Sunday, May 15, 2011

Utusan PUBLIC RELATION MARUF CLUB IIUM

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kepada Warga UIAM,

Untuk pengetahuan, Pihak Maruf Club sedang melaksanakan satu program BAKTISISWA ke SABAH..Program ini di bawah kelolaan PR Secretariat..

Ini adalah satu percubaan pertama untuk menajamkan gergaji..juga satu praktikal untuk menambah kemahiran Insaniah seperti komunikasi, pembelajaran jangka panjang, kepemimpinan, dsbg..Mungkin, ramai yang kurang tahu program ini sedang diusahakan..Mungkin di atas kelemahan pihak kami sendiri belum mewar-warkan perkara ini..kerana semasa Info Week MC..kertaskerja program belum di approve..

Penyertaan dibuka pada 30 orang ahli MC, keutamaan diberi kepada ahli secretariat MC daripada PR dan Sabahan yang AMAT berminat [yelah tempat sendiri..] ..dan jika ada kekosongan anda yang amat-amat berminat selain dari yang di atas mungkin akan dipilih..jika tidak terpilih maka, peluang seterusnya insya ALLAh masih ada jika diizinkan ALLAH..

Kos perbelanjaan ataupun yuran pentertaan setakat ni..berjumlah RM150..

Destinasi program di kawasan RANAU..Di Kampung Debut Langsat.Sebuah kampung yang agak terpencil..
Setakat ini, research belum dijalankan. Pelik bukan kenapa dipilih kampung ini?..sebenarnya, ia adalah cadangan yang diberi oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri..Bersesuaian dengan tema program untuk memberi motivasi pendidikan kepada penduduk tempatan di samping meraikan aidil adha bersempena Raya Korban Tahun ini..[Jadi agak memerlukan pengorbananlah para pesertanya..]..

ya..research nak dibuat esok..itu sebenarnya cerita kita ni..jadi doa-doakanlah ya..Sapa yang mahu bertanya..silalah bertanya..apa yang dapat dijawab akan dijawab..insyaALLAH..^^

1 comment:

Mohd Asraf Sharafi said...

selamat datang ke bumi sabah:)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...