Friday, October 29, 2010

Malaysia, Negara Islam bukan begini caranya...ana tak setuju..T.T

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Malaysia akan Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. 

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.link





p/s : Satu demi satu masalah timbul di dalam Malaysia, selepas ini apa akan berlaku. Ya Allah jauhkan Malaysia dari balaMu ya Allah. Para pejuang, ayuh bangkit!. Pertahankan Agama dan negara kita.

Saif :  Jom kita kerahkan fikiran nak fikir jalan selain buka pintu maksiat dalam negara kita yang selalu kita halang setiap kali 'mereka' nak membukanya..Nak buat cara yang lain xpe..bukan yang INI..

Thursday, October 21, 2010

..Kerana Nafsu Badan Binasa..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Dorongan Hawa  Nafsu
 
Yang dimaksudkan dengan mengikut dorongan hawa nafsu ialah hawa nafsu yang keji
dari segi syarak dan akal, iaitu apabila manusia berjalan berdasarkan kemahuan yang
menyeleweng, dorongan nafsu yang keji dan tidak dikawal oleh undang-undang syara’
dan agama. Apa sahaja yang diingini, dicenderungi dan bersesuaian dengan
kemahuannya akan dilakukan. Dia tidak takut kepada Allah dan balasanNya serta tidak
memikirkan akibatnya.
 
Tidak ragu lagi bahawa hasutan syaitan dan nafsu ammarah memainkan peranan
penting di dalam memberi galakan kepada hawa nafsu yang terdapat di dalam diri
manusia supaya melakukan kejahatan dan kefasadan serta mendorongnya ke arah
penyelewengan dan jenayah.
 
Sekiranya kita teliti ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan kata-kata para salaf, kita
akan dapati kesemuanya mengeji hawa nafsu dengan begitu hebat dan juga
menerangkan kesannya yang buruk di dalam menyesat dan menyelewengkan manusia
dari jalan kebenaran.
 
Di antaranya ialah firman Allah:

Maksudnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang
yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah
kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur engkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya
dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya (sehingga ia tidak dapat
mendengar nasihat pengajaran dan menerima kebenaran, apalagi melihat tanda-tanda kebesaran
Allah yang membawa kepada Iman). Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu mengapa kamu (wahai
orang-orang yang engkar) tidak mahu beringat dan insaf. (Al Jasiah: 23)

 

Firman Allah:

Maksudnya: Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka, nescaya
rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. (Al Mukminun: 71)

Di antaranya lagi ialah:

Maksudnya: Kemudian jika mereka tidak dapat menyahut cabaranmu (wahai Muhammad) maka
ketahuilah bahawa mereka hanya menurut hawa nafsu mereka, dan tidak ada yang lebih sesat
daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk
daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pimpinan kepada orang-orang yang
zalim. (Al Qasas: 50)

 
Banyak lagi ayat-ayat yang membincangkan perkara tersebut.
Ibnu Abbas berkata: Allah tidak menyebut hawa nafsu di dalam al-Quran kecuali Dia
mencelanya. Allah berfirman:
 
Maksudnya: Dan dia menurut hawa nafsunya, maka perumpamaannya adalah seperti anjing.

FirmanNya lagi:

Maksudnya: Dan dia mengikut hawa nafsunya, maka urusannya adalah sia-sia.

FirmanNya lagi:
 
Maksudnya: Maka jangan engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan engkau
dari jalan Allah.
 
Adapun hadis-hadis pula:
Imam Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Orang yang baik ialah orang yang menguasai dirinya dan beramal untuk perkara
selepas mati. Dan orang yang jahat pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan
mengharapkan sesuatu dari Allah.


Ibnu Majah dan Tarmizi meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Apabila engkau melihat sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi dan bertolak
ansur) dituruti, hawa nafsu diikuti, dunia dikejari dan setiap orang yang mengemukakan
pandangan merasa taajub terhadap pandangannya sendiri, maka hendaklah engkau menguruskan
urusan dirimu sendiri dan tinggalkanlah urusan orang ramai.


Daripada Abu Umamah, beliau telah berkata: saya mendengar Rasulallah s.a.w
bersabda: Tidak ada Tuhan yang disembah di bawah langit (di atas muka bumi) ini yang
lebih dimurkai oleh Allah selain daripada hawa nafsu.


Manakala di antara kata-kata Para salafus soleh ialah;

Wahab bin Munabbih berkata: Apabila engkau ragu-ragu tentang dua perkara manakah
yang baik, maka lihatlah kepada yang lebih jauh daripada keinginan hawa nafsumu dan
lakukanlah ia.


Sahl at-Tasturi berkata: Hawa nafsu engkau adalah penyakit, sekiranya engkau
canggahinya maka ia adalah ubat bagi engkau.

* * *

Jalan penyelesaian untuk bebas daripada hawa nafsu.

Kadang-kadang pemuda muslim yang beriman kepada Allah sebagai Tuhan, Islam
sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasulNya, berhadapan dengan
kelemahan sebagai seorang manusia biasa. Dia cenderung kepada hawanya, mengikut
nafsu ammarah dan melayari bahtera kehidupan dengan melalui jalan kefasikan dan
penyelewengan. Oleh itu adakah di sana penyelesaian positif yang boleh mengeluarkan
pemuda tersebut daripada kelemahan kepada kekuatan, membebaskannya daripada
tuntutan hawa nafsu, dorongan melakukan dosa dan kongkongan nafsu ammarah?


Wahai saudaraku para pemuda, Islam telah menggariskan penyelesaian kepada setiap
muslim yang ditimpa kelemahan, digoda oleh hawa nafsu atau dikuasai oleh syahwat.


Apabila dia mengambil penyelesaian tersebut, dia akan menjadi seorang insan yang suci
bersih, bertaqwa dan soleh. Apabila dia berjalan di khalayak ramai, dia akan manjadi
contoh teladan yang baik dan menjadi perhatian mereka.

Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:

1.       Mempertingkatkan keimanan:

Apa yang saya maksudkan dengan mempertingkatkan keimanan ialah seorang mukmin
perlu meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya, mendengar dan melihat
perlakuannya, mengetahui perkara yang nyata dan rahsia, mengetahui pandangan mata
yang khianat dan perkara yang tersembunyi di dalam dada... Dia sentiasa ingat firman
Allah:
   

Maksudnya: Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan
tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari
bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja
mereka berada. (Al Mujadalah: 7)

Dengan keyakinan dan perasaan ini, seorang mukmin akan bebas daripada kongkongan
hawa nafsu, dorongan nafsu ammarah, tunggangan syaitan dan fitnah harta serta
wanita. Dia akan memperlengkapkan dirinya dengan bermuraqabah, takutkan Allah
dan merasaiNya sentiasa bersamanya ketika dia keseorangan dan juga ketika bersama
orang ramai. Semua ini mendorong mukmin tersebut melakukan amal soleh dengan
penuh kesungguhan, amanah dan ikhlas... Bahkan dia dapat menepati kata-kata penyair
Islam:


Apabila engkau bersendirian sedetik, jangan engkau kata,
aku telah bersendirian, bahkan katakanlah aku diperhati,
jangan engkau menyangka Allah lalai walaupun sedetik,
jangan sangka ada sesuatu tersembunyi,tidak diketahuiNya.


