Thursday, November 25, 2010

Realiti yang berbeza di kampus dan di kampung~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bismillah walhamdulillah...

Sudah 1 minggu lebih berlalu. Seminggu 4 hari.

Terasa masa begitu lambat berlalu. Namun, sepanjang masa dirasakan terlalu banyak dateline yang hampir tidak dicapai. Pelik.

Cuti kali ini begitulah.

Serius ana katakan, kampus begitu berbeza dengan di kampung. Di kampus, ramai insan yang mengajak ke arah kebaikan. Sesungguhnya pengaruh rakan sebaya begitu kuat. Di kampus juga taman syurga begitu banyak berlambak.Alhamdulillah. Seronok memasuki taman-taman syurga...cuma kadang-kadang bertembung dengan kuliah, maka pontenglah ke taman syurga. Tapi sahabat ada. Mereka akan kongsi ilmu yang mereka dapat..jazakallahumullah!

Di kampung..
Azan subuh jarang berkumandang.
Zuhur dan asar, setakat ini, tiada.

Insan yang mahu berjemaah di surau tidak 'meriah'. Azan yang wajib berkumandang pada waktu isyak saja..=(..tapi, ana yakin, insan-insan pilihan ALLAH ada yang datang berjemaah  di surau, walau hujan renyai-renyai dan hujan lebat! Walau tidak penuh satu sof. Suasana kampung jadi hambar...

Di Kampus, ana sebilik dengan insan-insan yang meletakkan pendirian, akan melibatkan diri dalam aktiviti dakwah selagi mampu, sedaya upaya..alhamdulillah..selalu termotivasi dengan mereka..(rindunya bergurau senda dengan mereka..asilah,fuzah, khairana..ana kangen banget sama antunna!), solat berjemaah sama-sama..makan sama-sama..berjalan sama-sama..belajar??kami selalu juga bincang setakat subjek yang sama..hm..apapun, sangat indah..

Di kampung..ana jadi seorang yang begitu hilang semangat sebentar.. Bukan apa, sepanjang hari menghadapi cabaran yang bisa menipiskan iman kalau dibiarkan. Banyaklah..mungkin ana juga yang salah. Mungkin ana yang tidak kuat. Dalam masa yang sama. Ana mahu usrah. Usrah yang bisa mengumpul semula tenaga iman. Tazkirah 'life'..Namun, di sini, itu semua tiada.

=,) ana yang salah rasanya..

Memang realiti berbeza pun. Di kampus untuk mengumpul ilmu & iman, Di Kampung untuk guna ilmu dan iman secara agresif. Masyarakat kampung adalah sebahagian daripada ummah. Ummah adalah tanggungjawab bersama.

Alhamdulillah . Allah lancarkan perjalanan ke pejabat JHEAINS SOOK semalam. Entah macam mana..yang penting, ALLAH telah aturkan perjalanan ana. pergi dengan siapa, dan naik kereta apa..Syukur sangat-sangat!

Jumpa BOS, ustaz Masnor..Yang melegakan , JHEAINS sudah merancang banyak program untuk hujung tahun ni. Tapi, hakikatnya..jika semua JHEAINS yang buat, dakwah masih lambat..Tidak tercapai tenaga untuk masuk ke semua tempat. Menurutnya, JHEAINS sebelum ni telah masuk ke LANAS, mendaftarkan saudara baru yang belum didaftarkan keislaman mereka, mengajar mereka cara solat..Yang pasti, dakwah di SOOK masih memerlukan ramai daie. Soal aktif tak aktif seorang muslim bukanlah satu yang luar biasa, yang perlu dipuji-puji, tapi itu satu keperluan.

Corak dakwah untuk mendekati para belia perlu bervariasi. Mereka pantang dengar ceramah yang memanjang. Ini cabaran daie masa kini. Walaupun begitu, belia di pedalaman ini belum begitu terdedah dengan dunia alam siber. FB bukan kegilaan mereka. Masih suci jiwa mereka, cuma..banyak membuang masa kerana tiada apa yang mendorong mereka berbuat sesuatu yang bermanfaat selain menolong ibu bapa di ladang!

Ana malas untuk membicarakan kudrat seorang adam dengan hawa. Bagi ana sama. Cuma hawa kena berhati dengan fitnah. Sekali hawa melangkah kaki keluar rumah, fitnah mengintai.

Kesimpulannya, kena wujudkan team yang akan mendokong , menyokong usaha dakwah ini. Dah wujudpun..Cuma perlu dilatih lagi..

p/s:

 Minggu pertama duduk diam di rumah, Minggu kedua all out, ketiga kampung outreach, duduk diam di rumah..Menanti masa untuk pulang kampus..

Graf Hidup secara kasar. Moga dipermudah.

1 comment:

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum, Azimah..

Subhanallah... lama akak tidak bertandang di sini, dan sekali membacanya melihat penulisan kamu yang makin matang..

Subhanallah...

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...