~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Alhamdulillah..ana masih dapat menulis sesuatu yang baik untuk dikongsi dengan antum/tunna sekalian..
Ana ada urusan yang memerlukan permusafiran..
Apa yang ana nak kongsi ialah..musafir ana setakat ini..
Ana bukan jenis insan yang terlalu duduk diam di umah..Kata orang ada tahi lalat di kaki suka berjalan. Ya, ana akui. Ana pernah hampir2 tak waras terlalu berdiam diri di dalam rumah selama beberapa bulan( semasa menunggu result SPM).
Kini ana berjalan. Hakikatnya, setiap saat adalah dalam permusafiran. Cuma, bezanya, kalau duduk diam dalam umah, tiada sesuatu yang berbentuk pengalaman live berlaku. alih-alih dengar cerita dari mulut orang yang kadang2 boleh menambah dosa..yakni mendengar umpatan..hisy..baru ana terfikir, ada baiknya kita saksikan sesuatu peristiwa secara live daripada dengar depan mata. sebab, bila kita sendiri yang tengok, kita akan mendiamkan diri dan berfikir apakah pengajaran disebalik itu..kalau orang lain yang cerita, lebih-lebih lagi jika peristiwa tu yang kurang manfaat, masya ALLAH..pasti ditambah-tambah..ana minta maaf kalau ana pernah buat begitu..Ana juga insan ..insan=pelupa!sama-sama muhasabah..
Ana p sekolah sejak semalam.
Ada perubahan.
Pelajarnya, semakin comel-comel..
Ustazah ana semakin berseri-seri..samalah macam guru-guru lain...^^
Pagi ni, ana travel p KK sorang-sorang.
naik bas> turun> berjalan kaki 10 minit> melintas jalan> buat urusan> membeli brg2> kembali ke stesen> naik bas> menuju ke sekolah..
Di sekolah jumpa cikgu MAT. Warden ana dulu, guru penasihat segala perkara, sebab beliau kaunselor..Ana suka profession ni..
dia sempat bergurau ketika ana berurusan di Pejabat AM..ada beberapa watak sampingan..=)
mak cik basiah: Sepa suda nama kamu tu?
ana: azimah la mak cik..=)
mak cik basiah: ni sijil kamu, tandatangan..
Ana: ok..(menulis)
mak cik narasih: kamu di mana sekarang?
ana: masih uia..=)
Mak cik narasih tanya macam-macam..termasuk kos ana..dsbg
Mak cik basiah mnyampuk, tak tahu part mana da..tetiba..:boleh la jadi menantu cikgu mat..
Cikgu mat: kalau cikgu , mau 15 jak.
ana: apa yang 15 cikgu?
cikgu mat: kan mau jadi menantu cikgu...cikgu kasi syarat hafal 15 juzuk jak..(wajah serius)..
Ana: ahaha...T.T(ana terkesima dan rasa nak gelak..)
cikgu mat da senyum semula tengok ana buat wajah tak bersalah..huhu..cikgu ni..menyakat masih macam dulu..kui3x
ana memang nak gelak. Tak layak ana. Anak cikgu mat tu..semuanya pelajar mesir..maksud ana anak lelakinya dua orang yang sebaya dan tua 3 tahun dari ana. Huhu..segan ana. Anak sulungnya ambik jurusan agama, Anak lelaki kedua ambik jurusan MEDIK, yang ketiga pun..
Ana simpulkan , cikgu mat ni..berjiwa besar..ni role model ana..hehe
Cikgu kedua yang sempat jumpa..Cikgu Juliahati n Cikgu Sulaiman..sebelum tu ada jumpa cikgu Rizal dalam pejabat Am..
Jumpa Madam Chempawan..dia pesan belajarlah rajin-rajin n bersungguh..insya ALLAH , madam..
Jumpa Miss Aisyah, tapi dia macam mau cepat, jumpa juga ustazah Wan..dah minta kebenaran nak ziarah anak kecik ustaza..=)..
Jumpa ust Hafizi, makan dengan madam sapura..sempat berbual pasal zaman remaja ni.. madam nasihatkan, dalam keluargalah yang susah nak tegur..maka gunakanlah kaedah contoh..dakwah bil Hal..=)..insya ALLAH berkesan..Jumpa juga madam comel yang pernah ajar ana PJ dahulu kala..mdam marlinda.
Masa ni..my old friend, my best friend..TK had agreed to send me to airport tomorrow..happy..!!
thank my dear TK, May aLLAH bless u in everything u do!
D pejabat guru..jumpa teacher nooreza..my best warden!..
Banyak gak dia kongsi cerita..buat ana tersenyum..dia ucap tahniah dapat habiskan matrik UIA..terharunya!!
APa pun yang berlaku hari ini pasti berkaitan untuk hari esok..moga esok ana dan antum juga bersedia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
2 comments:
rindu semai..
rindu semai.. rindu gma~ mau jumpa.. mau jumpa..
-kakned-
Post a Comment