30 januari 2013
Perjalanan bermula dengan restu ayah bonda.
-
Perlu jalan awal kerana ada
perkara yang masih belum disetelkan.
-
Bajet bermasalah kerana
target bajet tidak mencukupi.
-
Dibelanja oleh Kak Alwani ,
dapat merasakan hembusan semangat darinya walau tak cukup bajet perlu teruskan
juga.
-
Malam itu, tidur di Surau Lukapon,
sendirian kerana MakCik yang sepatutnya teman perlu tidur dengan anak-anak
lelakinya.
-
Mujur lampu yang selalu
terpadam tiba-tiba itu tidak terpadam sehingga pagi.
31 Januari 2013
-
Turun pekan Ranau, dengan
misi membeli barang modul.
-
Dengan bantuan Eno, semua
barang modul Berjaya dibeli kerana dia lebih tahu kedudukan kedai menjual
barang-barang yang diperlukan.
-
Mazlan menyiapkan Tanda
Nama sejak semalam sehingga hari ini. Namun ada beberapa nama yang terlepas
pandang.
-
Amirah dan Safeza datang
dari Kota Kinabalu dengan bas mini.
-
Azmina memberitahu akan datang
esok kerana tiada kereta.
-
Meatul memberitahu family
tidak bagi jalan. Mungkin kerana keselamatan. Dari Sandakan, memang jauh.
-
Mencari kedai cenderahati,
kedai potokopi. Hari ini berjalan banyak. Semakin faham nilai kerjasama dan
kerja ramai.
-
Tepat pukul 4.30 pm kami
berkumpul untuk naik bas, satu kereta on the way ke Ranau, dinaiki driver
sendiri, Jubair dan dua lagi peserta.
-
Perasmian bermula pada
5.30pm. Alhamdulillah..Selepas perasmian, Jubair dan geng sampai.
-
Malam itu, tazkirah
maghrib, selepas itu solat Isha, dan ada pembahagian kumpulan untuk
kanak-kanak.
1 Februari 2013
-
Bermula dengan tazkirah
Subuh.
-
Pagi itu tidak bias kemana-mana
, hujan turun lebat. Kawan-kawan lain yang muslimin dah jalan ke kebun, mandi
hujan. Diceritakan mereka ke kebun buah. Mendaki bukit Dusun Manggis. Memungut
durian. Baguslah.
-
Aktiviti Praktikal Solat
dan Wudhuk ditunda, ganti briefing Fasi pukul 11am.
-
Solat Jumaat.
-
Slot bersama kanak-kanak
bermula.
-
Modul 1: mengesan tahap
pembacaan, RUMI dan JAWI. Diikuti Klinik Alfatihah.
-
Modul 2: Speling Bees
-
Treasure Hunt(selepas asar)
-
Petang itu menanti
kedatangan peserta seterusnya. Hari ini hanya sebelas orang yang bias dating.
Azmina dan Zaheida terpaksa batalkan penyertaan.
-
Kedatangan Eno, Fadhly,
Shahrizan, K.Alwani, Qulul, Ira, Salhatipah, kecik,zaibah, dan 3 yang lain tak
ingat nama..soori..=)
-
Maghrib tetap ada Tazkirah,
ada pertandingan membaca kanak-kanak…
-
Postmortem semua, masalah
perhubungan , line kureng sket..lambat mula jadinya..
-
Masalah yang perlu
diperbaiki, fasi perlu alert untuk bagitau objektif game pada adik-adik.
-
Perancangan untuk esok,
pembahagian tugasan secara ringkas.
-
Bersurai.
2 Februari 2013
-
Kemuncak, ada Berarak
keliling kampong, memasak-masak di surau, gotong royong surau.
-
Tengah hari sampai petang ,
masa diberikan untuk latihan persembahan kepada semua keluarga.
-
Sukaneka yang sepatutnya
petang ini ditunda ke esok.
-
Malam itu, persembahan mula
lambat, makan ramai-ramai dulu..
-
Persembahan:…ada
kepelbagaian persembahan, ada yang menyanyi, ada yang berlakon, keterlibatan
wakil keluarga amat menggamatkan suasana.
-
Berakhirnya persembahan
malam itu, disambung dengan postmortem.
-
Rupanya , banyak perkara
yang perlu diperbaiki lagi, ketua tidak berperanan, sebab xda lantikan
persetujuan dari awal.perlu sangat-sangat take note.
-
Kerjasama perlu diperbaiki
begitu juga disiplin masa,
-
Semua bersurai selepas
pembahagian tugas yang baru. Untuk perasmian penutupan dan sukaneka.
3 Februari 2013
-
Sukaneka berjalan lancar,
team memasak juga begitu. MC n team hadiah sibuk di dewan.
-
Kedatangan wakil YB ,
bermula perasmian.
-
Pesan perasmi, anak muda
teruskan program begitu.
-
Berakhir dengan lambaian
terakhir..di surau.
-
Sempat bergambar semua
peserta.
-
Tiga kereta, satu bas, satu
4 wheel, satu Myvi milik Jubair, tiga2 ni yang bawa kami keluar kg. debut.
Sebenarnya, sedih mau ungkap dalam bentuk cerita. Biar
ringkas begini..=’). Moga peserta kali ini yang kebanyakan dari Ranau boleh
tolong tengok-tengok adik-adik di sana. Entah bila lagi dapat pegi sana selepas
ini.
Jumlah dana menghampiri RM700 lebih, dengan takdir Allah mencukupi
juga..Cuma mini library kami tidak dapat beli kelengkapan selain mencadangkan
program susulan selepas ini. Moga Allah Redha.
No comments:
Post a Comment