Setelah berlalu hari semalam saya merasakan bebanan yang tertinggung di bahu selama ini terbang begitu saja.
Nafas lega dah boleh dihembus...Alhamdulillah..
Walau pada mulanya, kedatangan peserta semalam menakutkan saya. sebab, jumlah yang akan datang sessi pagi yang saya tahu ada dalam lingkungan 40 lebih orang muslimat dan muslimin dalam ...kira-kira..ala tak tanya pulak kat FAIZ.tapi hampir pukul 9 pagi muslimah yang datang sekerat-sekerat. Penceramah , Pak Ya(baru tahu panggilan ni semalam) dan En. Nasri sudah tiba dengan penuh semangat tulus untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada.
Allah suka uji hamba-Nya..
Dalam kalut-kalut berfikir macam mana hendak memanggil sahabat-sahabat yang masih di mahallah..saya pula teringat pada mikrofon yang baru ada sebiji. Pihak yang sepatutnya kata akan hantar pada masa sebelum program. Tidak sempat berfikir banyak. terus melupakan hal tersebut dan berharap pada Syahir Safwan untuk menyelesaikan masalah itu. Sengaja. Sebab, fikiran ketika itu, tertumpu pada booth yang akan dibuka dan tengah sibuk menghantar mesej kepada semua peserta yang belum datang.Lenguh jemari tangan ini. Apa pun, selepas melihat kelibat abang yang urus mikrifon, hati saya lega sekali lagi. Alhamdulillah...sebab saya tahu masalah itu akan selesai selepas itu.
Allah Suka UJi hambaNya..
Selepas menyuruh Mahfuzah membuat pengumuman sekali lagi di mahallah, Saya bertanya dengan koordinator program, Malik, suruh dia teruskan program walau peserta tidak begitu ramai. Program yang sepatutnya bermula pada 8.30 tergendala..sampai sekitar pukul 9.00pg.Akhirnya , dapat di mulakan juga, terima kasih pada pengerusi majlis, yang saya sempat lihat...HAdi sebagai gimiknya, dan diteruskan dengan Firdaus. Gandingan yang selalu padan, itulah gelaran untuk mereka berdua ni. Kami sekelas CCT. Itulah kesimpulan yang ana boleh buat untuk mereka.Titik.
"Ya Allah, permudahkan segala-galanya hari ini, kalau itu(musibah) adalah ujian bagiku, campakkanlah perasaan berlapang dada dalam semua peserta dan penceramah ynag datang hari ini, biarlah mereka berasa adanya nilai bengkel ini walau banyak masalah...kesempurnaan bukan milik manusia...jadi biarlah keberkatan program dalam bulan Ramadhan ini terbias dalam hati-hati mereka".
Mencari keberkatan sesuatu itu sangatlah susah, kalau tiada perasaan sanggup mengorbankan sesuatu yang setanding dengan apa yang kita mahukan. Contoh,Jika kita memang mahukan program kita dapat berkat jaga sumber kewangan. Jangan guna duit curi. semua maklumkan?=) Kalau perlu duit sangat...kita ada banyak cara untuk dapatkan selain mencuri. dalam maksud kata2 ni..
Akhirnya , semalam terbukti, bila kita bersemangat untuk buat satu perkara, dan kita cuba buat walau ianya nampak mustahil, perkara itu tetap boleh berlaku. Apa yang saya mahu dalam program ini adalah satu perkongsian ilmu penulisan. Dan harapan saya, jiwa-jiwa yang datang adalah mereka yang betul-betul mahu menerima perkongsian Ilmu ini. Alhamdulillah, perkara itu hampir mencapai sasaran.
Iftor juga salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah. Beralasankan bengkel ini, kami melanjutkan program sampai iftor. Alhamdulillah, makanan sedap. Rugi bagi sesiapa yang tidak hadir.=)..Bagi yang betul2 tidak dapat menghadirkan diri, semoga kalian berlapang dada untuk menginfakkan duit RM5 kalian kerana, makanan yang ditempah adalah mengikut jumlah yang membayar.
Ucapan buat semua komiti yang terlibat. TERIMA KASIH kepada semua kerana menyerahkan tenaga tanpa rungutan. MINTA maaf jika pengurusan program ini tidak begitu sistematik. Tapi, komitmen yang kalian berikan sudah cukup untuk menyumbang ke arah berjayanya program ini brlangsung. SYUKRAN MARROTAN thaniah!
Sebagai penutup..saya selaku setiausaha program,,,memohon maaf jika kata-kata yang tercoret dalam blog ini kurang sesuai dan menyinggung mana-mana pihak. Juga jika ada kesalahan fakta di mana-mana tolong perbetulkan secepat mungkin melalui ruangan komen. Insan yang dhaif boleh diubati dengan peringatan dan bimbingan.=)
SAYANG SEMUA KERANA ALLAH..
Sebelum terlupa, ucapan terima kasih buat PAK YA ( saya gelar beliau SIFU juga) dan En. Nasri...semoga perkongsian ini menjadi amal jariah.Jazakallhuma khairan!
JOM meneruskan tradisi ULAMA' dalam menyampaikan ILMU& DAkWAh melalui PENULISAN!
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
1 comment:
Tahniah, Azimah atas penganjuran bengkel semalam.. Sangat bemanfaat.. Sangat memberi makna.
Maaf atas segalanya..
Post a Comment