Wednesday, October 20, 2010

Cabaran Pemuda Masa kini.

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Buku ini bertajuk, Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini.Karya, Ust. Abdullah Nasih Ulwan.


Muqaddimah Penulis

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Salawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan semua para sahabat baginda. Begitu juga ke
atas para duat di jalan Allah sehingga hari kiamat.

Ketika saya pergi ke London pada tahun 1403H untuk menjalani rawatan terhadap
penyakit yang saya hidapi, saya sempat menziarahi perkhemahan musim panas
bersama-sama dengan Pengetua ‘Dar Ar Ri’ayah Al Islamiah’, Doktor Mahmud Al
Khoni (semoga Allah memeliharanya) yang telah memberikan perhatiannya kepada
saya bermula dari ketibaan saya di sana sehingga saat kepulangan... Semoga Allah
memberikan balasan terhadap jasa-jasanya kepada saya dan kepada muslimin dengan
sebaik-baik balasan dan memeliharanya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam serta
mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat.


Sebaik sahaja kami tiba di perkhemahan tersebut dengan diiringi oleh beliau, kami telah
disambut oleh rakan-rakan seperjuangan -semoga Allah memberkati mereka- dengan
suasana yang meriah dan penuh penghormatan. Setelah kami berehat sebentar di tempat
khas yang disediakan untuk tetamu, saya telah diminta oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap perkhemahan tersebut untuk menyampaikan ceramah
kepada para pemuda yang bilangannya melebihi tiga ratus orang, yang datang dari
segenap pelusuk. Tetapi Al Akh Doktor Al Khoni telah meminta keuzuran bagi pihak
saya memandangkan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan dan pada
keesokan harinya saya akan dimasukkan ke hospital untuk kali kedua. Pada mulanya Al
Akh yang bertanggungjawab terhadap perkhemahan telah berpuashati, tetapi apabila
para pemuda mengetahui tentang kehadiran saya, mereka telah merayu supaya saya
membuat penyampaian untuk mereka walaupun seketika untuk membolehkan mereka
berkenalan dengan diri saya yang lemah ini dengan lebih dekat lagi. Juga untuk
mendengar daripada saya perkara-perkara yang memberi manfaat kepada agama dan
dunia mereka.


Berdasarkan permintaan tersebut, saya dan Al Akh Doktor Al Khoni memberi
persetujuan. Beliau berharap supaya saya tidak emosional dan tidak memaksa diri
ketika menyampaikan ceramah memandangkan keadaan diri dan kesihatan saya ketika
itu. Saya berjanji untuk cuba menepati nasihatnya.


* * *


Setengah jam sebelum ceramah dimulakan, saya bertanya kepada orang yang
bertangungjawab terhadap ceramah di perkhemahan tersebut tentang tajuk yang
munasabah dengan tema perkhemahan dan permasalahan pemuda. Beliau menjelaskan
bahawa tema perkhemahan ialah ‘Dakwah Islamiah dan Cabaran Masa Kini’. Oleh itu,
yang paling sesuai ialah -sebagaimana yang dikatakan oleh beliau- tajuk yang
bertepatan dengan konsep dan tujuan tema perkhemahan. Beliau meminta saya
memikirkan seketika untuk menentukan tajuk yang diiklankan ketika bermulanya
ceramah. saya terus mengambil sehelai kertas untuk mencatat tajuk dan isi-isi penting
yang berhubung kait dengan tajuk ceramah. Setelah berfikir sebentar, Allah
mengilhamkan kepada saya tajuk ceramah ialah: `Pemuda-pemudi muslim dalam
menghadapi cabaran'. Saya bersyukur kepada Allah kerana tajuk ini adalah bertepatan
dengan tema perkhemahan dan sesuai dengan keperluan para pemuda... dan saya terus
mencatat topik itu pada kertas beserta isi-isinya sekali... semuanya ini dapat saya
siapkan lebih kurang lima minit sebelum bermulanya ceramah.
* * *
Sebenarnya, sebelum memulakan ceramah, saya rasa gementar kerana bimbang tidak
dapat menepati kehendak tajuk ceramah disebabkan kesihatan dan jemputan tersebut
adalah secara bidan terjun. Tetapi Allah telah memberikan taufik dan pertolonganNya...
Bahkan buah fikiran dan idea-idea telah datang mencurah-curah di mana saya tidak
pernah menyangkanya sebelum ini dan saya merasakan bahawa saya berada dalam
keadaan sihat dan segar. Bahkan saya merasakan seolah-olah saya adalah seorang
panglima perang yang sedang menggoncang hati dan perasaan tentera dengan tutur
katanya.


