Wednesday, December 30, 2009
Sharing IS Caring~(syaring is kering)~
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni..
Tajuk yang kami perbincangkan adalah mengenai Rasulullah sebagai Role Model terbaik dan Tajuk kedua kelesuan UMMAH.
Sebentar saja saya duduk di dalam halaqah, telefon saya bergetar, tanda ada orang yang memanggil. Isyarat untuk keluar mengurus makanan.^_^
Selepas masuk semula saya cepat-cepat menangkap topik yang diperbincangkan. Iaitu mengenai surat beranak, ibu dan rasulullah.
Macam saya, saya ada dua tarikh lahir, 6 Mei dan 6 Jun 1990. Kalau ibu saya tidak bagitahu saya, saya sebenarnya lahir pada 6 Mei saya tidak akan tahu. Dan saya tidak akan yakin. Lagipun, dalam surat beranak saya 6 Jun.
Maka dengan adanya ibu saya barulah saya tahu saya lahir bulan Mei bukan Jun. Rupanya cerita disebaliknya, Bapa lambat mendaftarkan saya. Maka orang itu menulis tarikh dalam bulan itu. Ada khilaf juga sebenarnya, khilafnya ialah, masa membuat surat beranak tu, bapa tidak bawa duit banyak untuk bayar denda lewat daftar. Wallahu'alam. Tapi yang untungnya, saya ada dua tarikh hari jadi.hehe..
Bukan nak mengarut dengan cerita sendiri ye..sekadar selitan. K, Apa kaitannya dengan Rasulullah?Begini..kita lahir-lahir saja, kita tak kenal siapa ALLAH, betul tak??
Maka bila Rasulullah diutuskan barulah kita dapat mengenal ALLAH. Kalau tak sampai bila-bila pun kita tidak tahu siapa ALLAH! Besar tak jasa Rasulullah?
Tahu tak, Baginda tak pernah merasa dirinya mulia...malah dia tetap mengatakan dia hanya utusan Yang Maha Esa kepada manusia. Masya ALLAH..
Kalau ditanya soalan kepada kita, tahu tak kisah sirah rasulullah?? Mesti ada yang menggeleng bagi yang jujur, senyuman bagi yang ego, selamba bagi yang tak insaf. He..macam-macam ragam.
Nak tanya, uswah dangan Qudwah..apa beza antara dua ni?
Ustaz Majid kata..B. Arab ini indah dan dalam maksudnya. Uswah adalah teladan, manakala Qudwah adalah Ikutan.
Semasa hijrah ke Madinah, saidina Hamzah telah mengugut sesiapa yang cuba menghalangnya akan di bunuh. MAnakala Rasulullah sendiri Berhijrah dalam keadaan yang sembunyi-sembunyi dan tidak dapat dijejaki oleh puak quraisy yang hendak membunuhnya. Antara dua orang hebat ini, siapa yang lebih berani? Jawapannya..keberanian rasulullah adalah keberanian yang boleh dicontohi oleh semua orang. Iaitu, keberanian melaksanakan perintah ALLAH walau tahu ancaman kaum Quraisy sangat hebat, tapi penuh berstrategi. Manakala keberanian S. Hamzah adalah Qudwah kerana beliau adalah orang yang memang digeruni oleh kaum Quraisy sejak sebelum memeluk ISLAM lagi.
Kesimpulannya, ALLAH mengutus Rasul Junjungan kita ini adalah untuk menyampaikan risalah kenabian dulu-dulu yang mengajak kepada akidah yang satu dan menjadi contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan. ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD!
Tajuk kedua: LEsunya Ummah
Bergantung pada akal sebenarnya.Biasanya kita akan melakukan perbandingan dengan haiwan. kenapa manusia ni lebih baik daripada spesis haiwan? sebab mereka boleh buat
apa yang haiwan-haiwan tak boleh buat.
"kITA TENGOK penyu..dia boleh menjelajah dunia tanpa halangan..tanpa risaukan pasport, duit,penginapan...",Saya dan sahabat lain tergelak bila ustaz Majid berkata begitu..yAlah haiwan hanya terbatas pada kegiatan harian dan tabii penciptaannya sahaja, dan semua itu adalah untuk manusia berfikir akan kebesaran ALLAH dan mengambil manfaat daripadanya.
Akal kita akan terus aktif kalau kita menggunakannya untuk berfikir akan penciptaan ALLAH dan hikmah-hikmahnya.
Akal kita mudah terjejas. Puncanya? dadah. setuju atau tidak? Sedangkan Musuh UTAMA kita adalah syaitan! Bukan dadah seperti yang diwar-warkan. Bila kita kempen katakan TAKNAK SYAITAN...semua kejahatan, kemaksiatan , kebobrokan akhlak tidak akan berlaku...dengan izin ALLAH. Maka tanamkan di dalam diri..katakan TIDAK PADA SYAITAN!
Tahu tak, Syaitan berdoa kepada ALLAH agar dia dipanjangkan umurnya dan tidak akan mati?ALLAH MAKBULKAN. Maka kita ni..walaupun terasa diri banyak buat dosa, jangan putus asa dari RAHMAT ALLAH. Syaitan yang jahat pun boleh dikabulkan doanya, apatah lagi kita yang berniat nak menjadi baik...dengan syarat betul-betul bertaubat.
MAka, sebagai menutup kisah penulisan kali ini...
Ada satu cerita..
Seorang lelaki nak menggunting rambutnya di sebuah kedai india. Semasa menggunting rambut lelaki ini, lelaki india si penggunting rambut ini bertanya soalan pada pelanggannya.
"Kamu percaya tak ada TUHAN?Sya tidak percaya sebab, kalau ada TUHAN kenapa masih ada lagi orang-orang miskin di dunia ini??", Si penggunting berkata dengan selamba. Dia bangga dapat mendakyah pelanggannya.
lelaki tadi terdiam, sehingga rambutnya telah siap dipotong mengikut kemahuannya. Dia terpandang seorang lelaki yang berambut panjang di luar kedai. Dia mendapat ilham.kemudian, dia bersuara,
"Wahai tauke, kalau di sini ada kedai gunting, kenapa masih ada mereka-mereka yang berambut panjang, sedangkan sepatutnya dengan adanya kedai gunting ini, semua yang berambut panjang akan berambut pendek"
"Ler..sebab..dorang yang tidak mahu masuk kedai..", tauke india tadi menjawab. Laju saja.
"Begitulah ALLAH, Dia tidak menolong kecuali mereka meminta pada-Nya dan berdoa dengan hati yang bersungguh-sungguh!"
Tauke tadi terdiam
'Bersungguh-sungguh'=melakukan sebarang usaha untuk membuktikan kesungguhan dan keazaman untuk mendapatkan sesuatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment