Wednesday, February 13, 2013

Kopi Radix ..Mai Secawan!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Kopi Radix





















Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita

Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi

Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga

Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

HPA Satu Perjuangan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Tahun 2009 lepas, saya menjelajah website2 yang islamik mengenai produk2 muslim. Ketika itu saya jatuh hati dengan web DuniaherbaHPA..memang satu yang menarik dan mengujakan..

Paling best, boleh pula daftar ahli seumur hidup via online...bayar rm30 je..klu via maybank mmg mudah. hanya dengan beberapa klik.

Saya menghayati produk demi produk melalui artikelnya..sementara sentiasa dapat update info dari centre ,satu hari sy teringin untuk ke PBC yakni perkongsian bijak, bernilai rm180. sy agak kecewa kerana masa tu duit sebanyak rm180 tidak ada dalam tangan. dan peluang demi peluang berjalan begitu saja...

Alhamdulillah, saya tidak putus asa. Sb saya YAKIN perusahaan HPA ini akan kekal sampai bila-bila in shaa ALLAH, dan pasti saya akan dapat menghadiri PBC yang seterusnya..

Sehingga kini, 2013 selepas 4 tahun menjadi pengedar bertauliah, saya berjaya menghadiri PBC G2 , iaitu antara program terawal gelombang kedua HPA.

Syukur hamdalillah..

kenapa PBC sangat penting bagi saya?Sebab saya dapat menjadi sebahagian dari insan yang berjuang dalam memartabatkan produk halal dan rawatan sunnah, iaitu bekam terutamanya. Herba adalah bahan alami yang sangat serasi dengan saya..jadi tiada alasan untuk berdalih-dalih..=)

Di Program ini kita lebih faham akan hala tuju dan lebih kenal akan HPA itu secara holistik..

Memikirkan keperluan umat ISLAM dari sudut Ekonomi yang Stabil, Pemakanan yang terjamin halal dan thoiyyiban, juga mengelakkan penggunaan barang-barang yang syubhah selain pemakanan dan minuman, saya dengan rela hati menggabungkan diri dengan usaha ini.

Saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin mengenali HPA ini untuk berinteraksi dengan saya di FB :

https://www.facebook.com/ummusaifah

Sesungguhnya, ISLAM itu Syumul. Kita bergerak untuk memajukan ekonomi demi kepentingan UMAT bukan untuk memenuhi poket sendiri. Di HPA kami sentiasa diingatkan dengan sirah Rasulullah, Akhlak baginda, sifat2 baginda dan Jihad baginda..juga para sahabatnya..

Sehingga perawatan yang disediakan juga berunsurkan ALAMIAH dan ILAHIAH..Alhamdulillah..moga istiqamah dalam perjuangan ini..


Thursday, February 7, 2013

Reading Is Reading..^^,

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


30 januari 2013
Perjalanan bermula dengan restu ayah bonda.
-          Perlu jalan awal kerana ada perkara yang masih belum disetelkan.
-          Bajet bermasalah kerana target bajet tidak mencukupi.
-          Dibelanja oleh Kak Alwani , dapat merasakan hembusan semangat darinya walau tak cukup bajet perlu teruskan juga.
-          Malam itu, tidur di Surau Lukapon, sendirian kerana MakCik yang sepatutnya teman perlu tidur dengan anak-anak lelakinya.
-          Mujur lampu yang selalu terpadam tiba-tiba itu tidak terpadam sehingga pagi.
31 Januari 2013
-          Turun pekan Ranau, dengan misi membeli barang modul.
-          Dengan bantuan Eno, semua barang modul Berjaya dibeli kerana dia lebih tahu kedudukan kedai menjual barang-barang yang diperlukan.
-          Mazlan menyiapkan Tanda Nama sejak semalam sehingga hari ini. Namun ada beberapa nama yang terlepas pandang.
-          Amirah dan Safeza datang dari Kota Kinabalu dengan bas mini.
-          Azmina memberitahu akan datang esok kerana tiada kereta.
-          Meatul memberitahu family tidak bagi jalan. Mungkin kerana keselamatan. Dari Sandakan, memang jauh.
-          Mencari kedai cenderahati, kedai potokopi. Hari ini berjalan banyak. Semakin faham nilai kerjasama dan kerja ramai.
-          Tepat pukul 4.30 pm kami berkumpul untuk naik bas, satu kereta on the way ke Ranau, dinaiki driver sendiri, Jubair dan dua lagi peserta.
-          Perasmian bermula pada 5.30pm. Alhamdulillah..Selepas perasmian, Jubair dan geng sampai.
-          Malam itu, tazkirah maghrib, selepas itu solat Isha, dan ada pembahagian kumpulan untuk kanak-kanak.
1 Februari 2013
-          Bermula dengan tazkirah Subuh.
-          Pagi itu tidak bias kemana-mana , hujan turun lebat. Kawan-kawan lain yang muslimin dah jalan ke kebun, mandi hujan. Diceritakan mereka ke kebun buah. Mendaki bukit Dusun Manggis. Memungut durian. Baguslah.
-          Aktiviti Praktikal Solat dan Wudhuk ditunda, ganti briefing Fasi pukul 11am.
-          Solat Jumaat.
-          Slot bersama kanak-kanak bermula.
-          Modul 1: mengesan tahap pembacaan, RUMI dan JAWI. Diikuti Klinik Alfatihah.
-          Modul 2: Speling Bees
-          Treasure Hunt(selepas asar)
-          Petang itu menanti kedatangan peserta seterusnya. Hari ini hanya sebelas orang yang bias dating. Azmina dan Zaheida terpaksa batalkan penyertaan.
-          Kedatangan Eno, Fadhly, Shahrizan, K.Alwani, Qulul, Ira, Salhatipah, kecik,zaibah, dan 3 yang lain tak ingat nama..soori..=)
-          Maghrib tetap ada Tazkirah, ada pertandingan membaca kanak-kanak…
-          Postmortem semua, masalah perhubungan , line kureng sket..lambat mula jadinya..
-          Masalah yang perlu diperbaiki, fasi perlu alert untuk bagitau objektif game pada adik-adik.
-          Perancangan untuk esok, pembahagian tugasan secara ringkas.
-          Bersurai.
2 Februari 2013
-          Kemuncak, ada Berarak keliling kampong, memasak-masak di surau, gotong royong surau.
-          Tengah hari sampai petang , masa diberikan untuk latihan persembahan kepada semua keluarga.
-          Sukaneka yang sepatutnya petang ini ditunda ke esok.
-          Malam itu, persembahan mula lambat, makan ramai-ramai dulu..
-          Persembahan:…ada kepelbagaian persembahan, ada yang menyanyi, ada yang berlakon, keterlibatan wakil keluarga amat menggamatkan suasana.
-          Berakhirnya persembahan malam itu, disambung dengan postmortem.
-          Rupanya , banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi, ketua tidak berperanan, sebab xda lantikan persetujuan dari awal.perlu sangat-sangat take note.
-          Kerjasama perlu diperbaiki begitu juga disiplin masa,
-          Semua bersurai selepas pembahagian tugas yang baru. Untuk perasmian penutupan dan sukaneka.
3 Februari 2013
-          Sukaneka berjalan lancar, team memasak juga begitu. MC n team hadiah sibuk di dewan.
-          Kedatangan wakil YB , bermula perasmian.
-          Pesan perasmi, anak muda teruskan program begitu.
-          Berakhir dengan lambaian terakhir..di surau.
-          Sempat bergambar semua peserta.
-          Tiga kereta, satu bas, satu 4 wheel, satu Myvi milik Jubair, tiga2 ni yang bawa kami keluar kg. debut.

Sebenarnya, sedih mau ungkap dalam bentuk cerita. Biar ringkas begini..=’). Moga peserta kali ini yang kebanyakan dari Ranau boleh tolong tengok-tengok adik-adik di sana. Entah bila lagi dapat pegi sana selepas ini.
Jumlah dana menghampiri  RM700 lebih, dengan takdir Allah mencukupi juga..Cuma mini library kami tidak dapat beli kelengkapan selain mencadangkan program susulan selepas ini. Moga Allah Redha.


Tuesday, February 5, 2013

Valentine Yang Diredhai

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Epilog

Bunyi mesej bertajuk 'Winter Sonata' bergema memenuhi ruangan bilik tidurnya. 'Sapa pula yang mesej malam-malam ni..?'

Senyuman terukir bila melihat nama si pengirim...Bahagianya hati..untunglah~

Indah bait kata-katanya...mau terbuai membacanya..alahai buah hatiku..

***

Baktibelia

Betapa susahnya apabila kita terpaksa memikul tanggungjawab seorang ketua yang tidak dapat memainkan peranannya dalam sesuatu program kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Hampir setiap malam sepanjang program berlangsung Salwa rasa nak menangis, tapi imannya sentiasa memujuk. Semuanya adalah kehendak ALLAH. Ajaibnya, acapkali ada kesukaran , kemudahan tetap mengiringinya. Itulah tanda Allah tidak pernah membiarkan hambaNya terus menangis ...

Mujur penduduk kampung begitu rahmah dan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik. Setiap aktiviti ada saja cabarannya. Dalam pada itu Salwa menyedari ada insan yang sentiasa menyokong tindakannya walau tersilap. Namun, dia pasti akan menegurnya dalam sms supaya kesilapan itu tidak akan berulang lagi. Salwa berasa dihargai.

Ada satu kejadian yang sangat sukar untuk dilupakan iaitu ketika pengsan tiba-tiba dipadang kerana terlalu letih! Kejadian itu begitu menggemparkan dan semua komiti panik kerana ketuanya 'shut down'...Ketika itulah Harith mengambil peranan mengganti Salwa. Salwa hanya kembali terjaga dari pengsan selepas Isyak. Dia berasa sangat bersalah sehingga menangis dengan teruk sekali. Semua komiti muslimat yang tidak terlibat dengan aktiviti pertandingan malam itu datang menenangkannya.

Menurut mereka, Harith yang sedaya upaya untuk memastikan program yang sepatutnya berjalan dengan lancar. Hati Salwa terpujuk dan dia meminta izin untuk kembali berehat selepas menunaikan solat Isyak. Semasa berdoa dia menangis lagi, tapi kali ini dia bersama dengan Yang Maha Esa sahaja. Semua yang terbuku diluahkan. Dia tertidur didalam tangisan dan berlapikkan sejadah.

***

Kampus life

Biasalah semester bermula ni banyak perkara yang mesti disetelkan. Lega hati Baktibelia telah berlaku dengan baik, dan Salwa tahu itu semua atas keizinan ALLAH. Namun, ada sesuatu yang masih mengganggu hatiku. Harith. Ya nama insan ini telah mengganggu ketenangannya sejak dua menjak ini.

Mentang-mentang bulan Februari ini ada satu hari yang dinamakan Hari Kekasih oleh penganut Kristian, dia mengambil tarikh tersebut meluahkan sesuatu yang bagi Salwa bukan budaya seorang Muslim Sejati. Tapi, rasa terlalu terhutang budi padanya menghantui kerana keberjayaan program Baktibelia sebelum ini kebanyakannya adalah kerana Allah takdirkan dia sebagai penolong dan pendokong terkuat. Segala pengalamannya dicurahkan.

Tanpa angin dan Ribut, tiba-tiba Salwa dapat mesej ini pada 14Feb..

''Hati terusik melihat kau pergi membawa kenangan manis bersamamu, kalau ku rindu siapa yang akan menenangkan hati ini, benarlah bila hati dah jatuh, susah untuk sembuh..''

Dia sememangnya pening untuk berhadapan dengan insan yang bernama Adam jika masuk bab-bab hati dan jiwang ini. Dengan selambanya Salwa membalas..

"Maaf, saya tak faham."

 " Saya mahu memiliki hati Salwa'' Amboi, ringkasnya! Dan ayat itulah yang membuatkan Salwa berfikir dan tidak lagi membalas mesej tersebut. Dan Harith juga seolah memahami situasi Salwa. Dia tidak mendesak, malah turut hilang bersama kebisuan yang dicipta oleh Salwa.

Beberapa hari begitu, Salwa betul-betul terganggu. Dia meminta nasihat dari semua insan terdekatnya. Sememangnya dia juga ada menyedari sedikit demi sedikit ada secebis rasa yang pelik timbul selepas luahan Harith. Namun, akal tetap mahu memastikan ia bukan mainan emosi.

Muslimat berhati cair, mudah menyerahkan hati pada insan bernama lelaki. Tapi Salwa mahu mencari lelaki yang benar-benar menjadi imamnya, membetulkan kesilapannya, dan sentiasa menerima kekurangannya dengan hati yang lapang...dalam masa yang sama Harith ada ciri-ciri tersebut. Selepas mendapat nasihat dari pelbagai sumber. Dia memutuskan untuk mendiamkan diri dan menumpukan pada pelajaran. Salwa yakin, jika mereka berjodoh, takkan ke mana..

Kehidupan kampus pada semester akhir yang dipenuhi kesibukan kuliah dan assignmen menyebabkan Salwa tidak mampu memikirkan perkara itu, namun, istikharahnya tetap dilakukan setiap hari.

***
 14 Disember..

Bunyi mesej bertajuk 'Winter Sonata' bergema memenuhi ruangan bilik tidurnya. 'Sapa pula yang mesej malam-malam ni..?'

Senyuman terukir bila melihat nama si pengirim...Bahagianya hati..untunglah~

Indah bait kata-katanya...mau terbuai membacanya..alahai buah hatiku..

Salwa mengusap perutnya yang sudah menbesar. Dalam hatinya, berdoa moga si anak menjadi anak yang soleh sesoleh ayahnya. Insan yang sangat humble di matanya selama ini adalah insan yang begitu Cinta dan Taat kepada ALLAH dan RasulNya. Semua itu Salwa dapati selepas nikah.

Baginya, Hari Kekasih antara dia dan Harith adalah setiap hari dan itulah Valentine yang diredhai dan diberkati.

Saat indah ketika Harith datang membawa keluarganya ke rumah selepas sebulan majlis konvokesyen adalah saat yang tidak akan dilupakan. Kerana cara itu, sangat meruntun dan menawan hati Salwa dan orang tuanya. Cara paling sopan yang sememangnya diajar oleh Islam itulah yang menjamin rasa bahagia yang dikecapi sehingga kini!

-Tamat-








 



Thursday, January 24, 2013

Mengharap RedhaNya

Bismillahirrahmanirrahiim~
Kehidupan terus berjalan , insan terus berbafas. Selagi hidup wawasan dan visi hidup terus dikejar. Senyum..^^,

Positif jak pada setiap yang berlaku. Yah..mungkin terlalu banyak salah yang kita buat dalam menuju matlamat kita, tapi usah pening dengan karenah yang sukar menerima kesalahan kita. Selagi percaya pada diri dan sentiasa muhasabah. Terima kasih pada yang menegur. Di sebalik 'ketegasan' ada kasih sayang. Cewah...inilah hidup yang perlu diterima oleh penduduk bumi yang kata Allah adalah matlamat. Dalam memperbaiki kualiti, di sana ada nilai tambah yang pedih tapi bisa menaikkan kesedaran yang tidak berkesudahan, yang akan jadi sempadan tauladan sepanjang hayat, yang tidak perlu diulang kesilapan2 lalu.titik.

Lalu apa yang ada ? keazaman untuk terus melangkah, ditinggal masa usah berhenti, melainkan terus mengejar masa. Masa itu bisa berhenti, yang juga di garisan penamat pertama. Yang bisa memberikan satu impak teragung dalam diri. Yang abadi. Sekali tersalah arah, berundur sudah tidak kelihatan jalannya. Tinggallah hidup seperti itu, TIADA PELUANG KEDUA BAGIMU!

Sayangnya ALLAH pada kita, setiap musibah ada hikmahnya, terus belajar dan cekal. Itu saja kuncinya, daripada menjauh dari semua masalah. Tidak akan selesai walau sebutir. Terus dihantui sepanjang hidup. Buat dunia sempit semacam. Sedangkan rahmatNya luas melaut, malah melangit.

Kita akan terus meresapi semangat Nabi Junjungan, sampai terlaksana apa yang sepatutnya. Kesalahan-demi kesalahan mengajar hidup lebih berhati-hati, tahap keimanan perlu ditambah lagi. Hak insan lain jangan sesekali dilanggari. Maaf buat yang menjadi mangsa. Kerana diri bukan MAkSUm. Kesalahan ini sudah kuterima. Ibarat menerima hempapan Gunung Kinabalu ..sakit rasanya hampir dilenyek. Selepas sedari ia satu pelajaran, langkah terus perlu diteruskan , maka MAAF Sejuta kali daku tinggalkan..Moga terbuka hati menerima. Apapun, daku doakan hidup kita terus diberkati dengan mengikut segala ajaran KekasihNya, memaafkan insan keranaNya.

Tamat sudah nukilan ini, izinkan kaki ini terus kehadapan, tiada masa untuk termenung. Memikir nasib yang sudah ditakdirkan selain meraih takdir yang baru.wallahua'lam...

OTW ke destinasi seterusnya, hidup mati tiada ketahuan, biarlah permusafiran menjadi hiburan, mendidik hati yang berjuta khilaf.Moga Dia bersamaku selamanya..

Sunday, January 20, 2013

Suara Hati #1



 
Seminggu di rumah buat saya berfikir untuk mencari solusi supaya cinta dakwah ini tidak terlalu asing daripada perkara-perkara lain. Memang benar setiap daie begitu butuhkan ‘geng’ kalau saya boleh guna frasa ini. Ini bermakna perlu ada yang sama-sama menyokong tiap bait mahupun perbuatannya, yang mengiakan dakwahnya. Bukankah dakwah ini tentang upaya mempengaruhi orang?

Paling vital perlu buka minda dan berfikiran positif habis-habisan! Kalau mendapati ada sesuatu yang tidak selaras dengan perancangan dan bayangan wawasan minda..atau malah lebih jauh dari yang kita jangkakan, maka saat itu, apa yang penting, berhenti sejenak. Kenapa perlu berhenti?

Kita perlu melihat apa ketumbukan yang kita ada untuk atasi masalah tersebut. Kemampuan kita sudah setanding dengan masalah tadi atau belum? Maka, sebaiknya perbaiki ‘enjin diri’ kita terlebih dahulu. 

Amat-amat dianjurkan untuk sekat diri dari  menyalahkan orang lain sebelum melihat ‘enjin diri’ kita sendiri.
Akhirnya, kita dapati minyaknya perlu ditambah, atau perlu dibersihkan sebelum menempuh permasalahan tadi. Setakat ini dulu kalam kita kali ini. Namun , sebelum itu, siapa yang berpotensi untuk menjadi geng anda sebagai daie terutama dalam lingkungan anda??

Friday, January 4, 2013

GarisanMu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

 Berkali-kali cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha merentang didepan mata
Bertali arus langkah ku x terus
garisan ku rasakan halus x bisa ku tembus
pemisahnya cuma aku dan doa pada diriMu
Antara putus asa sia-sia @ terus mara menbara
Ya Rabbi Ya bantulah hambaMu
Ya Rabbi Ya luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya ku pinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku
Ya Rabbi Ya hanya kepadaMu
Ya Rabbi Ya tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya ku pinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku
Hidup dan matiku semua hanyalah untukMu
Allah Tuhanku yang Satu

Lagu/Lirik/Muzik: Hafiz Hamidun Full

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...