Wednesday, April 25, 2012

Suatu Ketika itu-ku tersedar dari lamunan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ku tersedar dari lamunan,
Anganku panjang melangkaui zaman,
Hidupku berasa panjang,
sedangkan ajal menghitung hari.

Ku tersedar dari lamunan,
Bukan orang lain,
Diriku sendiri..pilihanku sendiri,
Memilih adalah menanggung risiko
maka, kuatkan keazaman diri
Iltizam dengan janji Tuhan
hingga ditunjukkan jalan.

Ku tersedar dari lamunan,
Doa yang berpanjangan itu senjata,
Kerana doa senjata mukmin,
apabila yang diminta termakbul,
kenapa perlu menyombong diri?

ku tersedar dari lamunan,
dunia mutakhir ini fitnah membusung,
kebaikan tersembunyi dalam kesakitan,
maksiat bersubahat dengan keindahan zahir,
manusia lebih ramai memilih indahnya yang sementara,
melupakan indah yang berkekalan.

ku tersedar dari lamunan,
segala puji hanya untukNya,
jika bukan keranaNya,
aku akan terus mengalamun.
membina angan-angan,
melupakan mati.

ku tersedar dari lamunan,
hakikat hidup bukan mencari bahagia, kerana bahagia hakiki hanya di syurga
hanya dalam keredhaanNya,
jika sudah meraih keredhaan, berbahagialah
tapi..kita bukan sang hakim,
yang bisa mengatakan kita sudah dapat atau belum.

ku tersedar dari lamunan,
betapa ilmu ukhrawi perlu didalami,
perlu difahami dalam semua aspek,
bukan hanya merasa selesa baru amalkan
agama ini bukan hawa.dibuat bila disuka.
dinafikan bila benci.

ku tersedar dari lamunan,
oh..banyak lagi kerjaku bertimbun,
sedangkan aku masih menaip disini..
mengelamun sambil merepek,
supaya dapat dihumban,
segala lara. supaya dapat dihilangkan
segala ragu.
yakinlah, bila ALLAH redha..dirimu diselubungi tenang,
walau manusia bakhil akan redhanya..
kerana antara redha Allah dan redha manusia..
pasti tidak ada yang utama dari redha ALLAH.
wallahu'alam.

 ~sekiranya sesuatu cuba menggantikan tempat ALLAh dihatiku, maka itulah yang akan aku tinggalkan serta merta~

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...