Friday, October 14, 2011

Bersedia memasuki alam insan lain

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Entri untuk diri & insaniah yang mahu berubah dan sedang berubah..=)

Alhamdulillah..
Bismillahi nabda..

Alangkah indahnya jika kita hidup harmoni , tiada persengketaan..

Penghulu segala hari menjelang lagi menagih amal terutama Fardhu Jumaat daripada jemaah muslimin khasnya, Dan yang pasti ia hari rahmah buat pelajar UIAM yang tidak perlu ke kuliah seperti hari-hari sebelumnya..^^

Tersentuh dengan beberapa peristiwa yang membawa kepada entri ini, sepenuh hati ini merasa mesej ini perlu didengar dan dibaca. Moga sedikit minit yang digunakan membawa sejuta hikmah di sisi Yang Esa.

Sedar atau tidak kita hidup bernafas di alam yang fitrahnya dipenuh insan lain seperti kita. Mahu tidak mahu, kita perlu berinteraksi dengan semua insan ini apabila kita berada di lingkungan mereka. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menjaga emosi insan lain.

Perkata pertama dalam fikiran kita, bersedia memasuki alam insan lain pasti defenisi melangkah ke alam rumahtangga , betul tak? Yalah..masuk alam orang lain jugak tu..tapi, maaf..ini sedikit asas daripada memperkatakan tentang praktikalnya..

Islam mengajar kita menghormati insan lain. Baik dari aspek mana pun, hatta jika dia seorang penjahat sekalipun, dirinya tetap insan dan perbuatannya itulah yang salah. Bayangkan jika seorang  pencuri sudah tertangkap, kita tergamak meludah atau memukul insan itu sedangkan, dia juga hamba ALLAH. Maka biarlah dia dihukum dengan cara yang sepatutnya, oleh orang yang sepatutnya.

Emosi ini apa?

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. 

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi46. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.(sumber)

Ini takrif daripada sebuah web yang diambil dari sumber di atas.

sambungan:

Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.


Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.

Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini 48. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-

  • Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
  • Mengungkapkan dan memahami perasaan
  • Mengendalikan amarah
  • Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
  • Kemampuan untuk menyesuaikan diri
  • Disukai oleh orang lain
  • Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
  • Semangat setiakawan
  • Keramahan
  • Sikap hormat-menghormati





Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak.






Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi49, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-

  • Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
  • Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
  • Berbicara dan mendengarkan secara efektif
  • Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
  • Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
  • Berempati antara satu sama lain
  • Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
  • Mengatasi konflik
  • Membangkitkan rasa humor atau jenaka
  • Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
  • Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
  • Menjalin keakraban
 (http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html)
Tajuk entri kali ini membawa kita untuk merasa pentingnya meningkatkan kecerdasan emosi. Jika tidak diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan abnornal dan belum tentu merasakan ketenangan menjalani sisa hidup dalam permusafiran di dunia fana ini.

Jangan berputus asa menghadapi kesukaran dan perkara yang kita rasa amat menjengkelkan perasaan, amat menyusahkan perasaan. Memang fitrahnya, semua insan mahukan kemudahan dalam semua perkara, namun, itu atas izinNya..Remember that..

Apakah hikmah kesukaran yang Allah hadiahkan itu? Hikmahnya, kita boleh melatih diri bersabar. Jika sebelum ini, anda orang yang susah nak marah, nak tunjuk perasaan, kali ini Allah nak test, betul tak kita ni orang yang sabar? Mungkinkah konsep SABAR yang kita perjuangkan selama ini berada di atas landasan yang betul atau salah?Nah, respon kita pada kesukaran itulah jawapannya.

Setiap insan ada ujian masing-masing. 

Jika Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, Dia akan bagi kefahaman Agama kepadanya..beruntunglah pada insan ini. Marilah kita berdoa agar diri kita diperindahkan akhlak, dengan hidayah dan taufiqNya selalu.

Selagi kita insan, yang sedang belajar agama atau tidak..Keindahan Akhlak itu yang dipandang Mata Hati insan lain. Mari menjadi insan berakhlak Mulia, Akhlak Islamiah..
Kesimpulan:
Entri bertajuk 'Bersedia memasuki Alam Insan lain'..berkait rapat dengan pengurusan emosi & akhlak kita dengan sesiapa pun, dalam semua situasi...Selagi kita bernama insan, kita tiada hak mencabul hak orang lain..hatta mencederakan emosinya tanpa sebab yang kukuh..atau kerana kelemahan kita sendiri..kadang-kadang kita pun tak nampak kesalahan kita, kerana terlalu memandang kesalahan orang lain...kebejatan akhlak mencederakan emosi orang lain..
Moga kita semua dijauhkan dari merasa diri hebat('ujub), sama ada berseorangan mahupun ketika bersama orang ramai.Amin~
Insan itu nampak tidak hebat pun, tapi dia nampak hebat bila dia mula berusaha memperbaiki diri & akhlaknya..
~Jangan bangga pada kejelekan akhlakmu..kelak ia akan memakan maruah dirimu~

~  Tanda insan itu sayang kita, dia memberi isyarat pada kita bila kita salah, bukan menengking kita, atau meninggalkan kita, apa lagi membiarkan kita dengan keburukan itu, kerana dia sayang AMAT pada kita, lillahi taala.. ~





No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...