Ceramah tersebut memakan masa lebih dari satu jam. Di dalam ceramah itu saya telah
membincangkan cabaran-cabaran terpenting yang dihadapi oleh pemuda-pemuda Islam
di dalam masyarakat Islam di zaman kelemahan dan kesesatan ini. Ia mengandungi lima
isi-isi utama yang telah saya sentuh dan saya kupaskan secara panjang lebar
berdasarkan keluangan waktu yang ada. Isi-isi tersebut ialah seperti berikut;
1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
2. Cabaran serangan pemikiran.
3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
4. Cabaran kerajaan sekular.
5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
Saya bukan sahaja membentangkan cabaran-cabaran, dalil-dalil yang membuktikannya
dan kejinya perancangan-perancangan yang berkaitan dengannya, tetapi saya juga telah
mencadangkan penyelesaian yang positif ketika berhadapan dengannya. Dengan berkat
dan kelebihan dari Allah Taala, ceramah ini telah menepati tema perkhemahan dan
sesuai dengan keperluan para pemuda.
Selepas selesai menjawab persoalan yang di kemukakan oleh hadirin... saya meminta
kepada semua pemuda-pemuda yang hadir agar mendoakan agar saya disembuhkan
oleh Allah... sambil menyatakan kepada mereka bahawa saya akan dimasukkan ke
hospital pada keesokan harinya untuk menjalani pembedahan. Mereka semua telah
mendoakan untuk sayadengan doa yang khusyuk dan permintaan yang ikhlas kepada
Allah. Dengan itu Allah telah memperkenankan doa dan permintaan mereka. Al
HamdulilLah, saya telah keluar daripada hospital dan Allah telah menganugerahkan
kesihatan kepada saya setelah menanggung sakit dalam tempoh yang lama. Kepada
Allahlah segala kesyukuran dari awal hingga akhirnya.
* * *
Selesai sahaja ceramah, sebahagian dari pemuda mengerumuniku. Mereka meminta
supaya ceramah tadi dibukukan, dicetak, dan diedarkan kepada pemuda-pemuda
muslim di setiap tempat agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka semua dan bagi
mereka yang berkepentingan dapat mengambil faedah daripada tajuk-tajuk yang
dibincangkan... Saya berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan yang tinggi
dan perhatian yang serius serta berjanji akan melaksanakan cadangan mereka secepat
mungkin.
Sebaik sahaja saya kembali ke tempat kerja iaitu rumah saya di Jeddah, dengan
pertolongan Allah saya terus berusaha membukukan segala buah fikiran, permasalahan
dan jalan penyelesaian yang telah saya sampaikan di dalam ceramah... Tetapi ketika
menulis, saya telah mendapat buah fikiran, idea-idea, dalil-dalil dan jalan-jalan
penyelesaian yang baru. Bahkan buah fikiran tentangnya datang mencurah-curah
kepadaku. Saya menyangka tajuk ‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa
Kini’ ini paling banyak tidak akan melebihi seratus mukasurat.. Tetapi fasal cabaran
kerajaan sekular di negara Islam sahaja telah mengambil ruang yang banyak sehingga
memenuhi hampir setengah daripada buku ini.
* * *
Kemungkinan ada yang bertanya; "Mengapa pengarang terlalu membincangkan
mengenai cabaran kerajaan sekular dan jalan penyelesaiannya dengan panjang lebar.?"
Jawapannya ialah, kerana cabaran kerajaan sekular yang berfahaman tidak beragama
adalah berkait rapat dengan kesedaran dan kebangkitan Islam yang telah menular ke
seluruh masyarakat Islam di Barat dan juga Timur.
Oleh itu semestinya kita meninjau
perkembangan sekular; Apakah matlamat para sekularis yang melaung-melaungkan
syiar mereka? Bagaimanakah ia memasuki negara-negara Islam? Apakah wasilahwasilah
terpenting mereka untuk mensekularkan umat Islam? Mengapa para
pemerintah Islam amat memberi perhatian dan membelainya? Dan apakah sikap positif
yang perlu di ambil oleh pemuda ketika berhadapan dengannya?.


Saya berpendapat semuanya itu perlu disebut dan dibincangkan dengan panjang lebar,
sehingga para pemuda kita dapat mengetahui bahaya sekularisma, mengetahui
perubahan-perubahan yang mereka kehendaki yang meliputi sudut-sudut akidah,
akhlak, sosial dan politik di dalam negara Islam. Semuga mereka melaksanakan peranan
mereka menentang, melemahkan kekuatan, menhapuskan bahaya dan ancaman
sekularisma ini. Moga-moga mereka berazam dan melakukan semua ini bersungguhsungguh
dengan izin Allah.


* * *

Tetapi bagaimanakah mereka hendak menentang dan melemahkan kekuatan
sekularisma ini?


Adakah mereka menentangnya dengan membabi buta tanpa persediaan?
Adakah mereka mampu melakukannya dengan hanya beberapa kerat pemuda yang
berani berjihad dan berkorban apa saja?


Semua persoalan ini telah kami jawab. Di samping itu kami telah menjelaskan jalan-jalan
penyelesaian yang positif di dalam usaha menentang kerajaan sekular dalam bentuk
yang sesuai dengan realiti dan logik yang ada serta menepati sunnah dan sebab-sebab
kemenangan menurut pandangan Islam.


Tidak ragu lagi apabila para pemuda Islam yang telah memainkan peranan di tengahtengah
medan kesedaran Islam dan bilangan mereka telah berlipat ganda di negaranegara
Islam di setiap tempat mengetahui manhaj amal yang perlu diikuti, mengetahui
marhalah yang tersusun rapi yang mana berdasarkan marhalah-marhalah ini mereka
bekerja dan maju ke hadapan setapak demi setapak... maka sesungguhnya dengan izin
Allah kemenangan akan menyebelahi mereka dan mereka akan berjaya menegakkan
hukum Allah di atas muka bumi ini.


Ketika para pemuda muslim membaca mengenai jalan-jalan penyelesaian positif ketika
berhadapan dengan kerajaan sekular, mereka akan mendapati padanya terdapat manhaj
amal yang jelas dan langkah-langkah yang detail dan tersusun yang mana tidak ada
sebab untuk berlaku kekaburan dan keraguan.


Untuk menjelaskan semua ini, maka fasal cabaran kerajaan sekular telah mengambil
ruang yang lebih dari fasal-fasal yang lain di dalam buku ini. Ini adalah kerana
kepentingannya dan ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan realiti muslimin dan
kesedaran Islam yang telah tersebar luas ke seluruh alam.
* * *


Kepada Allah saya memohon agar menjadikan amal ini ikhlas keranaNya dan semoga
para pemuda muslim akan menjumpai keperluan mereka yang berharga di dalam buku
ini... untuk menghadapi semua cabaran-cabaran semasa. Allah akan sentiasa bersama
mereka selagi mana mereka bekerja kerana Allah dan di jalan Allah... selagi mana
mereka tidak mengabaikan sunnah-sunnah kemenangan yang telah digariskan oleh
Islam... selagi mana mereka berjalan di atas jalan pembinaan dan perubahan dengan
hikmah, berfikir, sentiasa membuat persediaan dan bersesuaian dengan realiti. Allah
tidak akan mensia-siakan amalan baik yang mereka lakukan.


Akhirnya, segala pujian itu hanyalah bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.


Pengarang
Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.

ULASAN PENULIS: Sesungguhnya ketika membaca mukadimah ini..keinginan diri untuk membaca bukunya sangat berkobar-kobar. Kalian bagaimana??Maka dapatkanlah bukunya..sesiapa yang mahu boleh berikan emel . nanti saya akan kirimkan dalam bentuk PDF. Nilai ilmunya perlu disebarkan..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...