Wednesday, February 20, 2013

Law Kana Bainana

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Rasulullah dan Bahasanya

Bait kata-katanya adalah sunnah yang asal, Sabdanya begitu indah. Dan bahasa yang digunapakai oleh Nabi kita sesuai dengan kaumnya..Firman Allah dalam surah At-taubah :

4. dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.



Dan Ini adalah termaktub pada semua utusan ALLAH dalam kalangan Anbiya. Dan Rasulullah tahu kemampuan dan kepandaian kaum baginda dalam berbahasa Arab. Jadi, setiap mesej dakwah yang mahu disampaikan begitu dan amat difahami mereka(kaum baginda).

Selain itu, Rasulullah berbicara mengambil kira kemampuan akal pendengarnya memahami bait-bait kalam. Jika dengan budak kecil, maka mesej akan disampaikan menggunakan teknik yang bisa difahaminya, begitulah juga pada pendengar yang berlainan umur, tahap kemampuan mereka memahami juga berbeza.

Bercakap Menepati yang mendengar

Rasulullah saw selalu bercakap ringkas tapi padat. tidak merepek pada benda yang tak perlu. Banyak diamnya berzikir pada ALLAH. Suatu ketika baginda menulis surat kepada raja Parsi pada masa itu, ayat dalam surat  tersebut sangat ringkas.

Benar dalam percakapan

Tidak pernah sekali-kali Baginda berbohong dan berdusta dalam percakapan. Hatta dalam gurauan. Contoh ketika Baginda didatangi oleh seorang perempuan tua, dia bertanya bagaimana akan keadaannya di syurga nanti. Lalu baginda menjawab dengan gurauan, yang mafhumnya, tiada wanita tua di dalam syurga. Perempuan tua itu menangis kesedihan, rupanya baginda Rasul bergurau saja, Baginda terangkan bahawa di syurga semua akan kembali muda, dan tiada yang tua di syurga.

^____________________^..

do we know our Prophet PBUH?

Kini, insan tak mengikut garis panduan bercakap yang diamal oleh Nabi s.a.w, heran ramai yang jadi mangsa sakit hati dan hasad dendam dek perkataan yang tercap begitu menghiris dan mengguris.

Sindiran tajam juga bisa mematikan semangat pendengar..

Mohon ahli daie, kita jangan begini. Usah caci dibalas caci, maki dibalas maki..jadilah seperti pokok..dihumban batu, menjatuhkan buah..

Allah Musta'an..





No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...