Saturday, November 13, 2010

Bukan Kali Yang Terakhir...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~



Aku menarik nafas sedalamnya. Hari ini aku akan berangkat ke Sabah..

Pandangan terarah ke luar bangunan. Ada kapal terbang yang sedang mendarat dan sedang berlepas. Bunyi bising tidak berapa kedengaran. Dinding bangunan kalis bunyi katakan..

Wajah terasa sedang berkerut. Kepala sedang memikirkan sesuatu. ...

***

"Lepas ni tinggal subjek CT saja lagi. Dah sedia??" Jerit Umma meriuhkan suasana sebaik saja meninggalkan dewan peperiksaan. Hari ini ujian Fiqh. Bukan itu persoalannya. Aku merasakan setiap ujian dalam semester ini begitu kurang memuaskan hati. Bukan salah soalan. Bukan masalah pensyarah. Masalah diri sendiri.

"Aiza, kenapa murung semacam saja? Ada masalah?" Didi bertanya. Aku menggeleng. Tidak senyum. Mereka tidak bertanya lanjut. Aku senang difahami. Terima kasih sahabat.

Satu semester ada 4 bulan. Aku mencongak-congak.Tapi ke mana semua ilmu yang dikutip sepanjang tempoh itu?? Bukan satu perkara yang remeh. Satu kesilapan besar telah dilakukan. Kenapa baru aku terasa ini satu kesilapan??

Aku mengambil keputusan untuk pulang berehat saja petang itu. Cadangan untuk ke Giant tidak diteruskan. Badan lagi mahukan rehat. Sejak kebelakangan ini, badan selalu lesu. seolah-olah mengangkat beban setiap hari, menyerupai penat seorang buruh. Tapi, aku bukan buat apa-apa pun. Sekadar berjalan ke 'center', ke lokasi peperiksaan..ke mahalah. Pelik bin ajaib.

Sebaik sampai di bilik. Tiada perkara lain selain tidur, demi mengambil fadhilat qailullah. lagipun jam baru menunjukkan angka 11.59 pagi.

Malam itu, buku 'Critical Thinking & Problem Solving' seperti tidak mahu dibaca. Mata meliar mencari alternatif. Masa perlu dipenuhkan. Komputer riba berjaya menarik perhatian. Laju jemari menaip sesuatu. 'Fatigueness'.

"Hm..patutlah..semua ciri-ciri 'fatigueness' ada dalam diri sekarang.." jari menggerakkan tetikus supaya menurunkan paparan ke bahagian bawah artikel. Perkataan 'how to prevent' menjadi sasaran. Lega. Aku perlukan rehat dan tidur yang cukup. Mungkin juga sebab aku tak makan daging maka kekurangan zat besi dalam badan menyumbang kepada penyakit ini. Pesanan bapa termain umpama layar perak di fikiran.

"Bapa ndak kisah, kalau bab makan mesti cukup dan seimbang!" tegas. Bapa aku memang begitu. Tapi inilah padahnya kalau tidak memelihara kesihatan dengan baik. Sekarang diri yang merana...padan muka aku!

Belajar3x!
***

Peperiksaan sudah berlalu. Baru saja selesai pagi tadi.

Semua yang dibaca sepanjang peperiksaan ibarat mengaut air menggunakan timba yang bocor. Apabila hendak dicurahkan, hanya setitis air yang jatuh! Apa dosa yang menghijabku?? Sudah diriku memaksa diri solat taubat sebelum tidur, solat hajat setiap kali selesai solat maghrib. Hati memujuk supaya jangan menyalahkan takdir. ALLAH tahu hikmah disebalik itu semua.


Sehelai kertas putih dikeluarkan dari laci.

Tangan mula menulis:

Kesalahan Sepanjang Semester ini.

Masalah tidak Ingat Topik2 yang diajar.
Sombong dengan majlis ilmu.
Kurang menghargai masa
Tidak meletakkan matlamat untuk memahami topik yang diajar pada hari itu juga.
Tidak membaca topik yang bakal diajar sebelum masuk kelas.
Tidak buat latihan dan soalan sendiri berkaitan topik.
Tidak membaca dan membuat kajian terhadap bahan bacaan yang diberikan oleh pensyarah.
Tidak banyak bertanya.

MASALAH BERKAITAN TUGASAN
Tidak mahu berbincang dengan pensyarah atas tugasan yang diberi awal-awal.
Tidak menetapkan perancangan yang sistematik dalam kumpulan, begitu juga pembahagian tugasan yang tidak jelas.
Tidak sistematik dalam mengumpul bahan dan catatan sumber bahan.
Tidak berusaha jumpa pensyarah dengan kerap berhubung dengan tugasan.
Tidak mencari maklumat berkaitan dengan bahan pada awal semester.

MASALAH ULANGKAJI
Tiada masa dan jadual khusus untuk ulangkaji.
Tiada sistem nota yang baik. Nota begitu serabut.
Tidak membuat latihan soalan peperiksaan lalu.
Tidak membuat nota secara ringkas seperti peta minda atau peta konsep.
Tidak membuat kamus daftar kata untuk setiap subjek.
Tidak membuat senarai topik yang sudah mailto:difahami@%20belum difahami.

MASALAH INGATAN
Tidak menghafal ayat yang terlibat secara konsisten.
Tidak memulakan penghafalan pada awal sem.
Tidak memperuntukkan masa dalam sehari untuk menghafal.
Tidak ada masa diperuntukkan untuk mengulangkaji bacaan yang sudah dihafal.
Tidak mengamalkan cara menghafal yang betul.

MASALAH NOTA
Tidak dapat mencari nota yang sepatutnya dibaca pada hari peperiksaan.
Tidak berusaha membuat nota sendiri. Suka minta orang lain.
Nota tidak menarik. Tiada seni.

KESIHATAN
- Waktu makan tidak tetap - gastrik
- Tidak cukup tidur, kadang-kadang terlebih tidur.- migrain.
- Kurang minum air mineral.- dehidrasi
- Makan supplement food xtetap -
- Makan makanan tidak seimbang - kurang zat besi
- Selalu melanggar pantang makan-pedas.- masalah penghadaman
- Mengangkut barang-barang berat - masalah tulang belakang & sendi
- Tidak suka bersenam

Semua ini berkaitan dengan pelajaran. Hm..perkara semua ini adalah masalah yang amat-amat berat. ..
tiba-tiba kepala sakit berdenyut. Opss..ini satu lagi masalah. Sejak sebulan ini kesakitan ini kadang-kadang membawa kepada rasa 'blurr' tidak dapat berfikir. Hadiah ALLAH.

***

"Diminta penumpang AK 2560 agar berbaris di hadapan pintu 2.." pengumuman tadi diikuti oleh pengumuman bahasa asing. Aku tersedar dan berdiri. Langkah dihayun menuju ke pintu yang dimaksudkan. Cuti ini bukan sesuatu yang seerti dengan cuti. Banyak perkara yang harus diselesaikan. Perasaan sedih kerana rasa tidak membuat yang terbaik dalam peperiksaan dibiarkan tinggal di lapangan terbang ini. SEMESTER 2, Tunggu kedatanganku. Sungguhpun sekali kecewa, bukan untuk selamanya. Peperiksaan ini bukan kali yang terakhir!Biidzinillah..

Jika terasa musibah xdapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan membuat diri kecewa..ALLAH sudah menjelaskan kepada orang yang beriman...

ALLAH berfirman:

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.



(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira[1459] terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,



[1459]. Yang dimaksud dengan terlalu gembira: ialah gembira yang melampaui batas yang menyebabkan kesombongan, ketakaburan dan lupa kepada Allah.


(yaitu) orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barangsiapa yang berpaling (dari perintah-perintah Allah) maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

(Al-Hadid: 22-24)


Ku lihat kapal terbang bakal membawaku ke Sabah tersedia dengan deru enjin yang membingit, aku juga bakal memandu 'kapal terbangku' sendiri. maka cuti ini adalah masa untuk menyiapkan diri dengan 'latihan penerbangan'!
p/s: Cerpen Muhasabah sebenarnya..huhu..

3 comments:

UmiSara said...

haha.. panjang giler blog..malas giler nak baca..

ruhuljadeed said...

salam:::
teekena batang idung::
terus sahabatku
sem2 tunggu kedatangan kami
ruhuljadeed^__^

Anonymous said...

engineer pun kena rajin membaca. nanti jadi engineer yg xberkualiti..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...