Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Seharian membaca buku bertajuk "Yang Sebenarnya"
Hari terasa berlalu begitu pantas. Cerita dari novel ini membuka mataku. Ada juga kisah seperti ini. Kisah yang macam mana?
Yang sebenarnya..ana hanya tertarik pada kegigihan yang dipamerkan oleh watak utama dalam cerita ini. Dia MAMPU untuk melaksanakan sesuatu yang sukar dilakukan oleh wanita biasa.
Bayangkan dia yang berkelulusan UNIVERSITI sanggup berkorban untuk menjaga Kedua IBU BAPAnya dengan bekerja sambilan di sebuah restoran walaupun dia ada kelayakan untuk memohon kerja yang bergaji besar. Ini keluhan pembaca yang sememangnya diingini oleh penulis. Antara konflik yang berjaya ditonjolkan.
Seterusnya, Dhiya iaitu watak utama tadi, daripada menjadi pelayan restoran dia bertekad nak mengusahakan sesuatu yang lebih bererti dalam hidupnya iaitu...menjadi driver vanm budak sekolah!(berertilah sangat..)
Kalau ana..ana takkan terfikir begini..fuh..
Selepas itu, dia didesak oleh Pak Longnya untuk bekerja dengannya. Setelah berjaya termakan pujukan , Dhiya di pejabat PakLongnya bertindak menjadi Heroin dengan menyelesaikan tugasan tertunggak selama 4 bulan dengan bantuan seorang pembantu. Dia berjaya melakukannya dalam masa seminggu..kalo tak silap..yang ada buku ini boleh semak semula..
Selepas itu kemelut demi kemelut datang..biasalah novel..
Kalau tak de kemelut..boring kot..
Ha..lastly..dia yang sebenarnya rapat dengan abang sepupunya, tetiba disatukan atas dasar suka sama suka.
Ada sedikit..yang ana kurang puas hati..
(maaf penulis..bukan nak menjatuhkan..tapi nak menegur sedikit..)
Bukan dalam buku ni saja ana terjumpa ada iktilat yang tak sepatutnya, banyak lagi buku..Cuma, bagi ana mungkin perlu diperbaiki lagi. Iktilat yang ana maksudkan ni bukan ketara sangat, tapi ia tetap mengganggu ketenangan rohani yang harmoni dan menggalakkan keraguan dihati-hati yang mencari keharmonian..
Pertamanya, berpegang tangan.Sentuh - menyentuh. KAlau selepas itu ada sudut yang memberitahu bersentuhan itu salah mungkin tidak akan menjadi masalah. Tapi, jika dibiarkan menjadi daya tarikan anak muda supaya membeli dan membacanya kerana ada unsur romantika..mungkin itu tidak akan menghalalkan cara...
Kedua, antara sepupu lelaki perempuan, masih ada batasan. Masih halal nikah. Tapi tidak dinafikan, seperti adat dalam masyarakat ana pun..sesiapa yang ada hubungan pupu sehingga keturunan yang ke tujuh tidak boleh menikah. Ya,ini juga bukan kebenaran untuk menjatuhkan hukum halal menikah. Ada batasan yang perlu dijaga termasuk aurat.
Ketiga,itu saja kot..ana tahu ia bukan novel islami..tapi kalau tujuannya bukan untuk memberi pengalaman dan pengajaran yang baik..untuk apa novel itu? Terutama bila penulisnya orang ISLAM. Dia sepatutnya mengolah novel itu menjadi sesuatu yang boleh mempromosi islam..barulah ada nilai disisi ALLAH..InsyaALLAH..Dan harus diingat bila yang baik dicampur adukkan dengan yang bathil..maka yang bathil akan menguasai suasana. ISLAM takkan berdiri di atas jahiliah..
Wah..ana nak post benda lain sebenarnya..benda lain pula yang terpost..Tak apalah, nampak berguna perkongsian kali ini.. Ana nak jadi orang yang kritis sikit dari dulu.
Ana meminta maaf jika post kali ini melangkau pemikiran dan menyinggung peminat Buku ni serta karyanya yang lain..Tapi, ana tak menegur novel ini saja..semua novel yang semacam dengannya.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment