twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Sunday, March 21, 2010

Takkan nak patah semangat kOt??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

" orang yang ku sayang tak menyokongpun apa yang aku cuba buat..."

Ayat ni..kalau kita ambik hati..maknanya..keikhlasan kita hilang..

"Semua orang pandang rendah pada aku..yalah..aku siapa banding mereka.."

Ayat ni..ayat putus asa. Pandangan manusia masih di ambik kira..

"Aku penat da..entah boleh buat atau tidak ni..bukan sekejap nak mula dari awal!"

Ayat ni..boring..tidak bersyukur..Malas nak berfikir pasal HIKMAH ALLAH.

"Baik jadi orang biasa..tak payah terhegeh-hegeh nak ajak org. Diri sendiri tak terurus!"

Ayat orang keliru.

"Hidup hanya sekali, baik penuhi dengan keseronokan!"

Ayat ni, ayat orang jahil.

" Bilalah nak mati ni..tak sanggup tanggung lagi derita ni.."

Ayat tak sedar diri.Terasa diri dah cukup nak pulang ke SANA.Yakah cukup??

"Kena bagitahu semua orang pasal kejayaan ni.."

Ayat riak. Jika niat kita untuk dapat pujian.

"Aku saja yang solat sunat?^^p"

Ujub.Rasa diri baik dah.

"Apa la yang ada pada dunia ni..baik beribadat jak di masjid."

Ayat orang malas.Lupa nasib dunia masih perlu diusaha kan.

"Siapa Penciptaku? Untuk apa aku hidup..kenapa aku di sini??"

Ayat pertama PENERIMA hidayah ALLAH.

"Rupanya ada lagi benda yang lebih penting dari pencapaian akademik, kemewahan dan keseronokan hidup..persediaan ke alam abadi.."

Ayat orang yang bersyukur.

"Solatku,ibadahku,Hidupku, matiku hanya untuk ALLAH!"

Ayat muttakin.

"ALLAH tujuan kami, Rasul Qudwah kami, al-quran petunjuk kami, Jihad jalan kami, mati syahid cita-cita tertinggi kami!"

Ayat Hizbullah.

Nah..anda direntangi berbagai luahan rasa dan perasaan berbagai ragam manusia. Anda orang yang mana??

Jom Muhasabah!

2 comments:

annisaNazifa said...

(^_^)

Umar Zakir Abdul Hamid said...

"Siapa Penciptaku? Untuk apa aku hidup..kenapa aku di sini??"

Ayat pertama PENERIMA hidayah ALLAH.


saya tersentuh membaca artikel ini
alhamdulillah