Menu pagi itu adalah cekodok...yang dibuat sejak semalam...
Hasil gabunagn resepi anak2 dara TAWAU...sapa la tu...
Yang pastinya , hari ini adalah masa untuk mengeksplorasikan diri di dalam hutan dalam aktiviti JUNGLE TREKKING...dengan bantuan RANGER GUIDE tempat tu sendiri.
Seronoknya hanya ALLAH saja yang tahu...bukan apa ini kali pertama sejak sekolah menengah tak masuk sungai...menyelam!
Pagi tu, ada sessi taklimat. Diberitahu, memang akan mengambil masa sejam setengah. satu perkara yang merisaukan, semua komiti nak ikut. Termasuk katering...itu saja yang menyebabkan perasaan keibuan ini terasa cuak. Yalah kalau semua pegi sapa nak menyediakan makanan?? Perasaan pengarah pula mahu semua pergi, terpaksalah mengalah.
Hm...nak di jadikan cerita semua pegi jugak kecuali dua orang. Mujur ada Kak Tasya, dia sahabat PJ datang sebab terasa nak tengok wajah2 sabahan yang tak pulang kampung ni..
Syukran banyak...terharu dengan kesudian akak...tolong kami.
Seorang lagi, akh Firdaus. Dia Demam. stay dalam bilik komiti.
Dalam perjalanan , kami mengharungi lurah2 curam dan terpaksa melintasi anak2 sungai. Basah paras lutut. Bagi siapa yang guna sandal memang tak dapat bertahan, kena tanggal juga sandal tu sebelum seberang. Takut putus.
Satu kenangan, bila melihat satu perkara yang boleh kita elakkan menjadi satu fitnah, kita kena lakukan.
Penulis berasa bersalah bila melihat, salah seorang sahabat yang memakai sandal dan stokin yang agak cerah. Jadi jalan yang ada adalah, bagi kasut sendiri.
Semua selesai, sandal sahabat tadi tak putus, kaki pun tertutup sedikit dari terdedah...Dari pihak penulis, oleh kerana penulis memakai stokin tebal berwarna hitam, tiada kesan negatif yang dihadapi.
Masuk hutan adalah satu hobi penulis ketika kecil-kecil dulu. Jadi tidak hairanlah kalau penulis berjalan sangat pantas ketika pergi dan balik dari air terjun itu. Cuma, mungkin oleh kerana tenaga yang berbaki selepas pulang dari aktiviti itu digunakan untuk membersihkan ayam untuk makanan tengah hari, penulis tidak dapat menyumbang dalam aktiviti memasak untuk tengah hari. Apa yang penulis boleh buat adalah mengecas diri dengan berehat di bilik.
Di bilik baru penulis sedar yang seluruh badan jadi kebas. Dan, terutama bahagian tulang belakang ni terasa bagai hendak patah. Mungkin penulis terlebih "racing" ketika perjalan pulang. Walau pernah menjadi pelari jarak jauh, tapi untuk disamakan dengan keadaan sumur di hutan dan trek padang tak mungkin sama.
Akhirnya, terpaksa menyusahkan Akh Badran dan Akh Hadi untuk menghantar semua komiti nilai pulang dengan kereta masing-masing. Penulis betul-betul serba salah, tapi kemampuan ketika itu mengatasi segala. SYUKUR pada ALLAH yang melapangkan hati2 mereka dan jutaan terima KAsih kepada mereka ni. Tapi dapat rambutan kan??hehe
Sempat singgah di kampus uia pj, pegi pasar malam pj...sempat dengar celoteh suhaimi , ex-classmate dulu...syukran perkongsian cerita hari tu.
Sampai saja di nilai, jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih...kalau tidak salah, sebab penulis mamai. Maka berakhirlah satu kenangan yang penuh warna-warni ukhuwah kalau dinilai semula. Sampaikan hari ini, kalau diberi peluang penulis masih mahu bersama semua yang jadi komiti, dan peserta buat mukhayam sekali lagi!
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
1 comment:
Salamunalaik...
zimah, thanks banyak2...
rasa bersalah ngan nti...=(
Post a Comment