~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Assalamualaikum..ujian Dirasat Al-Quran baru berakhir..Maka, bermulalah perjuangan
untuk beramal dengan apa yang telah dibaca sebelum ni..Hairan dengan statement ni??
Alahai..tidak usah hairan.
Hakikatnya memang kita kena amalkan apa yang kita pelajari. bak kata ustazah, walau tiada dalam
peperiksaan sekalipun, kita kena ambil tahu dan amalkan. Kerana itu sumber ajaran Islam,
tiada istilah 'membaca kerana peperiksaan' dalam hidup daie. Semua yang ditanya dalam peperiksaan
adalah sebagai latihan untuk menggerakkan saraf otak agar mengeluarkan
semula idea yang diperoleh semasa dalam kelas.
Inilah hakikatnya wahai hamba ALLAH yang mengaku daie. Bukan kita dapat semua ini untuk dicurahkan di atas kertas peperiksaan semata-mata. Astaghfirullah..
Jika itu yang kita lakukan, maka Ilmu akan hilang dari dalam dada dan bertebaranlah fitnah dalam kalangan daie!
Jangan sampai berlaku seperti itu.
Tulisan ini untuk peringatan diri dan juga sesiapa yang sedang belajar dan bekerja sebagai jundullah..
Dalam hal lain, sebagaimana perumpamaan, hendak membina rumah perlu tebas semak samun pada tapak yang hendak dibina rumah tersebut, begitu juga hati manusia. Pastikan hati sihat dari sebarang noda dosa sebelum mengisinya dengan ilmu yakni cahaya yang akan menerangi diri si pemilik hati. Agar ilmu itu kekal lekat di jiwa. Sama-sama muhasabah diri dalam hal ini..Semoga kuat ya sahabat semua.
Satu lagi realiti, musim peperiksaan adalah musim mendekatkan diri pada ALLAh, sedang musim bukan peperiksaan maka bukan musim mendekatkan diri pada ALLAh. Beristighfarlah diri dan semua yang memahami...Allah Maha Melihat, Malaikat selalu mencatat tanpa lalai..Semua itu akan dipersoalkan nanti. Apakah jawapan untuk itu?
Terakhir kalinya..syaitan..ingatkah kita pada dia??
Ya, musuh kita yang bersama dengan kita 24 jam. Carilah ilmu untuk mematahkan serangan halusnya. Jangan ambil remeh akan hal ini. Kerana SYAITAN AKAN BERSAMA KITA DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD!
p/s: Setiap yang kita dapat sudah takdir ALLAH, kena redha, namun, selagi belum dapat usaha terbaik dari kita mampu mengubah dari kurang baik kepada lebih baik, bimasyiatillah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment