~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Sebaik habis kelas 'Dirasat Quran', melangkahlah kami ke bilik pensyarah kesayangan kami, Dr. Pn. Norlilah.
Perbincangan banyak berkisar mengenai pembelajaran di dalam kelas..lalu, selepas perbincangan mengenai pembelajaran dalam kelas, beralih pula mengenai satu topik yang menyebabkan saya terkesima, begitu juga dua orang sahabat saya Nicah dan Annur.
Pensyarah saya mengatakan bahawa, satu kajian telah dijalankan untuk meninjau tahap pemikiran semua pelajar berdasarkan kos pengajian masing-masing. Apa yang mengejutkan, pelajar UIAM jurusan Pengajian Islam adalah yang paling rendah tahap pemikiran mereka. Lalu, pengkaji menyarankan agar metodologi para pengajar pelajar dari jurusan ini harus diubah memandangkan apa yang digunakan sekarang, pelajar lebih cenderung untuk menghafal sesuatu selain memahami tanpa menggunakan pemikiran yang lebih kritikal.
Inilah rupanya punca para pelajar seperti IRK, BARB dan yang sewaktu dengannya(ada lagi yang tidak disebutkah??) disabitkan dengan kenyataan ini!
Demi tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya teringin untuk bertanya para pelajar jurusan yang disebutkan di atas, apakah kita menyedari realiti ini??Jikalau sedar..Apakah inisiatif atau tindakan yang sewajarnya diambil supaya keadaan ini tidak kekal selamanya?
Jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam jurusan Kejuruteraan atau lain-lain, mereka ini selalu menggunakan pemikiran untuk menjalani pengajian mereka. dibantu pula oleh tugasan yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti dan idea sendiri. Di sini mereka berfikir lebih.
Walau bagaimanapun, duhai sahabat sejurusan saya(saya pun ambil kos pengajian ISLAM=))bukan bermaksud kita perlu tukar kos..bukan juga kita tidak perlu respon perkara ini, apa yang perlu..Kita mesti berusaha lebih untuk mencari nilai-nilai dan apa juga unsur yang akan menyebabkan kita menggunakan pemikiran kita. Antara cadangan yang diberikan oleh Pn. Norlilah ialah, sertailah mana-mana organisasi atau persatuan-persatuan yang boleh menbina kemahiran insaniah kita secara tidak langsung.
Program seperti Anak Angkat, Program Jamboree dan program yang sewaktu dengannya antara contoh program yang boleh dianjurkan supaya kemahiran insaniah kita juga kemahiran berfikir kita akan lebih terasah lagi.
Sebagai bekas Tim. Pengarah untuk Islamic Borneo Jamboree, saya mengakui, masalah-masalah yang berlaku dan melanda semasa dalam proses perancangan dan semasa berlangsungnya progran mengajar saya supaya lebih matang berfikir dan berpandangan jauh. Kebanyakan masalah tidak akan timbul jika perkara tersebut sudah dijangka awal dan disusuli tindakan yang sewajarnya.
Mungkin kalian lebih nampak mana-mana peluang yang boleh diambil. Peluang bukan datang banyak kali. Manfaatkan peluang pertama, insya ALLAH tiada penyesalan. Langkah pertama menjadi pengalaman yang akan mengajar kita untuk langkah yang seterusnya.
Kesimpulannya, bukan mahu mendakwa diri bukan termasuk dalam kalangan yang berfikiran rendah..Namun, mahu mengajak para sahabat, ayuh kita buktikan diri kita bukan seperti yang diperkatakan dan sedarlah, jurusan kita kalau dikaitkan dengan permasalahan umat di luar sana lebih membuatkan kita berfikir lebih tinggi dari mereka yang berada di dalam jurusan-jurusan yang lain!
p/s: Menulis juga satu cara menganalisis cara kita berfikir..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment