Pada hari sabtu bersamaan 11 september..penulis dan sahabat Sabahnya Afiza keluar dari perkarangan KAMPUS UIA NILAI.
Maka bermulalah Ekspedisi yang telah dirancang sejak awal-awal lagi.
Sebelum pergi, penulis baru siapkan satu assigment yang berharga 12 markah. Kami keluar ketika beburung terbang pulang ke sarang. Hampir senja. Kenapa lambat...entahlah kenapa.
Sempat melihat asrama di sembur racun nyamuk..Berkepul-kepul kabusnya.
Tapi, biarlahkan...
salah satu fakta yang penting petang tu kami berbuka di KTM..sedangkan tidak boleh bawa makanan kan?minum air sajalah..
Malam itu, kami tumpang tidur di bilik kak Umai. Syukran kak!^_^
akibat terlalu penat meredah hujan lagi tak sedar tertidur..
Keesokan harinya ada pertemuan ukhuwah dengan anak-anak Borneo. Kami bertolak ke Melaka petang tu jugak. sebelum tu, kami di ambil/ dijemput oleh Pak Cik Malik, dan Isterinya.
sempat singgah Tampin, berbuka di sana dan baru ke Bukit Beruang, rumah keluarga suami kakak Afiza. Agak penat jugak. sebaik saja sampai. Kami 'syahid' selepas membersihkan diri masing-masing.
tiada keja..len..
3 hari di sana, tambah sehari lagi jadi 4 hari. Pagi Rabu kami sudah dihantar ke Stesen Sentral Melaka. Ada satu emmori yang menggamit penulis melihat tempat itu.
Destinasi seterusnya ialah...Negeri Sembilan..sebenarnya, kami telah menerima satu jemputan ke rumah seorang sahabat. Sahabat itu tinggal di Bahau, Negeri Sembilan. Sungguh penulis merasakan jalan untuk ke tempat itu hampir sama dengan jalan Keningau - Kota Kinabalu, jalan Tambunan. Liku-liku yang banyak, pepohon hutan yang nan indah. Masya Allah, nasib baik penulis cepat-cepat menyedarkan diri bahawa itu bukan Sabah.
Setiba di Pekan Bahau...
Penulis terus mencari rest room. Jauh jugak perjalanan kali ini.
Sahabat penulis datang selepas beberapa ketika. Alhamdulillah...
sepanjang di rumah Sahabat ini, dia menunjukkan satu teladan dan memang itu yang penulis cari sebenarnya. Muamalat sebenar dengan orang tua dan kemahiran yang perlu ada dengan seorang muslimah sejati. Dalam diam, sahabat ini jadi salah satu model contoh untuk penulis.
Sehari begitu cepat berlalu. Kami meninggalkan bumi Bahau dengan iringan lambaian Ibu Sahabat tadi dan dirinya sendiri. Dalam hati kecil berbisik.."Mudah-mudahan ini bukan kali terakhir menjejakkan kaki ke sini.. amiin.."
Apa yang best..semua makanan di rumah mereka sedap...Syukran atas layanan..=)
Kembali ke Kuala Lumpur..Selepas menghadapi beberapa ujian dari stesen PUDU ke UM...Afiza di tinggalkan dengan Kak Syimah kerana penulis ada kerja di UIAM Gombak. Di sana , Rusni sedang menunggu dijemput..he3.
Bukan itu tujuan penulis sebenarnya, yang betul..nak ambil laptop. Rindu sangat padanya!
Maka..xpdc ni baru sekerat jalan..belum ke rumah anak-anak Borneo lagi...maka adalah lebih sesuai namanya XPDC di Ambang Raya.
Kepada insan-insan yang menbiayai perjalanan ini..syukran banyak-banyak..sayang kalian, walaupun kalian tiada di sisi semasa raya nanti, tapi penulis tetap merasakan Curahan Kasih Sayang kalian. Penulis tidak sampai hati untuk bersedih-sedihan, takut kalian lebih sedih dari penulis.
Jadi penulis di akhir ini ingin mengucapkan Salam Cinta Sayang..untuk Semua anggota Keluarga Rupilen khasnya, dan semua warga Kampung JOhan Jaya..Dan tidak lupa buat warga Sabah amnya...Mohon Ampun segala Salah Anakanda, adik/kakak , anak mudi , anak jati ini..
'Cup2..
jangan sedih-sedih bah..pulang juga saya ni..5hb..kalau ada dalam perancangan Allah..saya sampai menjejakkan kaki ke bumi Sabah tanah Bawah Bayu ...jumpa juga kita tu K..'
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment