Tuesday, February 5, 2013

Valentine Yang Diredhai

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Epilog

Bunyi mesej bertajuk 'Winter Sonata' bergema memenuhi ruangan bilik tidurnya. 'Sapa pula yang mesej malam-malam ni..?'

Senyuman terukir bila melihat nama si pengirim...Bahagianya hati..untunglah~

Indah bait kata-katanya...mau terbuai membacanya..alahai buah hatiku..

***

Baktibelia

Betapa susahnya apabila kita terpaksa memikul tanggungjawab seorang ketua yang tidak dapat memainkan peranannya dalam sesuatu program kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Hampir setiap malam sepanjang program berlangsung Salwa rasa nak menangis, tapi imannya sentiasa memujuk. Semuanya adalah kehendak ALLAH. Ajaibnya, acapkali ada kesukaran , kemudahan tetap mengiringinya. Itulah tanda Allah tidak pernah membiarkan hambaNya terus menangis ...

Mujur penduduk kampung begitu rahmah dan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik. Setiap aktiviti ada saja cabarannya. Dalam pada itu Salwa menyedari ada insan yang sentiasa menyokong tindakannya walau tersilap. Namun, dia pasti akan menegurnya dalam sms supaya kesilapan itu tidak akan berulang lagi. Salwa berasa dihargai.

Ada satu kejadian yang sangat sukar untuk dilupakan iaitu ketika pengsan tiba-tiba dipadang kerana terlalu letih! Kejadian itu begitu menggemparkan dan semua komiti panik kerana ketuanya 'shut down'...Ketika itulah Harith mengambil peranan mengganti Salwa. Salwa hanya kembali terjaga dari pengsan selepas Isyak. Dia berasa sangat bersalah sehingga menangis dengan teruk sekali. Semua komiti muslimat yang tidak terlibat dengan aktiviti pertandingan malam itu datang menenangkannya.

Menurut mereka, Harith yang sedaya upaya untuk memastikan program yang sepatutnya berjalan dengan lancar. Hati Salwa terpujuk dan dia meminta izin untuk kembali berehat selepas menunaikan solat Isyak. Semasa berdoa dia menangis lagi, tapi kali ini dia bersama dengan Yang Maha Esa sahaja. Semua yang terbuku diluahkan. Dia tertidur didalam tangisan dan berlapikkan sejadah.

***

Kampus life

Biasalah semester bermula ni banyak perkara yang mesti disetelkan. Lega hati Baktibelia telah berlaku dengan baik, dan Salwa tahu itu semua atas keizinan ALLAH. Namun, ada sesuatu yang masih mengganggu hatiku. Harith. Ya nama insan ini telah mengganggu ketenangannya sejak dua menjak ini.

Mentang-mentang bulan Februari ini ada satu hari yang dinamakan Hari Kekasih oleh penganut Kristian, dia mengambil tarikh tersebut meluahkan sesuatu yang bagi Salwa bukan budaya seorang Muslim Sejati. Tapi, rasa terlalu terhutang budi padanya menghantui kerana keberjayaan program Baktibelia sebelum ini kebanyakannya adalah kerana Allah takdirkan dia sebagai penolong dan pendokong terkuat. Segala pengalamannya dicurahkan.

Tanpa angin dan Ribut, tiba-tiba Salwa dapat mesej ini pada 14Feb..

''Hati terusik melihat kau pergi membawa kenangan manis bersamamu, kalau ku rindu siapa yang akan menenangkan hati ini, benarlah bila hati dah jatuh, susah untuk sembuh..''

Dia sememangnya pening untuk berhadapan dengan insan yang bernama Adam jika masuk bab-bab hati dan jiwang ini. Dengan selambanya Salwa membalas..

"Maaf, saya tak faham."

 " Saya mahu memiliki hati Salwa'' Amboi, ringkasnya! Dan ayat itulah yang membuatkan Salwa berfikir dan tidak lagi membalas mesej tersebut. Dan Harith juga seolah memahami situasi Salwa. Dia tidak mendesak, malah turut hilang bersama kebisuan yang dicipta oleh Salwa.

Beberapa hari begitu, Salwa betul-betul terganggu. Dia meminta nasihat dari semua insan terdekatnya. Sememangnya dia juga ada menyedari sedikit demi sedikit ada secebis rasa yang pelik timbul selepas luahan Harith. Namun, akal tetap mahu memastikan ia bukan mainan emosi.

Muslimat berhati cair, mudah menyerahkan hati pada insan bernama lelaki. Tapi Salwa mahu mencari lelaki yang benar-benar menjadi imamnya, membetulkan kesilapannya, dan sentiasa menerima kekurangannya dengan hati yang lapang...dalam masa yang sama Harith ada ciri-ciri tersebut. Selepas mendapat nasihat dari pelbagai sumber. Dia memutuskan untuk mendiamkan diri dan menumpukan pada pelajaran. Salwa yakin, jika mereka berjodoh, takkan ke mana..

Kehidupan kampus pada semester akhir yang dipenuhi kesibukan kuliah dan assignmen menyebabkan Salwa tidak mampu memikirkan perkara itu, namun, istikharahnya tetap dilakukan setiap hari.

***
 14 Disember..

Bunyi mesej bertajuk 'Winter Sonata' bergema memenuhi ruangan bilik tidurnya. 'Sapa pula yang mesej malam-malam ni..?'

Senyuman terukir bila melihat nama si pengirim...Bahagianya hati..untunglah~

Indah bait kata-katanya...mau terbuai membacanya..alahai buah hatiku..

Salwa mengusap perutnya yang sudah menbesar. Dalam hatinya, berdoa moga si anak menjadi anak yang soleh sesoleh ayahnya. Insan yang sangat humble di matanya selama ini adalah insan yang begitu Cinta dan Taat kepada ALLAH dan RasulNya. Semua itu Salwa dapati selepas nikah.

Baginya, Hari Kekasih antara dia dan Harith adalah setiap hari dan itulah Valentine yang diredhai dan diberkati.

Saat indah ketika Harith datang membawa keluarganya ke rumah selepas sebulan majlis konvokesyen adalah saat yang tidak akan dilupakan. Kerana cara itu, sangat meruntun dan menawan hati Salwa dan orang tuanya. Cara paling sopan yang sememangnya diajar oleh Islam itulah yang menjamin rasa bahagia yang dikecapi sehingga kini!

-Tamat-








 



No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...