2.       Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat.

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatka oeh Muslim:

Maksudnya: Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau,
mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah.

Para pakar jiwa dan pendidikan telah mengakui: Apabila seorang pemuda bersendirian
di waktu lapangnya... ia akan didatangi oleh berbagai khayalan, gelora hawa nafsu dan
memikirkan tentang seks yang memberangsangkan.

Nafsu ammarahnya akan bergelora
di hadapan khayalan dan tuntutan nafsu ini. Kadang-kadang dia terjatuh ke lembah
yang dilarang oleh syara’ yang mendatangkan akibat yang buruk. Adalah lebih
membahayakan lagi apabila dia mempunyai waktu lapang dan harta. Benarlah kata-kata
penyair.


Sesungguhnya pemuda,
waktu lapang dan faktor kesungguhan,
Adalah kemuncak kebinasaan bagi seseorang.


Tidak ragu lagi bahawa jalan penyelesaian untuk bebas daripada semua ini ialah dengan
mengetahui bagaimana cara menggunakan waktunya dan memenuhi kekosongan yang
ada. Alangkah banyaknya bidang boleh diceburi oleh pemuda untuk mengisi masa
lapang. Ianya boleh dipenuhi samada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh
badannya, bersiar-siar merehatkan jiwanya, membuat penyelidikan dan pembacaan
yang boleh menambah pengetahuannya, membuat kerja tangan yang boleh
memperkembangkan minatnya, menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang boleh
mengasuh akhlaknya, turut serta di dalam peraduan yang berbentuk ilmiah (kuiz) yang
boleh melatih mentalnya, berlatih memanah dan cara-cara jihad yang lain yang boleh
mempersiapkan dirinya dan lain-lain jalan penyelesaian yang boleh menjauhkannya
daripada mengikut hawa nafsu dan dorongan nafsu ammarah.


3.       Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Ia adalah prinsip asasi untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan ketaqwaan...
kerana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

Maksudnya: Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan
memakan makanan engkau kecuali orang yang bertaqwa.
Suatu kenyataan yang diakui apabila seorang pemuda bersahabat dengan orang yang
beriman, dia akan memperolehi kebaikan, istiqamah dan teguh untuk beramal dengan
asas-asas Islam... bahkan dia boleh mencapai tahap keimanan, ketaqwaan dan thabat
seperti mereka...
Sebaliknya, sekiranya dia bersahabat dengan orang yang fasik, engkar dan
menyeleweng... dia akan memperolehi daripada mereka kejahatan, kefasikan dan
penyelewengan. Bahkan dia akan menjadi fasik, engkar dan menyeleweng seperti
mereka. Inilah apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Tarmizi:
 
Maksudnya: Seseorang itu berada di atas agama sahabat akrabnya, maka setiap daripada kamu
hendaklah melihat siapakah yang hendak dijadikan sahabat akrab.
Sebuah syair Arab ada menyebut:

Janganlah kamu bertanya tentang seseorang,
tetapi tanyalah tentang temannya.

Setiap teman akan mengambil teladan dari temannya.

Itulah dia -wahai para pemuda- jalan penyelesaian yang terpenting untuk sampai
kepada matlamat pengislahan, ketaqwaan, puncak ketinggian akhlak dan menewaskan
hawa nafsu, was-was dan pujukan syaitan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui
bahawa Allahlah yang memelihara kamu. Dialah yang melapangkan kamu dari setiap
kesempitan dan memberi jalan keluar kepada setiap permasalahan. Benarlah Allah yang
telah berfirman:

Maksudnya: Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan
baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka. (Al Talaq: 2)

* * *

Begitulah -wahai saudaraku para pemuda-, apabila kamu mampu membebaskan
dirimu daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah dan
mengenepikan keinginan hawa nafsu... sesungguhnya kamu telah menghadapi cabarancabaran
tersebut dengan menggunakan cabaran lain yang lebih berkesan, positif dan
lebih baik.

 Pada waktu yang sama kamu telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak
dan berjalan di atas jalan ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu
sebagai seorang ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan
kerana mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya
syaitan, -tanpa syak lagi- mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya,
mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan dan kebatilan. Allah akan sentiasa bersama
mereka, menolong dan membantu mereka dengan pertolonganNya, mengukuhkan
kedudukan mereka di atas muka bumi, menyediakan untuk mereka sebab-sebab
kekuatan dan keagungan dan menggantikan ketakutan dengan kemenangan... Mereka
menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.


Aturlah urusanmu -wahai saudaraku pemuda- dan berbekallah dengan bekalan iman
dan taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah keazaman di dalam
dirimu.

Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan hawa nafsu; Sehingga apabila
kamu muncul di medan dakwah ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya, kamu
mempunyai pengaruh yang besar di dalam usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi
di medan qudwah dan kesanggupan yang kuat di dalam menyebarkan Islam... Bahkan
apabila manusia melihatmu, mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih
sayang dan optimis.

 Ketika kamu menyeru mereka, tidak ada seorang pun yang tercicir
dari menyahut dan taat. Ketika kamu meminta supaya mereka beratur di dalam saf
dakwah, mereka akan melakukannya dengan penuh ketaatan dan minat.


Dengan ini semua -wahai saudaraku para pemuda- kamu telah memperbanyakkan
kader-kader Islam di seluruh alam yang mana melalui merekalah dasar-dasar Islam
akan tersebar luas ke seluruh pelusuk bumi dan terbinanya daulah Islam serta
terbebasnya Negara Islam daripada perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan
penjajah.

Ketika itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan
Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.


dipetik dan dicetak dari buku ust. Abdullah nasih Ulwan..
p/s: Moga bermanfaat..

Wednesday, October 20, 2010

Tiba Masanya untuk Berfikir di tahap yang tinggi!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Satu entri menarik dan sepatutnya kita tahu!Saya menyesal terlambat mendapat berita ini, namun bersyukur kerana apa yang saya boleh buat ialah dengan menyebarkan untuk kita menilai sendiri. Entri ini adalah sebuah peluang untuk kita semua berfikir dengan lebih rasional lagi. Jangan mudah membuat kesimpulan tanpa menggunakan kemahiran berfikir yang telah saya ajarkan dulu.  Kita memang tidak dibenarkan berat sebelah..Tapi, ingat..fikiran dengan syariatullah..Syariatullah adalah lebih utama..Tafakkur sahabat, tafakkur!

Ini entri sahabat saya..arrumaisa.Jazakilah..

Astaghfirullahal'azim...
Mengucap panjang apabila membuka peti inbox yahoo saya....

Inikah yang dikatakan Islamic???




Satu penghinaan kepada Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad...
Ya Allah ampunkan dosa-dosa hamba-hambaMu...
















“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukanlah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah denganku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkanlah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”

Inilah petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW). Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah. Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggungjawab sebagai pemimpin ummat Islam. Tindakan beliau membawa implikasi bukan sekadar kepada ummat Islam sahaja, tetapi kepada agama Islam itu sendiri.

Beginilah sikap sebenar pimpinan yang kita impi-impikan... Tidak mahu berbicara panjang, moga dapat membuka mata hati dan fikiran... Wallahua'lam

Cabaran Pemuda Masa kini.

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Buku ini bertajuk, Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini.Karya, Ust. Abdullah Nasih Ulwan.


Muqaddimah Penulis

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Salawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan semua para sahabat baginda. Begitu juga ke
atas para duat di jalan Allah sehingga hari kiamat.

Ketika saya pergi ke London pada tahun 1403H untuk menjalani rawatan terhadap
penyakit yang saya hidapi, saya sempat menziarahi perkhemahan musim panas
bersama-sama dengan Pengetua ‘Dar Ar Ri’ayah Al Islamiah’, Doktor Mahmud Al
Khoni (semoga Allah memeliharanya) yang telah memberikan perhatiannya kepada
saya bermula dari ketibaan saya di sana sehingga saat kepulangan... Semoga Allah
memberikan balasan terhadap jasa-jasanya kepada saya dan kepada muslimin dengan
sebaik-baik balasan dan memeliharanya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam serta
mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat.


Sebaik sahaja kami tiba di perkhemahan tersebut dengan diiringi oleh beliau, kami telah
disambut oleh rakan-rakan seperjuangan -semoga Allah memberkati mereka- dengan
suasana yang meriah dan penuh penghormatan. Setelah kami berehat sebentar di tempat
khas yang disediakan untuk tetamu, saya telah diminta oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap perkhemahan tersebut untuk menyampaikan ceramah
kepada para pemuda yang bilangannya melebihi tiga ratus orang, yang datang dari
segenap pelusuk. Tetapi Al Akh Doktor Al Khoni telah meminta keuzuran bagi pihak
saya memandangkan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan dan pada
keesokan harinya saya akan dimasukkan ke hospital untuk kali kedua. Pada mulanya Al
Akh yang bertanggungjawab terhadap perkhemahan telah berpuashati, tetapi apabila
para pemuda mengetahui tentang kehadiran saya, mereka telah merayu supaya saya
membuat penyampaian untuk mereka walaupun seketika untuk membolehkan mereka
berkenalan dengan diri saya yang lemah ini dengan lebih dekat lagi. Juga untuk
mendengar daripada saya perkara-perkara yang memberi manfaat kepada agama dan
dunia mereka.


Berdasarkan permintaan tersebut, saya dan Al Akh Doktor Al Khoni memberi
persetujuan. Beliau berharap supaya saya tidak emosional dan tidak memaksa diri
ketika menyampaikan ceramah memandangkan keadaan diri dan kesihatan saya ketika
itu. Saya berjanji untuk cuba menepati nasihatnya.


* * *


Setengah jam sebelum ceramah dimulakan, saya bertanya kepada orang yang
bertangungjawab terhadap ceramah di perkhemahan tersebut tentang tajuk yang
munasabah dengan tema perkhemahan dan permasalahan pemuda. Beliau menjelaskan
bahawa tema perkhemahan ialah ‘Dakwah Islamiah dan Cabaran Masa Kini’. Oleh itu,
yang paling sesuai ialah -sebagaimana yang dikatakan oleh beliau- tajuk yang
bertepatan dengan konsep dan tujuan tema perkhemahan. Beliau meminta saya
memikirkan seketika untuk menentukan tajuk yang diiklankan ketika bermulanya
ceramah. saya terus mengambil sehelai kertas untuk mencatat tajuk dan isi-isi penting
yang berhubung kait dengan tajuk ceramah. Setelah berfikir sebentar, Allah
mengilhamkan kepada saya tajuk ceramah ialah: `Pemuda-pemudi muslim dalam
menghadapi cabaran'. Saya bersyukur kepada Allah kerana tajuk ini adalah bertepatan
dengan tema perkhemahan dan sesuai dengan keperluan para pemuda... dan saya terus
mencatat topik itu pada kertas beserta isi-isinya sekali... semuanya ini dapat saya
siapkan lebih kurang lima minit sebelum bermulanya ceramah.
* * *
Sebenarnya, sebelum memulakan ceramah, saya rasa gementar kerana bimbang tidak
dapat menepati kehendak tajuk ceramah disebabkan kesihatan dan jemputan tersebut
adalah secara bidan terjun. Tetapi Allah telah memberikan taufik dan pertolonganNya...
Bahkan buah fikiran dan idea-idea telah datang mencurah-curah di mana saya tidak
pernah menyangkanya sebelum ini dan saya merasakan bahawa saya berada dalam
keadaan sihat dan segar. Bahkan saya merasakan seolah-olah saya adalah seorang
panglima perang yang sedang menggoncang hati dan perasaan tentera dengan tutur
katanya.


Ceramah tersebut memakan masa lebih dari satu jam. Di dalam ceramah itu saya telah
membincangkan cabaran-cabaran terpenting yang dihadapi oleh pemuda-pemuda Islam
di dalam masyarakat Islam di zaman kelemahan dan kesesatan ini. Ia mengandungi lima
isi-isi utama yang telah saya sentuh dan saya kupaskan secara panjang lebar
berdasarkan keluangan waktu yang ada. Isi-isi tersebut ialah seperti berikut;
1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
2. Cabaran serangan pemikiran.
3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
4. Cabaran kerajaan sekular.
5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
Saya bukan sahaja membentangkan cabaran-cabaran, dalil-dalil yang membuktikannya
dan kejinya perancangan-perancangan yang berkaitan dengannya, tetapi saya juga telah
mencadangkan penyelesaian yang positif ketika berhadapan dengannya. Dengan berkat
dan kelebihan dari Allah Taala, ceramah ini telah menepati tema perkhemahan dan
sesuai dengan keperluan para pemuda.
Selepas selesai menjawab persoalan yang di kemukakan oleh hadirin... saya meminta
kepada semua pemuda-pemuda yang hadir agar mendoakan agar saya disembuhkan
oleh Allah... sambil menyatakan kepada mereka bahawa saya akan dimasukkan ke
hospital pada keesokan harinya untuk menjalani pembedahan. Mereka semua telah
mendoakan untuk sayadengan doa yang khusyuk dan permintaan yang ikhlas kepada
Allah. Dengan itu Allah telah memperkenankan doa dan permintaan mereka. Al
HamdulilLah, saya telah keluar daripada hospital dan Allah telah menganugerahkan
kesihatan kepada saya setelah menanggung sakit dalam tempoh yang lama. Kepada
Allahlah segala kesyukuran dari awal hingga akhirnya.
* * *
Selesai sahaja ceramah, sebahagian dari pemuda mengerumuniku. Mereka meminta
supaya ceramah tadi dibukukan, dicetak, dan diedarkan kepada pemuda-pemuda
muslim di setiap tempat agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka semua dan bagi
mereka yang berkepentingan dapat mengambil faedah daripada tajuk-tajuk yang
dibincangkan... Saya berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan yang tinggi
dan perhatian yang serius serta berjanji akan melaksanakan cadangan mereka secepat
mungkin.
Sebaik sahaja saya kembali ke tempat kerja iaitu rumah saya di Jeddah, dengan
pertolongan Allah saya terus berusaha membukukan segala buah fikiran, permasalahan
dan jalan penyelesaian yang telah saya sampaikan di dalam ceramah... Tetapi ketika
menulis, saya telah mendapat buah fikiran, idea-idea, dalil-dalil dan jalan-jalan
penyelesaian yang baru. Bahkan buah fikiran tentangnya datang mencurah-curah
kepadaku. Saya menyangka tajuk ‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa
Kini’ ini paling banyak tidak akan melebihi seratus mukasurat.. Tetapi fasal cabaran
kerajaan sekular di negara Islam sahaja telah mengambil ruang yang banyak sehingga
memenuhi hampir setengah daripada buku ini.
* * *
Kemungkinan ada yang bertanya; "Mengapa pengarang terlalu membincangkan
mengenai cabaran kerajaan sekular dan jalan penyelesaiannya dengan panjang lebar.?"
Jawapannya ialah, kerana cabaran kerajaan sekular yang berfahaman tidak beragama
adalah berkait rapat dengan kesedaran dan kebangkitan Islam yang telah menular ke
seluruh masyarakat Islam di Barat dan juga Timur.
Oleh itu semestinya kita meninjau
perkembangan sekular; Apakah matlamat para sekularis yang melaung-melaungkan
syiar mereka? Bagaimanakah ia memasuki negara-negara Islam? Apakah wasilahwasilah
terpenting mereka untuk mensekularkan umat Islam? Mengapa para
pemerintah Islam amat memberi perhatian dan membelainya? Dan apakah sikap positif
yang perlu di ambil oleh pemuda ketika berhadapan dengannya?.


Saya berpendapat semuanya itu perlu disebut dan dibincangkan dengan panjang lebar,
sehingga para pemuda kita dapat mengetahui bahaya sekularisma, mengetahui
perubahan-perubahan yang mereka kehendaki yang meliputi sudut-sudut akidah,
akhlak, sosial dan politik di dalam negara Islam. Semuga mereka melaksanakan peranan
mereka menentang, melemahkan kekuatan, menhapuskan bahaya dan ancaman
sekularisma ini. Moga-moga mereka berazam dan melakukan semua ini bersungguhsungguh
dengan izin Allah.


* * *

Tetapi bagaimanakah mereka hendak menentang dan melemahkan kekuatan
sekularisma ini?


Adakah mereka menentangnya dengan membabi buta tanpa persediaan?
Adakah mereka mampu melakukannya dengan hanya beberapa kerat pemuda yang
berani berjihad dan berkorban apa saja?


Semua persoalan ini telah kami jawab. Di samping itu kami telah menjelaskan jalan-jalan
penyelesaian yang positif di dalam usaha menentang kerajaan sekular dalam bentuk
yang sesuai dengan realiti dan logik yang ada serta menepati sunnah dan sebab-sebab
kemenangan menurut pandangan Islam.


Tidak ragu lagi apabila para pemuda Islam yang telah memainkan peranan di tengahtengah
medan kesedaran Islam dan bilangan mereka telah berlipat ganda di negaranegara
Islam di setiap tempat mengetahui manhaj amal yang perlu diikuti, mengetahui
marhalah yang tersusun rapi yang mana berdasarkan marhalah-marhalah ini mereka
bekerja dan maju ke hadapan setapak demi setapak... maka sesungguhnya dengan izin
Allah kemenangan akan menyebelahi mereka dan mereka akan berjaya menegakkan
hukum Allah di atas muka bumi ini.


Ketika para pemuda muslim membaca mengenai jalan-jalan penyelesaian positif ketika
berhadapan dengan kerajaan sekular, mereka akan mendapati padanya terdapat manhaj
amal yang jelas dan langkah-langkah yang detail dan tersusun yang mana tidak ada
sebab untuk berlaku kekaburan dan keraguan.


Untuk menjelaskan semua ini, maka fasal cabaran kerajaan sekular telah mengambil
ruang yang lebih dari fasal-fasal yang lain di dalam buku ini. Ini adalah kerana
kepentingannya dan ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan realiti muslimin dan
kesedaran Islam yang telah tersebar luas ke seluruh alam.
* * *


Kepada Allah saya memohon agar menjadikan amal ini ikhlas keranaNya dan semoga
para pemuda muslim akan menjumpai keperluan mereka yang berharga di dalam buku
ini... untuk menghadapi semua cabaran-cabaran semasa. Allah akan sentiasa bersama
mereka selagi mana mereka bekerja kerana Allah dan di jalan Allah... selagi mana
mereka tidak mengabaikan sunnah-sunnah kemenangan yang telah digariskan oleh
Islam... selagi mana mereka berjalan di atas jalan pembinaan dan perubahan dengan
hikmah, berfikir, sentiasa membuat persediaan dan bersesuaian dengan realiti. Allah
tidak akan mensia-siakan amalan baik yang mereka lakukan.


Akhirnya, segala pujian itu hanyalah bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.


Pengarang
Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.

ULASAN PENULIS: Sesungguhnya ketika membaca mukadimah ini..keinginan diri untuk membaca bukunya sangat berkobar-kobar. Kalian bagaimana??Maka dapatkanlah bukunya..sesiapa yang mahu boleh berikan emel . nanti saya akan kirimkan dalam bentuk PDF. Nilai ilmunya perlu disebarkan..

Sunday, October 17, 2010

Meneroka Alam Baru...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sesungguhnya, setiap jiwa pasti akan melalui proses kematangan..

Maka, insan yang bergelar MAHASISWA juga seharusnya menerima keadaan itu dengan tenang. Jiwa Muda akan mengajak untuk melakukan pelbagai tindakan yang akan menyebabkan dimensi pemikiran berkembang. Usah dirisaukan dengan penentangan jika yang dilakukan itu bukan sesuatu yang menyalahi Sunnatullah..

Agar proses pembaikan masyarakat dilakukan, maka dirinya perlu menerima segala kritikan dan cemuhan. Bukan mudah untuk menjadi insan seperti ini. Namun, selagi ini tidak berlaku, sampai bila-bila masyarakat tidak berubah. Sampai bila-bila masyarakat berasa puas dengan kemunduran. Sampai bila-bila tanpa sedikitpun rasa kesal. Aduhai, malangnya berada dalam masyarakat seperti ini.

Pemikiran yang dikembangkan masih terbatas dalam ruang lingkup yang kuno. Tiada inisiatif untuk mencari perkara baru. Perkembangan dunia tiada tahu. Hanya menunggu disuap dan disuap. Maka jadilah si lembu yang dicucuk hidung.

Sumber yang disaji bukan telus, itupun tiada bantahan. Terima bulat-bulat tanpa persoalkan mana yang empat segi. Duit menjadi tuhan , demikian telah syiriknya jika ditafsirkan. Namun, bukan semua begitu. Masih ada jiwa yang sedar. Bilangannya akan bertambah. Masa depan masih boleh dicatur. Kita tengok dan lihat. Usaha itu sudah bermula. Sediakan dirimu untuk menerima perubahan. Jangan sampai terkejut budaya, seperti mana melihat hendonisme. Yang ini ambik dan praktik.

Sekali lagi mahasiswa, ini cabaran buat dirimu. Bukan orang lain yang dituju pesanan ini. Hanya untuk mu.

Masih buat dirimu, Yang mahu ambil tahu.

Friday, October 15, 2010

Apa lagi yang Sabah perlukan??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum..

Berbicara tentang Sabah, bukan satu perkara yang ringan di pandangan mata. Sabah negeri yang kini mengalami satu transformasi yang begitu rancak. Bukan saja satu sudut politiknya , malah dari sudut keadaan sosial dan lebih-lebih lagi mengenai pemikiran rakyatnya yang kini sudah membuka mata..

Apa yang diimpikan oleh penduduk sabah ialah satu perubahan yang tidak mendasarkan kemajuan sebagai pengukur semata-mata, malah, mereka mahukan pembangunan modal insan dimajukan bersama seiring dengan kemajuan yang diwar-warkan.

Bagi insan yang beragama ISLAM seperti saya, saya mengimpikan Sabah memiliki sebuah pusat Pengajian Ilmu ISLAM untuk melahirkan para 'Ulamak yang menghadam ISLAM dengan tepat dan menyebar luaskan ajaran ISLAM dan paling penting dapat menjalankan ISLAH kepada masyarakat ISLAM yang hanya pada nama sebahagian besarnya. Bukankah dengan ajaran ISLAM kita mampu membangunkan MODAL INSAN dengan lebih berkesan?

Tidak salah kita memajukan ilmu-ilmu fardhu Kifayah seperti yang melibatkan urusan permodenan, teknologi, sains dan juga apa-apa cabang ilmu yang dimiliki oleh barat. Namun, seperti yang dibuat oleh UIAM, sistem pembelajaran di sini telah ditapis propaganda kebaratannya dan diislamisasikan dengan menggabungkan nilai-nilai ISLAMIK kedalamnya. Maka, graduan yang dilahirkan mempunyai kesedaran tentang usaha orientalis yang cuba menyerang umat ISLAM dengan perang Saraf melalui ILMU.

Pakar-pakar Akademik Muslim dan para bakal pakar akademik (selain pengajian islam)seharusnya cuba untuk menjadikan pengajian mereka selari dengan kehendak ISLAM, sungguhpun mereka bukan Mahasiswa UIAM pada asalnya. Di sini, teringat pada satu sessi kelas talaqqi yang saya hadiri, Ust. Muhadir sebagai murabbinya mengatakan bahawa, antara ilmu agama dan ilmu duniawi..Ilamu agama lebih utama, namun...Keperluan untuk menyaingi musuh begitu menuntut kita untuk turut menguasai ILMU-ILMU selain ILAMU agama. Maka, bagi mereka yang mengambil kos selain pengajian ISLAM mereka seharusnya turut bersaing dengan pelajar pengajian Islam melazimkan diri untuk menghadiri kuliah-kuliah agama seperti talaqqi paling tidak pun ke kuliah-kuliah maghrib yang terdapat didalam kampus masing-masing.

Apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang kurang bernasib baik@tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT?

Golongan ini perlu berusaha untuk mengikuti pengajian agama dan kuliah-kuliah yang diadakan di surau-surau ataupun di masjid-masjid berhampiran. Andai kata tiada tenaga pengajar, maka bolehlah meminta pada pimpinan mukim ataupun kampung supaya menjemput mana-mana ustaz atau ustazah yang mempunyai ILMu agama dan seterusnya boleh menyampaikan ILMU-ILMU tersebut tanpa mengenakan bayaran yang melampau..Kadang-kadang ada saja yang mengambil kesempatan. Semoga kita semua terlepas daripada golongan ini. Sekiranya ada ustaz-ustazah yang tidak mengenakan bayaran...dan mereka datang atas kesedaran terhadap hak masyarakat sekeliling yang memerlukan ILMU agama yang mereka miliki, maka itu lebih baik.

Cadangan seterusnya, bolehlah berusaha dengan membeli bahan-bahan bacaan yang berkaitan sebagai permulaan dan kemudian bertanya dengan insan yang ahli dengan permasalahan tersebut jika kita takut tersalah faham isi kandungan buku itu.

Khususnya di keningau, Pusat Latihan Dakwah sudah lama menapak di sana, namun, penglibatan pelajar-pelajarnya dengan masyarakat masih belum kelihatan. Atau mungkin masih perlu ditampung dari aspek tenaga pengajar yang berpengalaman. Sama-sama kita mengambil tahu. Sepatutnya, pusat pengajian ini sudah boleh dijadikan sebagai tapak permulaan bagi merealisasikan kewujudan PUSAT ILMU ISLAM yang saya sebutkan di awal perbincangan. Dan harapnya pelajar keluaran PLDK buakn mereka yang mengabdikan diri pada keluarga semata-mata apabila habis pengajian kelak seperti kebanyakan yang berlaku sekarang. Mungkin ada yang berkhidmat di JHAEINS namun, berapa sangatlah yang turun ke dalam masyarakat?

Di Sook sendiri pun, baru 4 orang pegawai tetap yang saya tahu wujud di pejabat daerah sana.
Maka, lihatlah kekosongan-kekosongan yang perlu diisi oleh INSAN-INSAN yang mengaku intelek ini. Belum lagi saya libatkan kekosongan yang patut diisi dalam sektor ekonomi dan pendidikan. Berapa ramai orang ISLAM di sana?

Kesimpulannya, entri ini adalah untuk meluahkan pandangan terhadap keadaan negeri yang tercinta. Semoga entri ini dapat mencetus satu azam yang menggunung dan kesedaran terhadap kekuatan ISLAM yang sangat-sangat perlukan tenaga dari semua aspek kehidupan, bukan hanya aspek pengislahan malah juga aspek kehidupan yang lainnya.

15/10/2010

Thursday, October 14, 2010

Icon Gay di Malaysia

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
 Diambil dari blog sahabat..

Icon Gay di Malaysia



13 Oct, 2010 Author: Syahir
Filed Under: ceritaku










Adam Lambert satu nama baru yang saya kenal baru-baru ni. Takde kerjalah nak kenal dia sebelum ni. Tak faedahnya, Tapi atas jasa golongan tertentu yang telah menjemput Si Adam ni ke Malaysia akhirnya saya terpaksa mengenali manusia ini...










