Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
semua wanita muslimah akan terdetik kata seperti dalam sajak ini
Ana sememangnya pernah ditegur, soal kahwin-kahwin ni kalau masih belajar, jangan fikir dulu. Sapa yang tegur? bapa ana sendiri. Mungkin orang lain-lain pandangan, tapi ana ...beginilah..kecuali Allah nak tetapkan ana kahwin awal.
Ana lebih suka berjuang sendiri buat masa ni. Bukan bermaksud ana ni menolak soal munakahat ni, tapi bagi ana bab-bab begini agak rumit untuk difikirkan sekarang.
Dan, mungkin ana perlu tulis apa yang ana harapkan dari satu perkahwinan nanti.
Rasa meluat nak baca?
Kalau rasa begitu, tak payah baca post ini...
Ana dalam famili seorang gharibah, dan semestinya ana perlukan gharibnya.
Tapi untuk menjadi algharib ana, ana berharap dia satu fikrah dengan ana, seorang yang komited dengan dakwah dan gerak kerja islamiyah. Boleh pertahankan pendirian ana.
Antara maksud lain komited dengan dakwah ini...
Maksudnya, dia sanggup menetap di sabah kalau dia bukan orang Sabah. Bukan kerana ana, tapi kerana Allah. Kalu dia orang Sabah, insya Allah masalah akan kurang sikit.
Bukan apa, ini untuk masa depan dakwah di Sabah dan untuk menjaga hati orang tua ana. Ana dalam hal ini(keibubapaan) agak pentingkan diri.
Ana dalam proses nak blajar di semenanjung ini, ana dah bertekad akan menyumbangkan tenaga untuk dakwah di Sabah. Sebagaimana kehendak keluarga dan masyarakat. Ada lagi sebab yang tidak perlu ana jelaskan di sini kenapa mesti menetap di Sabah.
[Jadi senanglah ayahbonda bermanja bila mereka dah tua nanti].
Selain itu, algharib ni mesti bersedia terima keadaan diri ana seadanya. Ana ada banyak kekurangan. Ana harap kekurangan itu bukan satu masalah yang harus menjadikan baitulmuslim yang terbina huru hara. Itu risiko memilih ana. Dalam masa yang sama, dia perlu tegas. Ana ni kadang-kadang pandai naik kepala. Jadi bimbinglah ana dengan baik penuh berstrategi.
Al gharib ni kenalah kuat mental dan semestinya fizikal juga,sebab...masyarakat ana ni...kental dari segi pegangan adat. Jadi dalam strategi dakwah untuk mereka nanti mesti yang sesuai...Asasnya mesti...pandai ambil hati, hormat orang tua, berakhlak mulia,kena nampak 'educated'. Dan yang lain boleh dibincang kemudian.
Ana ada ramai adik beradik yang perempuan. kena sedia juga. Kadang-kadang ana tak dapat kawal sorang-sorang. Bantuan algharib ni diperlukan juga dalam hal ini. Anak perempuan ni susah nak dikawal.
Kenapa ana kata perlu kuat dari segi fizikal? Sebabnya, dalam suasana masyarakat ana yang belum maju-maju itu, amat releven lah untuk bermandi peluh di kebun-kebun atau di ladang-ladang. Kerja-kerja membersih kebun itulah hobi bapa ana. Jadi...kalau nak banyak masa nak kenal bapa ana ni, boleh pegi kebun dengan dia, petang-petang gitu. Bapa ana pun keja pejabat juga. kebun ni hobi dan keperluan sebenarnya, untuk ana dan adik beradik.
Apa lagi?
Ada satu fahaman yang perlu diperbetulkan dalam pemikiran orang kampung ana. Tapi, ana akan ambik usuluddin untuk tujuan itu, insya Allah.
Cuma... kelebihan dari segi material algharib tu amat penting untuk menjalankan proses dakwah. Hakikatnya begitulah.
Sekali lagi, pengetahuan agama algharib ni mesti mencukupi untuk menjadi murobbi anak-anak nanti.
Masya Allah, ana rasa seperti berangan-angan lepas tulis semua ni, tapi...ana rasa lebih tenang sebab. Ana tak nak perasaan ana di ganggu buat masa ini. Itu saja motifnya. Nak promosi diri, Ana mengaku, ana tak lah perfect sangat.
Ini mukadimah saja. YAng lain hanya orang yang betul -betul nak jadi algharib itu saja yang boleh tahu , bila tiba masa yang sesuailah.
Semoga Allah ampunkan hambaNya yang dhaif ini jika penulisan ini menunjukkan sesuatu keburukan yang tidak sepatutnya. Allah lebih tahu kenapa ana tulis post ini.
Bila masa dah sesuai , Ana terima siapa saja,tapi mesti atas kebenaran Allah(istikharah).
p/s: manusia hanya merancang, Allah yang menetukan.
No comments:
Post a Comment