Sunday, November 28, 2010

uslub vs tindakan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bismillah waalhamdulillah..


Dengan hati yang rasa terhiris melihat keadaan laptop yang begitu ‘letih’ melayan penggunanya yang tidak beri peluang laptop ini menyejukkan diri. Main game memanjang..internet..jadi..sebelum nak tutup laptop ni..nak kongsi satu cerita..

Ceritanya begini..

Seorang ustaz bertanya, bagaimana untuk mengdekati para remaja yang kita Nampak dia mengalami satu kecelaruan identity? Maksud celaru identiti adalah , dia tidak mempunyai pendirian sendiri. Apa orang buat dia pun mahu buat.



Katanya, kita tidak boleh menegur kesalahan orang sebegini secara langsung. Natijahnya, dia akan mengelak diri dari kita. Katanya, jika kita nak dekati dia, kita kena ikut aktiviti dia…contoh kes..

-Seorang pemuda suka bermain gitar sehingga terluput masa solatnya. Maka kita yang perasan cuba untuk dekati dia, dan mula-mula kita pun ikut dia nyanyi lagu-lagu dia..apa saja lagu-lagu yang dia minat. Kemudian, kita bagi kenal pula lagu-lagu yang ‘kita minat’..hehe..Faham tak? Dengan harapan, lagu yang kita dendangkan itu ada nilai yang boleh menjentik hatinya..ke arah menjadi muslim yang lebih baik..

- seorang remaja perempuan yang memakai penutup kepala untuk menggantikan fungsi tudung seperti selendang yang nipis, tudung yang jarang, dan sebagainya. Kita lihat dia lama-lama..Kemudian kita senyum-senyum. Kalau dia bertanya kenapa kita senyum, bah..bolehlah masukkan ‘hint’. Bolehlah cakap pada insan bertuah itu,”Aduss, buss!..apalah fungsi tudung mu ni kalau lehermu Nampak jua??hehe..”. Percayalah, dia akan gelak juga..tapi dalam gelak tu dia ‘terasa’..Maka jangan bagitahu itu jak..Sambung ayatmu..”Kalau aurat perempuan, termasuk leher pula tu..” nanti dia akan buat apa jua reaksi, tapi..berdoalah dia terbuka hati menerima hakikat itu dan mula memperbaiki tahap status tudungnya.

Bercakap mudahlah..

Daie sekarang ni, malas mahu mendekati mad’u yang begini. Susah katanya. Banyak mulut. Kita baru cakap sikit, mad’u dah mengulas banyak. [termasuk penulis la ni, malas..astaghfirullah..]. Ingat semula ayat 2 dalam As-Saff..ALLAH benci perkara tu..

Kesimpulannya, dakwah kita kalau guna uslub yang sesuai, berkesan.

Jangan lupa untuk IKHLAS..huhu..sama-sama mujahadah kio..

P/s: Mendekati seorang adik yang sama-sama dalam satu program, dia berkata:

“ saya mau daa kalau ada program begini, baru satu program agama yang saya ikut yang jenis begini..”..lagi ayat yang keluar dari mulutnya, “Dulu ada ustaz mau buat usrah, tapi dia dah pindah..tidak di sempat..”…insan memang ada fitrah mahu di’isi’ ilmu yang akan mendekatkan diri pada ALLAH..apa yang kita boleh buat bus??

Tapi, apa pendapat antum kalau tengok golongan ustaz@daie yang ‘merokok’?? Di mana keizzahannya?

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...