Isu berkenaan Adam Lambert akan mengadakan persembahan pada 14 oktober ini hangat diperkataan. Cuma ada juga sebahagian golongan yang tidak mengambil kisah hal ini pun..










Personal, apabila diajukan soalan kepada saya adakah saya meminati Adam Lambert? jawapan yang jujurnya 'tidak'... kadang-kadang terfikir pulak, ikut celah mana pulak ada peminat Adam Lambert di Malaysia ini.. Ataupun penganjur konsert ini yang terlalu meminati si penyanyi yang dikatakan icon GAY ini?? entoh le....










Yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia dapat melihat sendiri dan menilai sajian bentuk apakah yang diberikan pentadbiran negara yang sudah 50 tahun memerintah negara kita ini. Kalaulah ini bentuk pendidikan yang di sajikan kepada golongan muda khususnya, Malaysia mesti akur bahawa Islam tidak dapat lagi bertebaran luas di Tanah Melayu tercinta kelak... Mungkin tahun-tahun akan kedatang sejarah Malaysia bertambah dengan satu lagi topik iaitu Zaman Jahiliyah Melayu.. na'uzubillah...










Dalam keadaan ramai umat Islam yang cintakan agama berteriak kemarahan, alhamdulillah tampil golongan anak muda untuk menzahir rase tidak puas hati mereka. tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam (GAMIS) yang berani bersuara menyatakan kebenaran. Tidak perlu hendak bertopeng dengan 'Islam' andai takut untuk menegakkan Islam.Takut dengan dengan 'xifu' Amerika untuk menyatakan kebenaran Islam...










Mahasiswa mahu Puspal batal konsert Lambert :Harakahdaily


Mahasiswa bantah Adam Lambert : Mahasiswakini










Perjuangan Munafiq










Saya masih ingat lagi kata-kata ini, "Kalau demonstrasi pada hari ini tidak mengubah pendirian Israel, maka kita akan pergi ke sana!" Nah amek... suara melayu lantang menyatakan kemarahan mereka sewaktu tentera Israel menyerang konvoi Marvi Marvara ke Gaza. Demonstrasi UMNO yang seperti takde nilai ketika itu... Hampeh.... Entah apa sebenarnya mereka perjuangankan... takkan sebab ade rakan mereka atas kapal itu mereka bersuara lantang menyatakan kemarahan mereka..


143. mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. (An-nisa')


Apakah pendirian kerajaan sebenarnya??? Islam atau Kafir???? Jika benar Islam tolonglah buktikan... kalau kafir tunggulah saat UMNO dilingkupkan...






Allah menjadikan Syaitan daripada kalangan manusia dan juga Jin... Membawa hiburan untuk melalaikan apatah lagi dengan menampilkan icon penyanyi yang tiada nilai moral adalah salah satu agenda syaitan daripada kalangan manusia untuk menyesatkan Umat Islam. Tidak mustahli juga syaitan manusia itu ada dikalangan umat Islam... ayooo.... berkawan pulak dengan syaitan untuk menyesatkan rakyat Malaysia.... inilah kerajaan Malaysia.. Sibuk menyatakan PAS bersahabat dengan 'Syaitan' padahal mereka terang benderang menyokong perbuatan syaitan... firman Allah:






"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)






PENGUMUMAM










Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan satu demonstrasi aman ‘Membantah Penganjuran Konsert Adam Lambert’ yang akan diadakan dihadapan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 oktober (hari ini) jam 7.30 malam selepas solat maghrib... Semua dijemput hadir. Anda boleh muat turun risalah di sini


Pemilik Blog mengambil post ni dalam blog sahabatnya...
The matter is...If we Just look and Agree saja Maksiat yang terang lagi jelas nak terjadi selepas Redha dengan konsert ni, Di manakah sesitiviti kita umat ISLAM???

ISLAM mengajar kita untuk MENCEGAH sesuatu dari dilakukan jika ia memang berpotensi untuk menuju ke arah MAKSIAT..berdasarkan konsep , menjauhi syubhah. Jatuh dalam syubhah akan jatuh kle dalam HARAM.

Dan, jangan salahkan siapa yang tampil untuk membela ISLAM, siapapun kamu, kalau membela ISLAM maka BALASAN yang BAIK akan MENYUSUL..Tapi Jika kamu tidak membela ISLAM kerana tidak bersetuju dengan orang yang terkehadapan untuk membela ISLAM...MOGA ALLAH BAGI HIDAYAH...

Penulis berpendirian, JIKA itu satu kemusnahan untuk ISLAM secara perlahan-lahan...BAIK cegah!
Takbir!

Semoga ALLAH bagi kemudahan dalam usaha membantahnya...amin..
p/s:

Wednesday, October 13, 2010

Tahap Pemikiran Pelajar Pengajian Islam rendah???

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sebaik habis kelas 'Dirasat Quran', melangkahlah kami ke bilik pensyarah kesayangan kami, Dr. Pn. Norlilah.

Perbincangan banyak berkisar mengenai pembelajaran di dalam kelas..lalu, selepas perbincangan mengenai pembelajaran dalam kelas, beralih pula mengenai satu topik yang menyebabkan saya terkesima, begitu juga dua orang sahabat saya Nicah dan  Annur.

Pensyarah saya mengatakan bahawa, satu kajian telah dijalankan untuk meninjau tahap pemikiran semua pelajar berdasarkan kos pengajian masing-masing. Apa yang mengejutkan, pelajar UIAM jurusan Pengajian Islam adalah yang paling rendah tahap pemikiran mereka. Lalu, pengkaji menyarankan agar metodologi para pengajar pelajar dari jurusan ini harus diubah memandangkan apa yang digunakan sekarang, pelajar lebih cenderung untuk menghafal sesuatu selain memahami tanpa menggunakan pemikiran yang lebih kritikal.

Inilah rupanya punca para pelajar seperti IRK, BARB dan yang sewaktu dengannya(ada lagi yang tidak disebutkah??) disabitkan dengan kenyataan ini!

Demi tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya teringin untuk bertanya para pelajar jurusan yang disebutkan di atas, apakah kita menyedari realiti ini??Jikalau sedar..Apakah inisiatif atau tindakan yang sewajarnya diambil supaya keadaan ini tidak kekal selamanya?

Jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam jurusan Kejuruteraan atau lain-lain, mereka ini selalu menggunakan pemikiran untuk menjalani pengajian mereka. dibantu pula oleh tugasan yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti dan idea sendiri. Di sini mereka berfikir lebih.

Walau bagaimanapun, duhai sahabat sejurusan saya(saya pun ambil kos pengajian ISLAM=))bukan bermaksud kita perlu tukar kos..bukan juga kita tidak perlu respon perkara ini, apa yang perlu..Kita mesti berusaha lebih untuk mencari nilai-nilai dan apa juga unsur yang akan menyebabkan kita menggunakan pemikiran kita. Antara cadangan yang diberikan oleh Pn. Norlilah ialah, sertailah mana-mana organisasi atau persatuan-persatuan yang boleh menbina kemahiran insaniah kita secara tidak langsung.

Program seperti Anak Angkat, Program Jamboree dan program  yang sewaktu dengannya antara contoh program yang boleh dianjurkan supaya kemahiran insaniah kita juga kemahiran berfikir kita akan lebih terasah lagi.

Sebagai bekas Tim. Pengarah untuk Islamic Borneo Jamboree, saya mengakui, masalah-masalah yang berlaku dan melanda semasa dalam proses perancangan dan semasa berlangsungnya progran mengajar saya supaya lebih matang berfikir dan berpandangan jauh. Kebanyakan masalah tidak akan timbul jika perkara tersebut sudah dijangka awal dan disusuli tindakan yang sewajarnya.

Mungkin kalian lebih nampak mana-mana peluang yang boleh diambil. Peluang bukan datang banyak kali. Manfaatkan peluang pertama, insya ALLAH tiada penyesalan. Langkah pertama menjadi pengalaman yang akan mengajar kita untuk langkah yang seterusnya.

Kesimpulannya, bukan mahu mendakwa diri bukan termasuk dalam kalangan yang berfikiran rendah..Namun, mahu mengajak para sahabat, ayuh kita buktikan diri kita bukan seperti yang diperkatakan dan sedarlah, jurusan kita kalau dikaitkan dengan permasalahan umat di luar sana lebih membuatkan kita berfikir lebih tinggi dari mereka yang berada di dalam jurusan-jurusan yang lain!

p/s: Menulis juga satu cara menganalisis cara kita berfikir..=)

Tuesday, October 12, 2010

Memahami apa itu Zina Hati...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
sumber: langitilahi.com.
Oleh : Hilal Asyraf


Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Bila kamu bising fasal Zina Hati.

Zina? ~ picture by unda of deviant art.
Zina? ~ picture by unda of deviant art.
Cerpen saya yang terkini, nampaknya menjemput satu ayat dua perkataan bertulis: ZINA HATI. Saya tidak faham di mana silap dan salahnya kerana perkataan itu adalah amat ‘asing’ dalam arena penulisan saya selama ini, walaupun karya-karya yang lebih kurang demikian telah banyak dikeluarkan oleh saya sebelum ini.
Tapi seronok juga. Boleh menulis artikel ini. Haha. Hidup ini mahu tenang dan steady sahaja. Cool.
Jadi di dalam artikel ini saya akan membicarakan berkenaan Zina Hati.
Dan sedikit teguran kepada orang yang hendak ‘menegur’ berkenaan Zina Hati ini.
Semoga Allah redha.
;-)

Asal istilah Zina Hati

Hati boleh berzinakah? Aha. Mana datang istilah Zina Hati ini? Datangnya adalah daripada hadith berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.
 
Maka di sinilah munculnya istilah Zina Hati.
 
Bukan sebarang reka sahaja ya. :-)

Bagaimana zina hati?

Macam mana hati boleh berzina? Adakah dengan membayangkan dirinya melakukan zina dengan kekasihnya? Boleh juga demikian. Tetapi tidak semestinya perkataan ‘zina’ itu diterjemahkan kepada mengkhayalkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj semata-mata.
 
Zina Hati boleh juga terjadi apabila kita terlalu asyik mengkhayalkan pasangan kita, orang yang kita suka dalam keadaan mereka itu masih belum mahram terhadap kita. Yalah, zina itu adalah untuk kita dengan yang bukan isteri@suami kita. Kalau dia suami@isteri kita, itu tidak zina namanya. Tidak begitu? Fahamkan?
 
Maka yang membawa kepada terlalu asyik mengkhayalkan itu boleh bermula dengan pergaulan yang tidak terbatas baik di alam maya atau di alam realiti, dengan pelbagai cara dan versi. Akhirnya ia mewujudkan gangguan di dalam jiwa dan hubungan kita dengan Allah terganggu. Di sinilah berlakunya zina hati.
 

Kita tidak akan memandang Zina Hati ini besar, melainkan ia menganggu hubungan kita dengan Allah SWT. Hal ini kerana, dua perkara yang mustahil bersatu adalah keingkaran kepada Allah dan ketaatan kepadaNya. Gangguan terhadap jiwa, semestinya melunturkan kehidupan hati kita.
Satu perkara yang perlu diperhatikan di dalam hal Zina Hati adalah, apabila ianya tidak terkawal lagi, maka mungkin kita akan terbayangkan ‘zina’ yang sebenar di dalam khayalan kita, dan kemungkinan besar kita akan benar-benar melakukannya di alam realiti.
 

Maka hendaklah kita kembali memerhatikan bagaimana kita dalam menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan.


Satu perkara berkenaan Zina Hati


Satu perkara penting perlu diperhatikan pada Zina Hati adalah, terletak perkataan ‘hati’ di sebelah perkataan ‘zina’ itu. Ya. Ada perkataan ‘hati’. Maka di sini, siapakah yang dapat menghukum, menghitung, mengadili hati seseorang manusia itu?
 

Selain Allah SWT, saya tidak kenal sesiapa yang mampu melakukannya. :-)
Sebab itu, kita tidak boleh mengatakan kepada si fulan bin fulan: “Enta dah zina hati ni.” walaupun mungkin dia kelihatan angau berjalan melayang macam atas angin. Hal ini kerana, ingat, jatuh cinta, rindu, itu adalah fitrah. Dan naturalnya, memang manusia ada waktu ’slip’nya, tetapi tidaklah itu 
boleh dijadikan dalil untuk menghukum hati seseorang.
 

Guru saya di dalam ilmu Aqidah, Dr Ala’ Hilat mendidik saya bahawa: “Hatta sekiranya kau melihat seseorang itu sujud kepada pokok sekalipun, jangan sesekali kau mengkafirkannya (yakni menghukum keimanannya). Tetapi katakanlah kepadanya, bahawa perbuatannya adalah perbuatan orang kafir.”
 

Maka kaedah ini digunakan di dalam permasalahan hati, dan semestinya permasalahan perkara Zina Hati ini. Tidak boleh menuduh seseorang itu: “Enta zina hati ni,” tetapi bolehlah berkata kepadanya: 

“Angau-angau ni bolehlah membawa kepada zina hati. Enta kena hati-hati.” Ternyata, ayat pertama dan kedua adalah dua ayat yang sama sekali berbeza. Di sini letaknya beza ‘tuduhan’ dan ‘teguran’.
Sebab itu, sebagai contoh paling dekat dengan mata anda sekarang, adalah artikel saya dan website 

Langit Ilahi ini. Jika anda perasan, Langit Ilahi banyak membincangkan hal-hal hati, keimanan, hubungan dengan Allah, dosa dan sebagainya. Banyak hal dalaman. Tetapi apakah saya mengajar anda untuk menghukum orang lain? Tidak. Banyaknya melihat diri sendiri.
 

Sebagai contoh, apabila saya berkata keimanan itu buktinya adalah amal. Kalau tak pakai tudung itu tanda tidak sempurnanya iman. Dari segi fakta, ia benar. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk menuding jari seperti ini: “Tengok akak tu, dia tak pakai tudung. Iman dia tak sempurna.” Tidak dan tidak. Tidak sesekali untuk menghukum orang lain.
 

Dia tidak memakai tudung, itu mungkin adalah simptom kurang sempurnanya iman. Maka kita sebagai ‘doktor’ menjangka dia ada masalah iman. Tetapi kita tidak tahu, benarkah dia ada masalah keimanan dengan Allah? Atau dia memang tidak tahu tudung itu wajib? Jika dia tahu tudung itu wajib, apa masalah lain yang mungkin menyebabkan dia tidak memakai tudung? Maka kita approach dengan hikmah, untuk merawat ‘tidak pakai tudung’ yang kita nampak.
 

Tetapi bayangkan ya, anda terus-terus berkata: “Hei si fulanah binti fulanah, kau tak pakai tudung ni, iman kau tak sempurna.” Agak-agak apa pandangannya terhadap kita?
 

Sebab hal-hal sebegini, jika hendak digunakan untuk mendidik masyarakat pun, ia perlu dikeluarkan dalam bentuk umum. Sebab kita memang tidak akan mengetahui apa kondisi hati seseorang. Kita hanya dapat menjangka sahaja. Yang benarnya, hanya Allah tahu. Maka sekiranya kita menegur, kita tegur secara umum. Jika benar dia bersalah, dan teguran kita adalah teguran yang kena padanya, insyaAllah dia akan tertarik kepada kita dan memperbaiki dirinya.
 

Tidakkah begitu? :-)


Ekstremis di dalam isu Zina Hati


Saya pernah menyarankan berkenaan: “Kalau rindu, jumpalah tunang. Ajaklah makan bersama famili.” Kaedah ini diajar sendiri oleh guru saya, mudir saya, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
Tetapi, wujud suara-suara menyatakan: “Ish, mana boleh. Nanti zina hati.”
 

Pada saya, ini adalah pandangan yang ekstremis. Minta maaf saya sebut.
 

Cuba lihat kiri dan kanan anda, apa suasana masyarakat hari ini? Hubungan tanpa syara’ itu sudah jadi kebiasaan bukan? Couple pegang-pegang tangan, dating dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, memang kita pun ada hajat hendak melakukan demikian. Lebih-lebih lagi kalau yang bertunang tu memang bertemu pun tak pernah, atau sembang pun jauh sekali, sms pun hal-hal penting nak uruskan itu ini then full stop. Jadi apa salahnya me’rai’kan kegundahan jiwanya dengan cara yang syara’?
 

Kenapa mesti mengeluarkan isu Zina Hati di sini?
 

Tidakkah anda melihat bahawa teknik ini adalah ‘gula-gula’ untuk menenangkan ‘anak yang merengek menangis’? Di sinilah seninya.
 

Contoh lain. Cerpen-cerpen jiwang yang syar’ie. Yakni ditulis berkenaan percintaan antara suami isteri. Mengapa diungkit perkataan Zina Hati? Kemudian dikaitkan pula dengan pengarangnya, dinyatakan pengarangnya juga Zina Hati. Mengapa demikian wahai manusia-manusia yang saya kasihi?
 

Tidakkah anda melihat dari satu sudut bahawa watak itu adalah SUAMI&ISTERI? Kemudian sejak bila pula anda menjadi TUHAN dengan menyangka penulisnya membayangkan yang bukan-bukan? 

Kemaruk itu dan ini? Sepatutnya, karya adalah karya. Penulisnya adalah penulisnya. Apakah jika seorang penulis berjaya menulis satu watak yang jahatnya tak boleh blah, sadis dan kejam, dikatakan kepadanya: “Dalam kepala enta ni ada juga bayang benda-benda begini ya.”
 

Sedangkan, kadangkala, seorang penulis itu(contohnya saya) tidak menulis sesuatu itu dari ‘pengalaman’(yakni pernah buat, atau mengkhayalkan diri membuatnya) tetapi mungkin karya itu terhasil dari maklumat-maklumat lain(bacaan, pengamatan) yang diadun dan digubah menjadi karya. 

Dan perlu dilihat juga, KESELURUHAN karya membawa kepada apa? Apa tema utama? Apa yang hendak disampaikan? Tidakkah ZINA HATI merupakan satu perkataan yang hakikatnya merupakan cebisan puzzle yang tidak tepat untuk melengkapkan ‘puzzle’ karya tadi?
 

Maka, jika ekstremis di dalam Zina Hati ini tidak dikawal, maka ‘gula-gula’ buat masyarakat dalam mengajak mereka kembali kepada ‘cinta yang bersih’, memperbaiki takrif mereka terhadap ‘cinta’, akan lenyap. Apakah begitu yang dikehendaki?
 

Maka tidak boleh wujud kompilasi Aku Terima Nikahnya, maka jangan ditulis Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, maka jangan dibuat Tautan Hati dan Mawar Berduri, dan karya-karya Hlovate sepatutnya diharamkan. Kerana semua itu, sekiranya difikirkan secara ekstrim, mampu membawa kepada zina hati.
 

Bagaimana?
 

Maka di sini nasihat saya. Memang bagus niat baik nak risau fasal Zina Hati. Tetapi ekstrem juga bukanlah sesuatu yang bagus. Tambah-tambah, berkenaan hal hati yang ‘tidak nampak’ ini.
Betul? :-)


Penutup: Zina Hati, Allah adalah saksi


Maka akhirnya, jika dilihat dan diperhatikan kembali, zina hati adalah sesuatu yang hanya Allah mampu 
menjadi saksi. Kita sebagai manusia, yang hendak mengajak diri dan masyarakat agar menjadi hamba yang Allah redhai, hanya mampu menjaga diri sendiri dan memberikan teguran kepada masyarakat dalam bentuk umum.
 

Adapun tuduhan, adalah tidak sesuai langsung hakikatnya. Oh, melainkan anda adalah Khidir di zaman ini, maka itu bukanlah termasuk di dalam ajakan saya ini. :-)
 

Pesanan kepada semua pula, sekiranya benar hendak menjadi hamba yang Allah redha, maka hati adalah perkara pertama yang perlu dijaga. Niat, keikhlasan, kejelasan matlamat, semua perlu diperhatikan. Begitulah juga pentingnya menjaga hati dari maksiat-maksiat, lebih-lebih lagi yang halus menyusup seperti Zina Hati ini.
 

Hal ini kerana, apabila hati dijangkiti virus-virus ini, hubungan kita dengan Allah akan terganggu. Itu semestinya.
 

Allah adalah saksi. Walaupun mungkin orang lain tidak berhak menghukum kondisi hati kita. Tetapi Allah tahu.
 

Dan kita juga tahu kondisi hati kita sendiri, untuk melakukan perubahan.
Atau kita memilih untuk membiarkan? :-) 


p/s: sekadar nak meluaskan penyebaran maklumat..ambiklah yang bermanfaat..=)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...