
Baiklah..

Sebelum habis nak ucapkan kata-kata dalam bahasa ibunda ..

"Isai2 nopo ketutun doho..mekimaap ako idsan haro kesala an mantad d keilo tokou di seira-seira nopo..om selamat hari raya ne kio..Logot-logoton mei walai tulun..kada ne ogumu teikanan hilo..."

salam perjuangan..wslm..
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...